Salam tahun baru semua. Hari ini setelah masuk 7 hari tahun baru 2017 baru saya hendak berkata sesuatu di sini. Maka biar dimulakan artikel pertama di blogspot ini untuk tahun 2017. Saya buka dengan copy paste satu update yang dibuat di Facebook pagi semalam.
Salam pagi Jumaat pertama tahun 2017, satu pagi yang berkat. Selesai 3 urusan dalam tempoh sejam lebih je - bayar cukai pintu, buat paspot antarabangsa baru, buat kad pengenalan baru. Patani, Pagaruyung dan Aceh sedang memanggil2 kuat. Doakan perjalanan saya selamat dan hidup sentiasa berkat, dapat menyumbang kepada masyarakat demi kedaulatan Melayu dan Islam.
------------------
Kata-kata di atas sedikit sebanyak merumuskan rancangan perjalanan saya untuk tahun 2017,. Lebih spesifik lagi, panggilan ke Patani, Pagaruyung dan Aceh itu merujuk pada perjalanan-perjalanan yang akan dibuat dalam tempoh 3 bulan akan datang. Nama-nama tempat diberikan menurut turutan atau kronologi perjalanan dengan rancangan tambahan sebanyak mungkin tempat-tempat di sekitar yang menarik dan bersejarah akan disinggahi sama jika ada kesempatan dan kelapangan. Saya tidak mahu memberikan butiran kecuali menambah perjalanan ke Aceh itu insyaallah akan menyaksikan acara pertama HIKMAH untuk tahun 2017 dilaksanakan di sana.
Hampir 3 tahun lalu kami pernah melaksanakan acara ke-10 HIKMAH di Aceh lalu sudah sampai masanya acara diadakan lagi di sana. Lihat artikel Rancangan untuk mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Artikel tersebut itu sendiri adalah artikel kedua di blogspot itu untuk tahun 2017. Artikel pertama, Dirham cenderahati HIKMAH tahun 2017 dipersembahkan Selasa lalu 3 Januari untuk berkongsi rancangan kami menerbitkan matawang dirham sendiri, Insyaallah ia akan berada di pasaran bulan April nanti.

Pada artikel Di Muar bersama ibu bapa yang baru kembali daripada percutian di negara-negara Balkan yang menjadi artikel terakhir di blogspot ini untuk tahun 2016 ada diberitahu bahawa ketika itu saya sedang menghampiri penghujung satu gerak penulisan intensif yang sebenarnya bermula beberapa hari sebelum itu. Gerak itu bertujuan untuk melampiaskan atau meluahkan apa yang patut sambil menyiapkan pelbagai penulisan tertunggak di 3 blogspot berkenaan pengembaraan dan pencarian sejarah serta makna hidup milik saya (CATATAN SI MERAH SILU, BERPETUALANG KE ACEH dam SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)) campur 1 untuk aktiviti NGO (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Ia akhirnya ditutup apabila artikel Penegasan tentang keistimewaan dan prestij HIKMAH sebagai penutup kata-kata tahun 2016 terpapar jam 6.39 petang Sabtu 31 Disember 2016.
Artikel tersebut adalah tulisan saya yang terakhir di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) juga terakhir di mana-mana blogspot buat tahun 2016. Selasa 3 Januari 2017 baru timbul rasa untuk menulis kembali lalu artikel Dirham cenderahati HIKMAH tahun 2017 di Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) menjadi pembuka kata-kata pada mana-mana blogspot. Ini diikuti artikel Rancangan untuk mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017 Rabu 4 Jan dan Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan? Khamis 5 Jan. Dua hari selepas itu baru dibuat artikel untuk blogspots yang lain.
Maka terjadilah artikel Masjid (Mosque of) Saidina Ali, Bukit Sentosa, Rawang dan Masjid (Mosque of) Tuanku Mizan, UiTM, Shah Alam di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) selepas Zuhur tadi diikuti Reminiscing some old travels via international passports di BERPETUALANG KE ACEH. Artikel "Reminiscing" itu pula sebenarnya dibuat sebagai 'penyokong' kepada artikel yang anda sedang baca ini, artikel pertama tahun 2017 untuk blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Bukankah artikel ini dimulakan dengan cerita paspot baru? Ketika meneliti paspot itu juga paspot-paspot lama tercetuslah ilham untuk menulis artikel "Reminiscing"yang bercerita tentang perjalanan-perjalanan yang dibuat menggunakan paspot-paspot lama.

Gambar hiasan penutup: Air terjun tinggi di Gunung Stong, Dabong, Kelantan,,,
Artikel Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan? yang dipersembahkan petang Khamis 5 Januari mmuncul sebagai artikel ke-313 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Ini adalah satu nombor yang sangat bermakna dalam perjuangan dan sejarah Islam. Ia mengingatkan pada 313 ahli tentera Islam Perang Badar melawan lalu mengalahkan lebih 1,000 tentera Mekah jahiliyah yang memiliki persediaan perang dan alatan jauh lebih hebat dan lengkap, peperangan pertama dalam sejarah Islam zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Nombor ini juga boleh merujuk kepada 313 tentera Talut melawan Jalut, mukadimah kepada kenaikan Nabi Daud AS sebagai raja kerajaan Bani Israel.
Nombor 313 turut merujuk kepada jumlah keseluruhan rasul sejak zaman Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW (yang selalu disebut 25 rasul itu adalah yang wajib kita ketahui dan hafal). Sedangkan jumlah keseluruhan nabi (semua rasul adalah nabi tapi tak semua nabi adalah rasul) mencapai 124,000 orang. Hal ini menimbulkan rasa untuk menyemak kembali apakah artikel ke-313 di blogspots saya yang lain. Ternyata di blogspot ini ia adalah Apa ada di Gunung Stong?

Sudah disebut di atas bukan terdapat panggilan dari Patani, Pagaruyung dan Aceh buat saya? Untuk ke Patani saya dijadualkan mengikut satu rombongan masuk ke selatan Thailand melalui pekan Rantau Panjang di Kelantan. Untuk ke sana pula laluan terbaik diberikan oleh Google Map bagi mereka yang memandu kenderaan dari Lembah Klang adalah melalui tepian Gunung Stong di mana boleh kelihatan pemandangan air terjun tinggi dalam gambar atas.
Nampak tak sekarang bagaimana segala ini boleh terkait? Inilah yang dimaksudkan sebagai HIKMAH 313 pada rancangan untuk tahun 2017. Cukup hal ini sebagai pembukaan cerita daripada saya awal tahun.