Rasanya saya belum pernah memberitahu pembaca di blogspot ini tentang satu projek buku yang dimulakan Mac tahun lepas lalu siap manuskrip pertama hampir setahun kemudian. Sekarang biar diceritakan sedikit tentangnya. Ini boleh dikira menyambung lagi gerak yang berkaitan daripada artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Satu perjalanan jauh penuh harapan hujung tahun 2017.
Pada hari Jumaat 24 November 2017 iaitu hampir 3 minggu lalu saya telah meletakkan gambar atas berupa tajuk buku di Facebook berserta teks berikut :-
----------
Salam tengah hari Jumaat 5 Rabiul Awal 1439 Hijriah. Nak tanya kawan2. Apa yang anda nampak atau fikirkan bila melihat tajuk ini pada buku? Apa anda harapkan? Apa maklum balas?
----------
Hasilnya saya mendapat sejumlah maklum balas berkenaan.. Biar dicopy paste beberapa yang terpilih tanpa menyatakan siapakah yang memberikan komen...
Sejarah yang detail dari zaman Nabi Adam hingga wujudnya bangsa Melayu. Perbandingan (secara ringkas) antara kajian2 ilmuan Islam dan ilmuan barat....
Yg dlm fikiran saya bangsa melayu adalah bangsa tertua.
Mendalam dan kena banyak kajian. Terutama kepada penulisan melayu lama yang banyak kiasan dan makna tersembunyi
Ada juga yang musykil kenapa Nabi Adam dan bangsa Melayu ditulis seolah seperti wujud pada zaman yang sama. Ada pula menyoalkan bagaimana datang hal Melayu 60,000 tahun lalu sedangkan menurut kiraan ulamak seperti Profesor Dr Hamka umur manusia daripada zaman Nabi Adam sampai sekarang lebih kurang 7 hingga 8 ribu tahun sahaja.
Ada juga beberapa orang yang menyatakan keingina untuk membeli buku. Apa pun percayalah jawabannya ada dalam buku.Hari ini, memandangkan saya akan membuat perjalanan jauh tidak lama lagi biar diberikan bayangan isi buku. Biar ditunjukkan tajuk-tajuk bab dan tajuk-tajuk kecil atau sub-topik dalam setiap bab. Sesungguhnya apa yang dikongsikan dalam buku ini adalah berdasarkan pemikiran berserta maklum balas yang diperolehi daripada sejumlah cendekiawan dalam majlis-majlis ilmu di pelbagai menara gading dan institusi setaraf awal tahun 2011. Cerita tentang majlis-majlis ini berserta sedikit isi pembentangan ada dikongsikan dalam buku agar jelas rentetan pemikiran yang membawa kepada penulisan buku...
Secara rata saya cuba menyatukan sudut pandangan sains tentang kemunculan makhluk manusia berbanding sudut pandangan bersumberkan kitab. Bagaimana hendak diletakkan kemunculan makhluk berkaki dua serupa manusia sekarang yang disebut sains sebagai homo sapiens pertama kali muncul 209,000 tahun lalu sedangkan kira-kira berdasarkan kirab menyebut Nabi Adam AS diturunkan ke muka bumi tidak lebih 10,000 tahun lalu!
Saya mendapati penyelarasan boleh dibuat berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW bahawa semakin kita menghampiri hari kiamat semakin pendek masa yang berlalu pada setiap hari. Sebetulnya perkara ini telah saya utarakan beberapa kali kepada para cendekiawan di majlis-majlis ilmu.. Saya meminta mereka cuba mengambil kira hal masa semakin pendek ni. Tetapi mereka nampaknya tidak jelas bagaimana mahu menangani perkara. Maka berterusanlah pencapahan pemamahan tentang kewujudan manusia - mereka yang berpegang pada sains terus dengan apa yang dipelajari, mereka yang berpegang dengan kitab terus dengan apa yang diyakini.
Setelah beberapa lama saya membuat keputusan untuk menangani sendiri hal ini. Berdasarkan fakta bersumberkan wahyu ilmu naqli saya membuat satu formula kira-kira matematik yang boleh menyelaraskan pencapahan sudut pandang. Harapan saya semoga dengan penjelasan dalam buku golongan cendekiawan akademik berdasarkan sains dan golongan agamawan berdasarkan kitab dapat duduk semeja membincangkan perkara. Betulkanlah apa yang kurang dalam buku saya. Yang penting dapat keputusan tuntas yang boleh dipegang oleh semua.
Ada pun manuskrip akhir buku ini yang lengkap reka letak teks dan gambar dapat saya siapkan sepenuhnya sebulan atau dua bulan lalu. Saya pun dah lupa bilakah sebenarnya kerana selepas itu saya terus menyambung penulisan satu buku lain yang memanjangkan lagi pemikiran yang telah diperkenalkan dalam buku ini. Ia sudah cukup baik untuk dicetak. Cuma satu, saya belum ada modal dan kedua, belum dapat ilham yang baik untuk reka bentuk kulit buku.
Yang kelihatan di atas ini cuma satu cadangan ringkas yang terbit secara spontan dalam fikiran . Warna pun belum nampak lagi nak pakai apa. Ia mungkin digunakan mungkin tidak. Mungkin akan diletakkan keris bersilang di tengah.
Untuk makluman buku ini saya letak bersaiz 6.36 inci (lebar) x 9 inci (tinggi). Ketebalannya 304 muka surat. Cuma pagi tadi saya dinasihatkan agar mengubah sedikit ini supaya lebih menjimatkan kos percetakan. Tentang hal tersebut akan saya ceritakan dalam artikel selepas ini, artikel tentang buku sambungan yang juga sudah siap manuskrip yang boleh dicetak. Tapi sama juga seperti buku ini, belum ada modal dan belum dapat ilham reka letak kulit buku.
Tajuk buku ini mungkin diubah menjadi "Orang Melayu Keturunan Adam Sebelum Adam?" Tapi ini cuma satu cadangan. Kalau ada tajuk lebih baik sila kemukakan. Sila juga berikan maklum balas berdasarkan apa yang anda dapat bayangkan tentang isi buku berdasarkan apa yang diceritakan dalam artikel ini ya. OK. Saya nak kena tulis tentang buku lagi satu pulak...
assalamualaikum ya saudara...
BalasPadamberuntung dpt singgah ke blog anda...
ilmu yg saya dapat terlalu banyak manafaatnya
menurut saya orang seperti anda memang diperlukan..
thaniah saudara..
wassalam
Wassalam. Terima kasih saudara...
BalasPadamSalam org muo..kulit buku tu ilham sndiri atau ada bantuan? Sama le kita pun org muo dok melaka. Dah siap buku bgtau. Nk tlg buat cover takut tak bertepatan selera je. Sbb keje pun grafik.
BalasPadamAssalam.. ya.. sy sangat musykil dengan tarikh nabi adam yg didakwa turun sekitar 7000 tahun lalu dengan kajian-kajiam dna melayu yg menunjukkak 60000 tahun usia bangsa ini. Boleh bagi pencerahan? Terima kaseh
BalasPadamSalam kepada Encik Radzi, ini hanya andaian saya sahaja. Kalau DNA Melayu lebih lama dari turunnya Nabi Adam a.s ke dunia, maknanya, Melayu adalah dari keturunan jin. Kerana jin adalah penghuni dunia sebelum nabi Adam a.s. Dan selepas Allah perkemaskan dunia ini untuk Nabi Adam, ada jin-jin yang dapat melarikan diri dan bersembunyi di gunung2 dan gua2. Wallahualam.
BalasPadam