Jumaat, September 08, 2017

Ke Cameron Highlands setelah lebih 4 tahun

Salam pagi Jumaat. Ini ada satu siri cerita yang asalnya mahu mula dipaparkan sebelum menyambut perayaan Aidil Adha Jumaat lalu. Tapi baru kini ada rasa kelapangan untuk melakukannya...


Sabtu 26 Ogos 2017 iaitu hampir 2 minggu lalu bermula satu perjalanan bersama isteri dan anak-anak.


Mengambil kesempatan atas cuti persekolahan yang baru bermula hari tersebut kami mahu ke kawasan peranginan tanah tinggi di Cameron Highlands.


Kali terakhir kami ke sana adalah pada lebih 4 tahun lalu. Itupun dalam perjalanan kembali daripada menganjurkan acara ke-4 HIKMAH di Kelantan. Lihat artikel lama Misi penganjuran HIKMAH IV - Rehat di Cameron Highlands... nyaman....



Jalan dari Tapah melalui tepian air terjun ini. Kami pun singgah. Lihat artikel A stop at Lata Iskandar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tidak lama kemudian kami sampai ke pekan Ringlet. Itu menandakan sudah masuk kawasan Cameron Highlands.


Selepas Ringlet adalah kawasan bernama Habu di mana terdapat sebuah tasik buatan akibat sungai diempang. Ingatkan nak singgah. Tetapi apabila melihat ia tidak lagi cantik seperti yang saya ingat perjalanan pun diteruskan naik lebih tinggi di kawasan pergunungan.


Sampai di tempat ini baru kami berhenti lagi.


Saja nak gembirakan anak-anak kami pergi memetik buah strawberry. Lihat Picking strawberries at a walkway farm.


Seterusnya kami singgah di ladang teh besar yang boleh kelihatan di tepian jalan. Lihat Checking out the tea farm at Cameron Valley.


Tak cukup melihat kami pergi menjelajah ladang sampai naik ke bukit-bukit...


Alang-alang dah naik kami teruskan sehingga ke puncak tertinggi dalam ladang teh. Lihat Up the highest obvious peak at Cameron Valley.



Dah puas memanjat dan menjelajah ladang baru kami bergerak ke lokasi utama yang mahu dituju hari itu iaitu pekan Tanah Rata.


Hampir jam 4 petang baru nak makan tengah hari.


Selepas menjamakkan solat Zohor dan Asar di masjid pekan singgah bersantai di taman permainan...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan