Jumaat, November 11, 2016

Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu - Warkah lama Melayu dan uruf dalam kitab feqah klasik



Selepas makan tengah hari di satu bahagian anjung bangunan utama Perpustakaan Negara kami kembali ke auditorium untuk mengikuti sesi pembentangan ilmu petang yang bermula jam 2,30.


Nampaknya masih ramai mahu menimba ilmu di sini.



Untuk makluman pada hari itu juga ada seminar ilmu yang besar sudah bermula di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Malah ia dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin. Maka itu saya difahamkan ramai juga mengambil peluang menuju ke sana.


Berbalik pada majlis di perpustakaan. Sesi pentang dimulakan oleh  Profesor Madya Dr Ab. Razak Ab Karim dari Universiti Malaya membawa tajuk "Keintelektualan Masyarakat Melayu : Tradisional : Paparan dalam Warkah-warkah Melayu".



Sambil Ab Razak bercakap di podium, pembentang kedua Dr Hasanuddin Mohd dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu dan pengerusi sesi, En. Mohd Ramli Manan dari Universiti Malaya, Nilam Puri (cawangan UM di Kelantan) mengikuti dari meja atas pentas.



Razak pun menceritakan beberapa ciri utama yang terdapat pada warkah Melayu. Beliau secara rata merujuk pada warkah-warkah yang dihantar raja-raja Melayu kepada pihak British untuk memohon sesuatu...















Turut diceritakan tentang cap mohor yang digunakan pada warkah.





Gaya bahasa yang biasanya beralas lagi bersifat diplomatik diperincikan...












Kemudian naik Dr Hasanuldin iaitu pembentang kedua membawa tajuk yang kelihatan. Beliau juga adalah pembentang terakhir keseluruhan sesi.





Tajuk ini mahu menangani bagaimana konsep uruf atau adat setempat yang sesuai dengan syarak boleh diaplikasikan menurut saranan ulamak tempatan.






Ulamak berkenaan iaitu Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas memperincikan hal dalam kitab tulisannya yang diberi nama Kitab Risalah Fi-Bayan Hukm al Bay' wa al-riba. Kata Hasanuldin ulamak ini adalah guru kepada beberapa ulamak hebat, antaranya adalah Tokku Tuan Besar, ayahanda kepada wali Terengganu terkenal abad ke-19, Tokku Paloh...















Tiada ulasan:

Catat Ulasan