Khamis, November 17, 2016

Kali ke-3 ke Kelantan dalam tempoh 2 bulan - Baru mengambil masa untuk menjelajah Kota Bharu

Salam malam Jumaat. Masuk hari ke-3 perjalanan. Bersambung cerita daripada artikel Kali ke-3 ke Kelantan dalam tempoh 2 bulan - Akademi Nik Rashiddin dan legasi Tok Kenali.



Isnin 31 Oktober 2016 merangkap hari terakhir bulan Muharram. Pada sekitar jam 2.20 petang kami bersedia untuk meninggalkan sekolah pondok di Tumpat.


Apa-apa urusan yang perlu bersama Sheikh yang memimpin sekolah sudah diselesaikan. Sekarang kami menuju ke bandar raya Kota Bahru.





Lalu di pekan Wakaf Bharu kelihatan masjid besar ini lalu kami singgah. Sudah 3 kali pergi ke Kelantan dalam tempoh 2 bulan, berkali-kali lalu di tepian masjid tersebut baru kali ini mengambil gambar hingga ke dalam. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Ismaili, Wakaf Bharu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Perjalanan diteruskan ke jambatan menyeberangi Sungai Kelantan. Maaf gambar-gambar tidak berapa jelas kerana masalah kamera rosak sistem fokus...





Masuk ke pusat bandar raya.


Timbuk gerak untuk singgah ke satu kawasan kampung tepian sungai dekat sungguh dengan pusat. Lihat artikel Kelantan river from Gajah Mati di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Tergerak masuk sini untuk menziarahi makam seorang tokoh abad ke-18 yang terkait rapat dengan sejarah kesultanan Kelantan. Dah beberapa kali pergi, kali ini baru ternampak ada makam yang kelihatan berbatu nesan Aceh. Lihat Batu nesan Aceh di makam Long Deraman? (Aceh tombstone at the tomb of Long Deraman?).


Makan tengah hari lewat di warung berdekatan.


Hari itu kami banyak berjalan-jalan di bandar raya Kota Bharu.




Dah lama tak singgah Masjid Muhamadiah. Masuk sebentar untuk bersolat...





Kami juga memutar ke beberapa kawasan.





Dekat jam 5 baru bergerak meninggalkan bandar raya dan persekitarannya...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan