Khamis, Oktober 20, 2016

Mengangkat martabat pergerakan busana, persilatan dan kedaulatan Melayu Islam ke seantero Alam Melayu

Salam 19 Muharram. Keluar sebentar daripada penceritaan perjalanan Pantai Timur.


Beberapa hari kebelakangan saya disibukkan dengan pelbagai aktiviti melibatkan NGO kebudayaan saya iaitu HIKMAH. Lihat Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH), Kami sibuk mahu mengadakan acara ke-18 kami di Muzium Negara lalu sambil itu kami diberikan kepercayaan untuk memberikan nilai tambah yang unik terhadap satu acara antarabangsa anjuran muzium. Lihat artikel Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini.



Acara yang dimaksudkan, Pameran Songket ASEAN berlangsung 16 Oktober hingga 31 Disember tahun 2016. Kami diminta membantu memberikan pengisian pada majlis perasmian 18 Okt iaitu 2 hari lepas.


HIKMAH diminta membawa para aktivis busana, persilatan dan kedaulatan Melayu untuk memberikan kelainan.


Kelihatan di sini kawan-kawan sedang bersedia untuk membuat reheasal pagi hari tersebut. Lihat Rehearsal akhir untuk majlis perasmian Pameran Songket ASEAN..





Antara lain, kami diminta menyambut tetamu diraja di dalam bangunan pejabat. Lihat Menunggu ketibaan Tengku Puan Pahang...



Yang membuat persembahan silat untuk menyambut VVIP juga adalah daripada kalangan kawan-kawan kami. Untuk pengetahuan kumpulan kami terdiri daripada ahli pelbagai persatuan, antaranya adalah Komuniti Keris Warisan dan persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM).










Tema jiwa Melayu sejati yang kami bawa turut menarik perhatian ramai di pentas peragaan fesyen, Lihat Apabila kawan-kawan HIKMAH mencuri perhatian tetamu diraja dan masyarakat antarabangsa...





Lihat sendiri persembahan yang kelihatan begitu tertib, beradab, beradat lagi menarik dan melambangkan jiwa keMelayuan. Lihat bagaimana tetamu diraja pun kelihatan teruja, seorang lagi VVIP yang merupakan timbalan menteri menggerak-gerakkan badan mengikut lenggok lagu latar. Sesungguhnya ini adalah satu persembahan yang sangat berjaya. walaupun diilhamkan 9 hari sahaja sebelum itu. Sunggu semua ini berlaku tanpa disangka hasil bantuan Allah SWT. Rujuk balik cerita berkaitan dalam artikel Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini). 

Sesungguhnya kehadiran dan penglibatan kami telah mengukir satu sejarah. Kami telah mencuri perhatian ramai pada majlis anjuran sebuah institusi negara yang amat berprestij iaitu Muzium Negara. Malah kami dimaklumkan Pameran Songket ASEAN adalah acara terbesar jabatan bagi kalendar tahun 2016. Kami telah memberikan nilai tambah pada satu majlis perasmian bersifat antarabangsa yang dihadiri wakil-wakil kedutaan pelbagai negara sambil berjaya mencuri perhatian tetamu diraja.

Selain itu, kehadiran Tengku Puan Pahang yang memang sangat meminati songket menjadikan ini satu majlis diraja. Dengan kata lain hasil bantuan Ilahi yang tidak disangka-sangka kami sudah berjaya mengangkat martabat kumpulan dan pergerakan kami ke satu tahap yang tidak terimpikan pun sebelum itu.





Suasana pameran turut menjadi lebih unik dengan kehadiran para aktivis yang sentiasa berusaha keras untuk membawa roh Melayu sejati kembali hidup ke seantero Alam Melayu. Semoga kerjasama sebegini akan berterusan lalu membawa hasil yang betul-betul akan membangkitkan kedaulatan Melayu dan Islam akhir zaman. Lihat Mengiringi Tengku Puan Pahang melihat pameran songket ASEAN
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan