Selasa, Oktober 04, 2016

Ke Kota Supai membawa ke Tanjung Tuan - Cabaran sebelum dapat bermalam di makam

Hari ini, sejak pagi tadi angin atau mood saya semacam. Rasa down sangat akibat berlaku sesuatu yang membuat saya terasa segala penulisan yang dibuat, segala pengembaraan dan aktiviti tidak ada nilai. Seolah-olah lebih penting lagi kelulusan tinggi, pangkat, kedudukan dan harta benda walaupun diperolehi dengan cara banyak temberang dan menipu orang. Hari ini saya terpaksa bertungkus-lumus untuk mengeluarkan diri daripada angin tidak enak. 

Dalam keadaan begitu, amat susah untuk saya menulis malah melakukan apa-apa perkara yang bermakna, Tapi digagahkan juga sampai dapat menyiapkan dan menyiarkan 11 buah artikel berkaitan di blogspots lain, 4 artikel berkenaan hal lain. Ini semua adalah pra-syarat sebelum dapat memulakan artikel ini. Sekarang biarlah disambung cerita daripada artikel Forum di KUIM dan persekitaran Kuala Sungai Baru.


Saya meninggalkan Kuala Sungai Baru selepas jam 12 tengah hari lalu menghala ke Kuala Linggi.


Ternampak papan tanda ini terasa hendak melihat apa yang ada. Lihat artikel The beach at Tanjung Dahan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sampai ke Kuala Linggi terus menuju ke restoran terapung.


Pemandangan daripada situ amat menarik. Selain itu ada jalan untuk naik ke Kota Supai, sebuah kota tinggalan orang Bugis yang kemudian digunakan Belanda. Lihat artikel Estuary of the Linggi river from the bridge to the floating restaurant  diikuti Latest look at the fort of Kuala Linggi.


Walaupun cuaca sedang panas terik ketika itu angin laut atau lebih tepat angin Selat Melaka terasa begitu enak mendodoi. Sehingga saya duduk lama di sekitar Kota Supai dan Kuala Linggi, sehingga sampai satu ketika saya tidak dapat menahan diri daripada melelapkan mata sebentar di dalam sebuah sampan.


Nah. Beginilah keadaan saya dalam sampan. Saya minta orang ambilkan gambar. Teringat ketika mengembara secara hitchike seorang diri di Eropah pada musim panas tahun 1995 saya pernah menumpang tidur dalam bot orang di Amsterdam selama 3 malam. Kelihatan di kanan kereta yang dipandu dalam perjalanan. Turun ke kereta dari bukit sekitar jam 1.10. Sedar tak sedar setengah jam lagi saya melepak sebelum menyambung perjalanan.


Sebelum meninggalkan Kuala Linggi saya singgah di bangunan yang dahulu merupakan kompleks perikanan untuk menikmati pemandangan tepian Sungai Linggi. Lihat Views from the former fisheries complex of Kuala Linggi.


Tak cukup itu, masuk pula ke bawah jambatan berdekatan yang menyeberangi sungai. Lihat Views from under the bridge near Kuala Linggi.


Puas melepak di bawah jambatan baru saya makan tengah hari lewat iaitu selepas jam 2,45 di kedai berdekatan. Sampai di pekan Pasir Panjang solat di masjid ini. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Pasir Panjang, Negeri Sembilan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Perjalanan disambung dengan membuat banyak lagi persinggahan. Lihat artikel-artikel berikut :-








Akhirnya dekat jam 5.30 petang baru sampai ke tempat paling utama yang mahu dijejaki hari itu iaitu Tanjung Tuan.


Saya sudah banyak kali mendaki bukit-bukit di sini. Tapi baru kali ini dapat tahu tentang kewujudan tempat yang kelihatan dalam gambar. Lihat The peak called Batu Putih at Tanjung Tuan.


Seperti biasa kalau dah sampai ke Tanjung Tuan, rasa tak sah kalau tak naik ke rumah api melihat pemandangan.





Kemudian saya mengambil jalan berdekatan untuk turun ke pantai selatan.





Singgah di perigi ini,,


Jejakkan kaki ke lekukan yang dikatakan tapak kaki Hang Tuah,


Ziarah makam di belah belakang.


Disebabkan penat amat, saya malah terlelap di sebelah makam sehingga hampir jam 7.


Nak keluar dengan selamat lebih elok naik balik ke arah rumah api kemudian ikut jalan biasa turun. Tapi saya mahu mengambil jalan pantai walaupun air pasang.


Akibatnya jam 8 malam baru keluar dari hutan. Jam 8.45 baru sampai ke tempat saya ingin bermalam iaitu makam Sheikh Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas.


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan,

    Saya telah lama mengikuti blog tuan merah silu ini,sudah bertahun rasanya.Cuma hari ini terdetik hati ingin menulis komen di ruangan blog tuan kerana tempat yang tuan ziarahi ini. Ini adalah kerana telaga yang tuan singgahi yang berhampiran denagn batu besar itu. Telaga tersebut telah digali oleh seorang wali besar tanah melayu yang kurang dikenali iaitu Wali kuning atau di indonesia dikenali sebagai Wali Pasak Bumi.Apa yang saya tahu adalah beliau merupakan keturunan Raja juga. Banyak lagi rahsia2 di Tanjung Tuan sehingga saya merasakan kisah dan rahsia Tanjung Tuan seperti Pulau Besar Melaka.Seperti contoh, di Tanjung Tuan akan ada 3 denai laluan pejalan kaki yang mana denai itu digunakan sewaktu ketika dahulu oleh alim ulama dan wali allah untuk bersuluk.3 jalan itu mewakili 3 jalan/aliran tariqat yang berbeza.
    Semoga Tuan terus istiqamah dalam memperjuangan kan adat melayu dan agama islam.Semoga Tuan akan menikmati rahsia2 Allah dan jangan 'down' kerana permainan dunia yang mana nilainya hanya sebesar sayap nyamuk sahaja.

    BalasPadam