Isnin, Oktober 10, 2016

Gerak Awal Muharram - Bersiap untuk acara ke-18 HIKMAH

Salam semua. Adapun dengan terbitnya artikel-artikel kompilasi Dari Bukit Chandan ke Kuala Linggi - Menurut gerak untuk penghujung 1437 Hijriah juga  Beruzlah ke Pantai Timur - Memantapkan Tauhid dan Syahadah? Khamis lalu menandakan tamatnya satu fasa. Ia boleh dikatakan penutup kepada semua cerita-cerita aktiviti-aktiviti dan perjalanan yang dibuat pada tahun 1437 Hijriah lalu. Ketika kompilasi dibuat sudah masuk pun tarikh 5 Muharram tahun baru 1438 Hijriah. Sebagai peralihan 'baton' semangat perjuangan masuk tahun baru biar dilepaskan sedikit kata-kata berikut...


Santai bersama rakan-rakan aktivis di UPM Ahad lalu 2 Okt bersamaan 1 Muharram... 


Setakat ini saya belum lagi berkongsi apa-apa cerita berkenaan aktiviti selepas masuknya tahun baru di blogspot ini. Tapi di blogspot aktiviti NGO saya iaitu Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) sudah mula berkongsi beberapa perkara. Adapun pada 2 Oktober 2016 iaitu bersamaan 1 Muharram 1438, hari Awal Muharram saya dan isteri telah pergi ke UPM iaitu Universiti Putra Malaysia di Serdang untuk menghadiri satu majlis berkenaan keris dan warisan. Walaupun majlis telah bermula Jumaat 30 September sengaja kami datang Ahad 2 Okt yang merupakan hari terakhir majlis kerana ia bersamaan 1 Muharram. Lihat artikel Temasya keris di UPM diikuti Seminar untuk temasya keris di UPM.

Selepas mempersembahkan artikel-artikel tersebut di blogspot HIKMAH petang Selasa 4 Okt baru timbul kelapangan fikiran untuk membuat artikel Ke Kota Supai membawa ke Tanjung Tuan - Cabaran sebelum dapat bermalam di makam hingga siap pada malamnya di blogspot ini. Ia diikuti artikel Forum di Kolej UNITI dan legasi Bugis di sekitar Port Dickson pada  Rabu malam Khamis. Lalu tamatlah penceritaan aktiviti-aktiviti dan perjalanan yang berlaku sejak Sabtu 24 Sept membawa ke Rabu 28 Sept.

Dengan itu baru artikel kompilasi berkenaan, Dari Bukit Chandan ke Kuala Linggi - Menurut gerak untuk penghujung 1437 Hijriah  dapat dipersembahkan petang Khamis.  Artikel kompilasi  Beruzlah ke Pantai Timur - Memantapkan Tauhid dan Syahadah? pula dipaparkan selepas itu walaupun siri cerita adalah berkenaan pengembaraan yang dibuat 3 minggu lebih awal iaitu pada 30 Ogos-5 Sept. Untuk makluman, artikel terakhir tentang pengembaraan tersebut, Beruzlah ke Pantai Timur - Tok Senik dan 'juadah' dari Pantai Timur sudah dipersembahkan pagi Sabtu 24 Sept. Namun begitulah gerak ilham aturan penceritaan yang diterima ketika itu. Selesai sahaja memaparkan artikel terus saya dan keluarga bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis yang menjadi pembuka cerita aktiviti-aktiviti dan perjalanan 24 Sept hingga 28 Sept. Lihat Kitab Dalail Khairat, majlis 'Kesultanan Melaka' dan konsert rock - Mukadimah sebelum ke Bukit Chandan?

Nah. Sekarang seperti sudah siap satu pusingan untuk menyelesaikan segala yang perlu diceritakan tentang apa yang berlaku pada tempoh-tempoh terakhir tahun 1437 Hijrah. Penulisan artikel Temasya keris di UPM diikuti Seminar untuk temasya keris di UPM di blogspot HIKMAH Selasa lepas pula adalah pernyataan pembukaan buku baru sempena tahun baru 1438 yang kini sudah memasuki hari ke-9. Bila hal tersebut dinyatakan di blogspot ini melalui catatan yang anda sedang baca sekarang, baru terasa buku baru juga sudah dibuka di sini. Mewakili peralihan daripada buku lama tahun 1437 ke buku baru 1438 adalah fakta bahawa kini, setelah berjaya melaksanakan satu acara HIKMAH di Seremban pertengahan bulan September (lihat Acara ketujuh belas HIKMAH di Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, Seremban 17 Sept 2016) saya harus bersiap untuk melaksanakan acara seterusnya di Kuala Lumpur cuma 5 hari sahaja lagi daripada sekarang! Lihat Perkembangan mendadak HIKMAH ke-18 di Muzium Negara - Acara dipercepatkan ke 15 Oktober.

Namun dalam keadaan masa begitu suntuk pun saya harus keluar mengembara agak jauh lagi untuk menyelesaikan suatu hal. Selepas Maghrib karang saya harus berlepas Ke Kelantan.  Ini adalah terkait dan boleh dianggap sebagai kesinambungan pada apa yang telah diceritakan melalui artikel kompilasi Beruzlah ke Pantai Timur - Memantapkan Tauhid dan Syahadah?. Sebelum itu iaitu pagi karang, apabila pejabat sudah dibuka, saya harus bergegas ke Muzium Negara untuk berbincang sedikit lagi hal perlaksanaan acara ke-18 HIKMAH.

Sebagai menutup gerak penceritaan tempoh Awal Muharram ini (hari ini 9 Muharram masih boleh dikira awal bulan...) biarlah dinyatakan bahawa saya ada membuat artikel bertajuk HIKMAH bukan acara mahupun kumpulan picisan di blogspot HIKMAH Sabtu 8 Oktober iaitu 2 hari lalu. Di situ telah dikumpulkan senarai setiap pembentang dan tajuk pembentangan pada semua acara HIKMAH setakat ini iaitu 17 majlis kesemuanya, sejak ia diasaskan 12 Oktober 2012. Dengan cara itu dapatlah dilihat dengan jelas betapa luasnya skop ilmu pengetahuan yang telah disampaikan melalui majlis-majlis kami. Dan jelas juga bahawa ramai antara yang membentang memiliki kredibiliti yang tinggi lagi berpengetahuan, bukan sembarangan orang. Selesai gerak...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan