Pada penghujung artikel Menjejak tanah perkuburan lama di Kampung Chohong yang dipersembahkan Jumaat lalu, artikel pertama yang memecahkan rentak penceritaan Pantai Timur saya ada memberitahu bahawa petang itui saya dan keluarga harus bertolak ke Seremban, Negeri Sembilan untuk menganjurkan acara ke-17 HIKMAH pada hari Sabtu 17 Sept bersamaan 15 Zulhijjah. Kini acara sudah selamat diadakan ingin saya berkongsi ringkasan cerita tentangnya di sini...
Walaupun acara dimulakan lebih 2 jam lewat berbanding apa yang dirancang alhamdulillah ia tetap berjalan lancar lalu perkongsian ilmu yang bermanfaat pun dilakukan seperti pada acara-acara HIKMAH yang terdahulu.
Walaupun jumlah yang datang kali ini cuma lebih sedikit daripada 50 orang, kemeriahan tetap terasa,
Selain mahu berkongsi ilmu kami mahu bersilaturrahim bersatu hati untuk satu tujuan - berjuang demi kedaulatan Melayu dan Islam akhir zaman...
Anak-anak turut dibawa dalam suasana penuh kekeluargaan.
Tahlil diadakan sempena musim Haji juga mengenangkan mereka yang telah pergi.
Insyaallah selepas ini acara-acara HIKMAH akan lebih meriah menurut keadaan. Tunggu sahaja pengumuman. Dijangka sebelum tamat tahun 2016 akan diadakan satu di Kuala Lumpur dalam bulan Muharram diikuti penutup tahun di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang, dalam musim sambutan Maulidur Rasul. Untuk tahun 2017 pula ada permintaan agar acara diadakan di sekitar Kota Bahru atau Tumpat di Kelantan juga di Pulau Manis, Terengganu dan Johor Lama, Kota Tinggi, Johor. Sementara itu baca cerita-cerita tentang HIKMAH Seremban yang telah dikongsikan dalam blogspot ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan