Salam semua. Sepuluh hari lalu saya telah mempersembahkan artikel bertajuk Orang Melayu : Asal usul mereka, penghijrahan dan pengembaraan menunjukkan satu majlis ilmu yang dihadiri di UIA (Universiti Islam Antarabangsa) Isnin pada 8 Ogos 2016. Lapan hari kemudian iaitu pada hari Rabu 16 Ogos saya ke satu lagi majlis di UIA tetapi di fakulti lain. Ini ceritanya.
Jika sebelum itu saya pergi ke fakulti ilmu wahyu atau Kulliyyah of Revealed Knowledge, kali ini saya pegi ke fakulti seni bina dan reka bentuk berdasarkan persekitaran (Kulliyyah of Architecture and Enviromental Design) atau singkatannya KAED.
Inilah kali pertama saya diundang menghadiri majlis melibatkan seni bina di sebuah universiti. Kalau majlis di pejabat syarikat-syarikat seni bina dan sebagainya dah banyak kali.
Saya diundang kerana telah menyumbangkan sedikit pengetahuan.
Bukanlah pengetahuan dalam bidang seni bina tetapi dalam bidang sejarah. Namun melalui sejarah dan peristiwa-peristiwa berkaitan juga kita dapat menelaah ilmu seni bina terutama berkaitan pengaruh... apakah yang menyebabkan suatu bangunan itu dibina sebegini rupa...
Disebabkan sedikit sumbangan pengetahuan itu saya diundang sebagai seorang tetamu terhormat.
Majlis ini adalah pelancaran bagi pengajian seni bina warisan 2016 (Launching of Architectural Heritage Studies) yang ke-16.
Seperti kebiasaan pada majlis-majlis juga kuliah dan syarahan di UIA yang merupakan sebuah universiti antarabangsa dengan pelajar dari pelbagai negara, bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris.
Menariknya ada sejumlah pelajar memakai busana tradisional Melayu.
Saya seperti biasa berbusana penuh siap berkeris. Tapi terlupa pula nak ambil gambar menunjukkan diri sendiri. Kalau orang lain ambil gambar yang ada saya di dalamnya itu biasa dan banyak kali.
Majlis ini melibatkan pelajar-pelajar tahun akhir pengajian seni bina seramai lebih 100 orang.
Tak perlulah diyatakan siapakah yang berucap dan sebagainya. Pada saya lebih penting diceritakan apakah yang mengisi majlis iaitu projek pelajar-pelajar tahun akhir fakulti seni bina ini.
Mereka telah dipecahkan kepada 5 kumpulan di mana setiap satu kumpulan diberikan tugasan untuk menyelidik tentang sebuah masjid lama yang terdapat di negeri Selangor.
Maklumat tentang seni bina bangunan, segala ceruk rupa bentuk direkodkan dengan teliti, model-model dibuat untuk tatapan semua dan sebagainya menurut kebiasaan dalam dunia kajian seni bina.
Sedikit persembahan video merangkumi secara ringkas tapi padat kerja-kerja penyelidikan dan persembahan...
Oh, Saya datang bersama isteri dan seorang rakan kami. Layan ambil gambar sat.
Selesai segala macam ucapan berserta perasmian, hadirin pun diajak masuk ke ruang pameran di mana segala hasil penyelidikan tentang 5 buah masjid terpilih telah diaturkan dengan baik.
Sebelum orang ramai masuk melihat saya sudah terlebih dahulu meninjau pameran. Lihat artikel Architectural exhibition on 5 selected mosques at IIUM di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Untuk setiap masjid diadakan video persembahan yang memperincikan hal, Kelihatan saya bercakap tentang tokoh abad ke-19 Masihi bernama Raja Allang ibni Raja Berayun yang namanya diabadikan pada satu masjid pilihan di pekan Beranang. Saya telah ditemuramah hampir 2 bulan lalu di rumah oleh 3 orang wakil kumpulan yang diberikan tugasan menyelidik tentang masjid. Maka kiranya kedatangan saya ke majlis ini sedikit sebanyak 'mewakili' Raja Allang...
Dah selesai majlis, ketika pergi menziarahi makam Sheikh Muhammad Nor, seorang ulamak awal abad ke-20 yang dikatakan bertaraf wali di Sungai Chinchin tidak jauh dari UIA baru terasa nak ambil gambar bersama isteri. Beginilah kami berpakaian ke majlis. Alhamdulillah saya rasa isteri makin lama kelihatan makin cantik, ayu dan anggun. Ehem ehem... :v
Tiada ulasan:
Catat Ulasan