Selasa, Julai 26, 2016

Pesta muzik sufi Konya di UTM

Salam semua. Hampir 2 minggu saya tidak berkongsi cerita baru walaupun sepanjang tempoh itu ada beberapa perkara berlaku termasuk ziarah raya dan sebagainya. Hari ini ingin saya berkongsi sesuatu yang agak menarik daripada hujung minggu lalu. Ini ceritanya...


Sabtu malam Ahad 23 Julai 2016. Saya membawa isteri dan anak-anak ke dewan utama di UTM (Universiti Teknologi Malaysia), Jalan Semarak. Kuala Lumpur.


Ada satu konsert...


Bergambar sebentar bersama sepupu saya yang terlibat dalam penganjuran konsert.





Masuk ke dewan...


Boleh agak konsert apakah ini?





Biar poster yang diedarkan melalui Facebook ini menjawab. Untuk pengetahuan Konya ialah nama satu bandar di Turki yang agak terkenal kerana sebagai pusat aktiviti satu tarikat sufi yang dikenali sebagai tarikat Mevlevi. Ini adalah tarikat yang mana pengamalnya ada membuat tarian pusing badan ibarat planet-planet sedang mengorbit matahari sambil mengalunkan zikir memuji Allah SWT. Ia diasaskan oleh ahli sufi dan wali terkenal Maulana Jalaluddin Rumi.



Setelah beberapa lama konsert pun bermula.


Sayangnya cuma beberapa orang sahaja daripada yang dirancang dapat hadir memberikan persembahan. Ini kerana seperti semua tahu Turki baru sahaja tersentak daripada satu percubaan merampas kuasa terhadap perdana menterinya Erdogan. Akibatnya ada lapangan terbang ditutup dan sebagainya. Ramai yang sepatutnya membuat sama persembahan tersangkut tidak dapat keluar daripada negara.


Pun begitu konsert tetap diteruskan dengan apa yang ada. Di celah-celah itu diselitkan penerangan tentang sejarah dan teori musik dalam dunia Islam terutama yang diterima oleh golongan sufi atau spiritual Islam yang percaya bahawa musik boleh dijadikan alat bagi meningkatkan kesedaran dalam menuju hakikat keTuhanan.


Sedikit yang saya rakam. Saya tak mahu bercerita panjang lebar kerana ada bahagian persembahan musik yang begitu menyentuh hati lalu mencuit kembali kenangan lama pencarian diri dan erti...





Persembahan yang bermula sekitar jam 8,45 malam selesai lebih kurang sejam setengah kemudian. Oang ramai yang masih berlegar-legar dalam dewan diajak mengambil gambar secara berkumpulan.





Di hadapan dewan ada sejumlah lukisan yang dihasilkan menggunakan teknik tradisi purba Turki yang dipanggil Ebru.


Ia adalah satu teknik di mana lukisan dibuat di atas cecair pekat menggunakan teknik tertentu. Kertas kemudian dilekapkan ke atas cairan lalu lukisan dapat 'dialihkan' ke kertas. Lihat artikel Ebru art exhibition at UTM di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan