OK. Sabtu lalu saya, isteri dan anak-anak kembali ke kampung ibu di Muar untuk menziarahi beliau dan bapa yang baru 8 hari gitu kembali daripada menunaikan umrah di Mekah dan ziarah ke Madinah juga Maghribi (Morocco). Alhamdulillah, dalam usia 74 tahun (ibu dan bapa kedua-duanya lahir tahun 1942) mereka masih diberi cukup kekuatan dan kesihatan untuk melakukan ini. Dalam tempoh 2-3 tahun kebelakangan mereka juga telah berkesempatan untuk menunaikan umrah di samping ziarah ke Turki juga ke Jordan dan Baitul Muqaddis. Tapi paling mereka rindui adalah untuk menunaikan haji sekali lagi. Kali terakhir mereka menunaikan haji kalau tak salah ingatan adalah 5 tahun lalu. Lepas tu tak dapat-dapat. Tahun lepas dah dipanggil untuk bersiap, visa dah dapat tapi pada hari sepatutnya berlepas, penerbangan pula dibatalkan atas sebab yang saya tak ingat apa.
Apapun, sebelum kembali ke Muar kami singgah di Shah Alam untuk meraikan satu majlis yang dianjurkan oleh kawan-kawan seperjuangan dalam dunia persilatan dan pemartabatan warisan. Di sini biarlah dikongsi sedikit cerita untuk melepaskan gerak...
Majlis itu dipanggil Festival Dunia Seni Silat dan Warisan Melayu Selangor. Ia dianjurkan oleh sahabat-sahabat kami dalam Persatuan Dunia Seni Silat Melayu, lebih dikenali sebagai DSSM bagi negeri Selangor.
Persatuan yang sedang berkembang pesat ini memiliki bahagian di beberapa negeri. Acara bawah DSSM Selangor ini diadakan di satu kawasan yang dipanggil Laman Budaya di tepian Tasik Shah Alam.
Kawasan ini termasuk Galeri Shah Alam, sebuah galeri seni lukisan. Teringat pula saya dan isteri mengadakan satu acara HIKMAH di galeri ini hampir 3 tahun lalu. Lihat artikel Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Isteri dan anak-anak seronok memerhatikan keadaan...
Majlis ini menyerlahkan persembahan silat daripada pelbagai perguruan di sekitar Selangor juga wakil-wakil daripada negeri lain.
Persembahan diadakan dalam dewan galeri buat beberapa waktu.
Bergambar bersama isteri dan anak. Seorang lagi anak sudah merayap entah ke mana.
Petang sedikit, apabila cuaca dirasakan sudah tidak begitu terik baru persembahan di buat di halaman luar...
Difahamkan acara berlangsung sehingga jam 10 malam, ada persembahan wayang kulit dan sebagainya. Tetapi kami sekeluarga cuma dapat bersama sehingga jam 4 petang. Selepas itu kami harus berkejar ke Muar untuk bertemu ibu bapa yang sudah lama menunggu... :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan