Sampai masanya untuk menutup siri kecil "Daulah Melayu di Melaka". Bersambung daripada Daulah Melayu di Melaka - Legasi Hang Tuah. Bersilat di bawah naungan Pulau Besar.
Rabu 30 Disember 2015, kami ke Bandar Hilir lalu ke bangunan ini.
Ia adalah Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Untuk pengetahuan DMDI adalah satu badan yang memiliki jaringan luas di Indonesia dan beberapa negara luar dalam usaha memartabatkan Melayu dan Islam. Lihat artikel Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (Malay and Islamic World Museum), Melaka di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Kami turut membuat penggambaran di pintu gerbang A Famosa dan sekitarnya. Untuk pengetahuan Muzium DMDI terletak di sebelah kiri, keluar daripada gambar...
Sambil itu saya pula meninjau-ninjau bukit di belakang.
Untuk pengetahuan, istana kesultanan Melayu Melaka dahulu terletak di puncak bukit tersebut. Tetapi ia dimusnahkan oleh Portugis apabila mereka menakluki Kota Melaka tahun 1511 lalu dibina gereja atas tapak istana. Lihat Bukit Melaka, pusat kesultanan Melaka (Melaka hill, centre of the Melaka sultanate).
Dari atas puncak kita dapat meninjau keadaan di perairan Selat Melaka. Lihat artikel Facing the Straits of Melaka from Melaka Hil di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Saya turun bukit melalui satu laluan sisi yang membawa ke tanah perkuburan Belanda.
Saya berbuat begini untuk mendapatkan gambaran bagaimanakah rupa sebenar Kota Melaka sebelum Portugis dapat menaklukinya tahun 1511. Saya diberitahu bahawa bukit sudah banyak dipotong oleh Portugis diikuti Belanda yang menakluki kota tahun 1641 kemudian British. Ia telah hilang rupa bentuk asal namun masih ada tinggalan daripada zaman 500 tahun lalu, antaranya dalam bentuk sebuah pokok besar yang katanya tempat kesukaan Sultan Mansur Shah berehat santai. Lihat Kubur Belanda (Dutch graveyard), Melaka.
Saya terus berjalan mengelilingi bukit sambil cuba memadankan maklumat yang didapati daripada beberapa sumber termasuk daripada seorang hamba Allah melalui cara ghaib. Rujuk Daulah Melayu di Melaka - Menggamit aura lama istana.
Kenal kawasan pelancongan di hadapan bangunan merah Stadthuys tinggalan Belanda ini? Dipercayai masjid besar Melaka terletak di tapak yang kelihatan...
Sekarang bangunan keagamaan paling utama dalam lingkungan kawasan tersebut adalah gereja ini...
Berhenti sebentar menikmati pemandangan sungai di hadapan. Lihat Melaka river in front of Stadthuys.
Ke hadapan sedikit ada replika kincir air yang katanya pernah digunakan kesultanan Melaka. Lihat Kincir air Kesultanan Melayu Melaka (Melaka Malay Sultanate water wheel).
Masuk kembali ke bahagian kaki bukit yang terdapat banyak muzium untuk melihat pameran ini. Lihat Pameran sisi di Muzium Islam (Side exhibition at Islamic Museum), Melaka.
Jam 4 petang kembali ke Muzium DMDI untuk membuat temu ramah bersama timbalan pengerusi DMDI, Prof (Adj) Datuk Dr. Jamil Mukmin.
Beliau juga adalah pengerusi IKSEP, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia lalu dapat memberikan banyak maklumat berguna tentang perkembangan tamadun Melayu dan Islam.
Lewat petang kami ke Masjid Selat Melaka untuk membuat penggambaran matahari terbenam. Lihat Sunset from Selat Melaka mosque.
Dengan ini tamatlah sesi penggambaran kami di Melaka, sekurang-kurangnya buat masa ini. Selesai juga apa-apa yang perlu dikongsikan tentang aktiviti saya tahun 2015. Dapatlah beralih sepenuhnya pada tahun baru 2016. Semoga apa yang akan berlaku lebih baik daripada dahulu. Amin... :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan