Khamis, Disember 31, 2015

Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Sambutan enggang dan penentangan terhadap Belanda

Alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan saya telah selesai membuat penggambaran di Melaka lalu selamat kembali ke rumah tengah malam semalam. Sekarang biarlah disambung cerita daripada artikel Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Pusing pulau setelah 15 tahun.


Pagi Selasa 22 Disember 2015. Setelah puas berehat di hotel/motel menghadap pantai di Teluk Nipah saya keluar berjalan-jalan di sekitar lalu terpandang beberapa ekor burung enggang.


Rupa-rupanya terdapat banyak burung enggang di sekitar. Patulah tempat saya dan keluarga menginap diberi nama Hornbill Resort.


Dah puas berjalan baru ajak keluarga bersarapan di tepi pantai.


Kat tepi pantai pun ada burung enggang. Lihat artikel Breakfast at Teluk Nipah with the hornbills di blogspot BERPETUALANG KE ACEH


Selepas sarapan kami mandi pantai. Jam 10.30 kami mula keluar berkereta untuk meninjau kawasan lain.


Sampai ke Teluk Dalam kami mengambil satu jalan yang dilihat pada hari sebelumnya.


Ia membawa pada satu pantai yang agak tersembunyi daripada umum. Lihat Exploring north-east Pangkor.


Hampir jam 11 kami menghala kembali ke Teluk Nipah lalu singgah di satu pantai yang terletak sebelumnya. Lihat The beauty of Pasir Giam.


Berbanding Teluk Nipah, pantai ini kelihatan lebih cantik. Kalau sanggup berjalan lebih jauh meredah sedikit hutan kita dapat melihat bahagian-bahagian yang semakin cantik. Lihat More beauty off Pasir Giam.


Tengah hari selepas check-out kami menghala ke pekan Pangkor kemudian ke selatan untuk melihat tinggalan-tinggalan sejarah yang ada di sana. Mula-mula adalah sebuah batu yang katanya menggambarkan penentangan orang Melayu terhadap pendudukan Belanda di Pulau Pangkor. Lihat artikel Batu Bersurat (Inscribed stone of) Pangkor di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)


Dari batu bersurat dah dekat dengan Kota Belanda yang dibina mereka untuk menyimpan bijih timah. Lihat Kota Belanda pada siang hari (Dutch fort during daytime).

 .
Tidak jauh dari kota terdapat makam seorang panglima Bugis yang pernah menghalau Belanda keluar dari kota. Lihat Makam (Tomb of) Panglima Kulop Mentok.


Perjalanan menjejak sejarah ditutup dengan persinggahan ke masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Teluk Raja Bayang.


Jam 1.30 tengah hari kami ke jeti untuk menaiki feri meninggalkan Pulau Pangkor...







Sampai ke Lumut terus bergegak ke Pasir Panjang sekitar 20  km ke utara untuk melihat penyu-penyu di sana. Lihat Turtle sanctuary at Pasir Panjang. Dengan ini tamatlah cerita perjalanan kami di Perak 19-23 Disember.


Isnin, Disember 28, 2015

Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Pusing pulau setelah 15 tahun

Salam semua. Pada ketika ini saya sedang berada di Melaka untuk kerja-kerja penggambaran dokumentari Daulah Melayu. Sementara ada kesempatan dan kelapangan biarlah dipersembahkan cerita hari kedua perjalanan di Perak baru ini.


Isnin 21 Disember 2015. Selepas meninggalkan Pasir Salak malam sebelumnya kami telah bermalam di pangsapuri yang kelihatan.


Pangsapuri ini terletak di Lumut. Ini menawarkan pemandangan menarik persekitaran. Lihat artikel-artikel berikut yang telah diletakkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH:-






Masuk ke pekan Lumut.



Sarapan pagi lewat bersamaan makan tengah hari awal.


Kami makan di warung berhadapan terminal feri ke Pulau Pangkor. Selesai makan terus ke terminal.


Inilah kali pertama saya membawa isteri dan anak-anak ke pulau itu. Kali terakhir saya sendiri bertandang ke Pangkor adalah lebih 8 tahun lalu. Lihat artikel lama Remembering Pangkor....




Ternyata ramai orang pergi bercuti di pulau mengambil kesempatan cuti sekolah yang panjang. Nasib baik kami masuk tengah hari Isnin. Walaupun ramai, taklah begitu sesak orang yang masuk pulau. Kami dapat melihat berkali ganda ramai mahu keluar pulau. Gambar ini diambil setelah sampai di Pulau Pangkor. Dah keluar daripada jeti pun masih kelihatan orang berbaris panjang untuk mendapatkan feri kembali ke Lumut.


Keadaan di luar terminal. Kami mahu mencari kereta sewa.


Setelah mendapat kereta terus mengambil jalan pusing pulau melawan arah jam.









Sampai di Teluk Dalam berhenti sebentar untuk menikmati pemandangan. Lihat Looking at Teluk Dalam.


Perjalanan pusing pulang melawan arah jam diteruskan ke Teluk Nipah.





Kami telah menempah bilik hotel untuk bermalam berdekatan pantai. Lihat dahulu pemandangan sekitar. Rujuk An early look at Teluk Nipah.


Selepas berehat sebentar di hotel kami keluar jam 3.50 petang untuk membuat aktiviti snorkelling di pulau kecil berdekatan. Lihat Snorkelling at Pulau Giam.





Selepas snorkelling kami jalan-jalan melihat persekitaran teluk dan pulau. Lihat Island hopping around Teluk Nipah.


Lewat petang hampir Maghrib perjalanan pusing pulau melawan arah jam menaiki kereta disambung. Singgah di satu tempat menarik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Lihat Sunset from Pangkor's vantage point.


Sebelum hari betul-betul gelap kami berhenti sebentar di Pasir Bogak. Lihat Pasir Bogak at twilight.


Perjalanan membawa kami kembali ke pekan Pangkor di mana terdapat terminal feri keluar dan masuk dari/ke Lumut. Dengan itu kami dah dapat pusing pulau, setakat mana yang dibenarkan oleh jalan raya yang ada. Kali terakhir saya membuat perjalanan pusing Pulau Pangkor adalah pada tahun 2000 iaitu 15 tahun lalu. Ketika itu saya menaiki motosikal sewa dengan bekas isteri terdahulu.


Dari pekan kami menyambung perjalanan ke selatan (bukan jalan pusing pulau) di mana terdapat banyak kampung Melayu. Singgah di satu bangunan peninggalan sejarah yang terkenal. Lihat artikel Kota Belanda pada malam hari (Dutch fort at night) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Jumaat, Disember 25, 2015

Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Pertandingan silat dan panggilan Inderasakti

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga hari Maulidur Rasul yang berlangsung semalam memberikan manfaat kepada kita semua. Adapun pada 19-22 Disember baru ini saya, isteri dan anak-anak telah berjalan di beberapa tempat di negeri Perak. Sekarang biar dikongsikan cerita.


Tengah hari Sabtu 19 Disember 2015. Kami bertolak melalui jalan lama ke Ipoh. Sampai ke Tanjung Malim baru mengambil lebuh raya PLUS sebelum keluar di Sungkai.


Jam 2.30 petang sampailah ke destinasi iaitu Pasir Salak Resort. Ada majlis yang mahu dihadiri di sini.


Ini adalah kali ketiga saya dan keluarga bertandang ke Pasir Salak untuk memeriahkan majlis tahun 2015. Kali pertama adalah pada pertengahan tahun, kali kedua pada bulan September. Lihat artikel-artikel berikut :-









Cuma kali ini kami ada membawa dua orang anak yang berada di sekolah menengah. Sebelum ini kami cuma membawa dua orang anak paling kecil, seorang  kini berumur 6 tahun lebih, seorang dah dekat 4 tahun.


Majlis bermula waktu malam.




Pagi Ahad 20 Disember. Anak-anak dah tak sabar nak mandi di kolam berenang.


Majlis bersambung selepas Zuhur dengan pertandingan silat. Seperti halnya pada malam sebelumnya saya dan isteri pergi ke majlis tanpa membawa anak-anak. Lihat Bertari silat di Pasir Salak


Majlis selesai hampir jam 4. Selepas jam 5 saya, isteri dan beberapa orang bertolak ke selatan Pasir Salak.


Kami pergi ke sebuah jeti kecil untuk mendapatkan bot. Lihat artikel Perak river from across the tomb of the 17th Sultan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami mahu ke satu tempat yang dikenali sebagai Pulau Inderasakti.


Di situ terdapat makam Sultan Iskandar Zulkarnain. Lihat Boat ride to tomb of Perak's 15th Sultan.


Kami kembali hampir waktu Maghrib dalam keadaan puas yang amat sangat. Sebetulnya ziarah menaiki bot ini sudah dirancang sejak pertama kali menghadiri majlis di Pasir Salak tapi tak jadi akibat halangan tertentu. Kali kedua majlis pun nak pergi tapi turut terhalang...


Akhirnya dapat juga kami ke sana dengan menaiki bot, setelah 3 kali menghadiri majlis di bumi yang terkenal dengan kebangkitan perjuangan orang Melayu melawan penjajah ini. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1,400 di blogspot ini.