Salam. Menurut gerak terbaru melepaskan beberapa cerita...
Awal petang Khamis 8 Oktober 2015 saya ke bangunan Kuliyyah (Fakulti) of Economics, Universiti Islam Antarabangsa di Gombak untuk satu majlis ilmu.
Kali terakhir menghadiri majlis ilmu di UIA adalah pada tahun lepas, di fakulti undang-undang. Ketika itu seorang cendekiawan peringkat dunia yang berasal dari Norway bercakap tentang pertembungan tamadunan dunia. Lihat artikel Talking about clash of civilisations - Words of wisdom from a 84-year old mathematician di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Kali ini, sesuai dengan kedudukan di fakulti ekonomi, tentu perkara berkenaan ilmu ini menjadi tumpuan.
Yang bercakap adalah Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, mantan profesor dan dekan Institut Kewangan dan Perbankan Islam UIA. Berasal daripada Pulau Pinang beliau kini seorang consultant atau jururunding bebas ekonomi dan kewangan Islam.
Tajuk syarahan atau pembentangan pernah dipersembahkan dalam blogspot ini lebih 2 tahun lalu. Ketika itu saya telah menerima satu salinan kertas kerja dengan tajuk seperti yang kelihatan oleh orang ini juga lalu menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu Lihat Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu.
Secara rata ia menceritakan bagaimana harta kekayaan orang Melayu telah dirompak selama lebih 100 tahun oleh Barat dan pihak-pihak yang dibantu mereka. Ada konsep-konsep penting ekonomi dan perbankan seperti fractional reserve banking harus difahami sebelum kita boleh nampak bagaimana perompakan berlaku disokong undang-undang ciptaan Barat. Dalam artikel yang dipautkan saya sudah memudahkan selagi boleh apa yang diceritakan.
Seperti biasa di UIA syarahan diadakan dalam bahasa Inggeris. Tetapi kerana perkara sangat penting untuk difahami anak-anak Melayu dipersembahkan cerita ini dalam bahasa Melayu, bukan bahasa Inggeris seperti pernah dibuat walaupun ringkas untuk artikel Talking about clash of civilisations - Words of wisdom from a 84-year old mathematician.
Syarahan bermula dengan memperkenalkan bagaimana wang fiat boleh menyebabkan inflasi, jurang perbezaan pendapatan dan kekayaan yang besar, kemelesetan ekonomi, hilang pekerjaan, konflik dan peperangan malah perubahan cuaca! Ia juga memberi kesan kepada sejarah dan politik, boleh membawa pada kejadian banjir yang berleluasa, mengancam persekitaran, membawa pencemaran air, tanah dan utara, merosakkan ekosistem dan meningkatkan jenayah. Nampak macam tak masuk akal semua ini boleh berlaku akibat wang fiat bukan?
Oh. Sebelum itu anda harus faham apakah itu wang fiat. Secara rata ia merujuk pada semua wang kertas yang digunakan di merata dunia zaman sekarang. Ini kerana wang kertas zaman dahulu ada yang bersandar pada emas. Maka setiap RM1 yang diterbitkan ada sandaran emas dengan nilai itu disimpan di suatu tempat. Sedangkan wang fiat tidak memiliki apa-apa sandaran kecuali perkiraan atas kertas berdasarkan prinsip-prinsip tertentu yang boleh dibuat-buat oleh mereka yang berkuasa. Ini memberikan peluang untuk mereka mencetak wang sesuka hati mereka sehingga jauh melangkaui nilai harta sebenar.
Bila wang boleh dicetak sesuka hati lalu bercambah pada kadar yang tak masuk akal maka hilanglah rasa tanggungjawab. Ketamakan menjadi kegilaan dan itulah yang boleh membawa pada perubahan cuaca, banjir dan sebagainya... disebabkan ketamakan yang dipacu banyaknya wang membuat orang tidak peduli pada persekitaran dalam membina bangunan dan sebagainya sehingga menganggu keseimbangan kitaran alam. Nampak kan sekarang apa kena mengenanya?
Gambar di atas menunjukkan Ahamed menerangkan apa yang dilihat sebagai prinsip asas dalam perkembangan ekonomi melibatkan wang fiat. Konsep paling penting di sini adalah financial inclusion, saya terjemahkan sebagai 'keterlibatan kewangan'. Ia merujuk pada siapakah yang terlibat dalam suatu sistem kewangan. Contoh paling senang keterlibatan kewangan adalah orang bermain kutu. Cuma mereka yang sama-sama main kutu mendapat faedah kewangan daripadanya.
Dalam hal ini Ahamed merujuk pada sistem perbankan. Sistem dibina sebegitu rupa sehingga mereka yang paling awal terlibat mendapat banyak faedah menyebabkan mereka di luar tertinggal jauh ke belakang. Melalui sistem perbankan mereka yang mendapat faedah boleh membuat pinjaman untuk membeli banyak hartanah, Mereka yang tidak berpeluang pula boleh jadi tercicir dan itulah yang berlaku pada orang Melayu dan Islam.
Satu perkara tentang wang atau duit adalah siapa yang tak suka duit ya tak? Bukan senang hendak menghalang diri daripada dikaburkan mata oleh duit. Prinsip seterusnya yang harus difahami ialah seigniorage. Ia bermaksud perbezaan nilai antara apa yang dinyatakan pada wang berbanding zat wang itu sendiri.
Contohnya duit RM50. Berapakah wang yang diperlukan untuk mencetak duit RM50 itu? Rasanya cuma berapa sen sahaja. Tetapi nilai yang diberi, nilai yang sah diperlakukan menurut undang-undang (ciptaan Barat) adalah jauh berapa kali ganda. Perbezaan antara nilai yang sah diperlakukan berbanding nilai membuat cetakan wang itulah yang dipanggil seigniorage. Pada Ahamed, sseigniorage yang diterbitkan oleh wang fiat adalah tidak adil, zalim.
Sistem perbankan menyebabkan bukan sahaja wang boleh dicetak hampir sesuka hati. Wang juga diterbitkan atas kertas atau on paper, tanpa perlu wujud secara fizikal, setakat catatan dalam buku akaun atau sistem komputer. Ini diperolehi melalui kira-kira akaun yang terhasil akibat penerbitan hutang. Di sinilah kita kena betul-betul hadamkan apakah itu fractional reserve banking. Ia adalah satu sistem yang membolehkan bank mengeluarkan pinjaman berkali-kali ganda berbanding wang dalam simpanan.
Mereka yang tak faham mungkin berfikir begini - Katakan jumlah wang yang didepositkan atau disimpan oleh orang ramai dalam sebuah bank adalah RM10 juta. Menggunakan wang itu bank boleh meminjamkan sebanyak itu kepada orang lain. Pinjaman diberikan dengan misalnya kadar bunga 6% lalu sedikit keuntungan dikembalikan kepada penyimpan pada kadar 2%. Maka bank mendapat 4%, iaitu perbezaan antara 6% dengan 2%.
Salah. Bukan begitu kira-kiranya. Fractional reserve banking yang disokong undang-undang berkaitan ciptaan Barat memberikan mereka hak untuk meminjamkan wang jauh lebih banyak daripada itu. Dahulu, kadar biasa adalah 10 kali ganda, sekarang ni entah berapa banyak kali ganda. Kalau kita ambik 10 kali ganda pun, maka contoh di atas memberikan bank hak untuk meminjamkan wang sebanyak RM100 juta. Sedangkan yang wujud dalam simpanan cuma RM10 juta. Mana datang lagi RM90 juta? Ia adalah kira-kira atas kertas yang diterbitkan melalui fractional reserve banking.
Kalau bank meminjamkan RM100 juta pada kadar bunga 6% setahun kira-kira mudah memberikan keuntungan RM6 juta setahun. Tolak 2% yang harus dikembalikan sebagai faedah untuk RM10 juta wang sebenar penyimpan (iaitu bersamaan RM200,000), bank mendapat untuk RM5.8 juta setahun. Itu adalah menurut kira-kira mudah, Sedangkan hakikatnya bunga hutang jadi bercambah atau beranak-pinak daripada tahun ke tahun malah bulan ke bulan (kalau lambat bayar mengikut jadual) lalu menjadi berkali-kali ganda lagi, Inilah yang dipanggil sebagai compounded interest, bunga berganda.
Sebagai nota, penerangan ini dan beberapa yang lain saya buat sendiri ya, bukan disebut dalam syarahan. Ahamed cuma menyebut secara ringkas kerana beliau sedang bercakap pada khalayak yang rata-rata merupakan para pelajar ekonomi. Maka mereka harus sudah sedia faham beberapa konsep lalu tidak perlu dikupas.
Oleh kerana definisi besar wang (broad money) memasukkan sekali jumlah hutang yang dikeluarkan bank maka penerbitan wang bercambah secara eksponential (ni saya tak tahu bahasa mudah, kalau dalam graf ini digambarkan dengan lengkung yang semakin naik ke berbanding garis lurus). Hal ini menyebabkan jurang perbezaan yang tinggi antara jumlah wang yang diterbitkan berbanding kekayaan sebenar (real wealth).
Ini adalah graf yang menunjukkan percambahan wang di Malaysia. Data diperolehi daripada Bank Negara...
Sekarang, setelah dapat dihadamkan beberapa konsep tentang penghasilan wang fiat yang digunakan merata zaman sekarang, Ahamed membawa hadirin untuk melihat perkembangan Islam di rantau kita. Ini ditekankan kerana rata-rata pendakwah juga adalah peniaga. Mereka kemudian membentuk komuniti peniaga yang menguasai kewangan di tempat kita.
Peniaga-peniaga ini datang membawa wang dinar dan dirham, emas dan perak. Selain itu timah juga digunakan sebagai matawang. Apapun, setiap barangan ini memiliki nilai pada 'ain atau zat. Tidak seperti wang kertas yang nilai kertasnya tidak sama langsung malah terlalu kecil berbanding nilai yang dinyatakan sah diperlakukan.
Selama beberapa ratus tahun ekonomi orang Melayu yang ketika itu tergambar pada kehebatan empayar Melaka dipacu oleh para peniaga Islam menggunakan matawang yang memiliki nilai sebenar pada zat. Walaupun kemudian Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis tahun 1511 konsep sama diteruskan di merata Alam Melayu termasuk dalam kawasan yang ditakluki kuasa Barat. Kedatangan Inggeris yang bertapak di Pulau Pinang tahun 1786 mula mengubah keadaan. Di pulau itulah ditubuhkan bank-bank terawal (acuan Barat malah Yahudi laknat) tahun 1860an. Boleh lihat juga penerangan dalam artikel Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu.
Saya dah penat bercerita panjang lebar, Harap terima jika penerangan selepas ini terlalu ringkas dan mudah. Kemunculan bank menyebabkan duit-duit kertas mula dikeluarkan. Peranan ini kemudian diselaraskan atau dikawal selia oleh badan bernama Board of Commissionars of Currency, Malaya yang diasaskan tahun 1938.
Ahamed menunjukkan ini, contoh wang 10,000 Dolar yang dikeluarkan badan tersebut. Menurutnya kos mencetak wang harus tidak lebih 1 sen. 1 sen zaman itu katanya cukup untuk seorang membeli makan tengah hari. Maka itu tambahnya, wang kertas 10,000 Dolar ini memiliki nilai serupa RM1 juta zaman ini. Hmm. Kalau dah boleh beli makan tengah hari, saya rasa lebih tepat 1 sen zaman itu disebut bersamaan RM5 sekarang iaitu daripada segi kuasa beli. Maka 10,000 Dolar dah jadi RM5 juta nilainya!
Dengan wang-wang seperti ini, wang fiat awal, Barat dan pihak-pihak yang disokong mereka (orang bukan Melayu yang sengaja didatangkan beramai-ramai untuk meminggirkan kita) dapat membeli hartanah secara berleluasa. Ini adalah perompakan besar-besaran yang tidak ramai orang sedar menyebabkan kuasa ekonomi bertukar tangan untuk membentuk keadaan kini yang merugikan anak watan,
Di atas adalah gambar wang 10,000 Dolar terbitan tahun 1953. Dah 25 tahun tu sejak Board of Commissionars of Currency, Malaya ditubuhkan lalu wang-wang sebegini digunakan untuk membeli harta dan tanah orang Melayu. Agak-agak ajelah berapa banyak sudah dirompak? Tahu-tahu aje kita dah jatuh miskin. Lalu muncul mitos yang dipercayai sekian lama bahawa bangsa lain yang menjana ekonomi kita, kita harus bergantung kepada mereka. Walhal orang Melayu, orang Islam, para pedagang seagama kalau tidak pun sebangsa kita pernah menguasai secara besar-besaran hartanah dan perniagaan di pusat-pusat utama seperti Pulau Pinang dan Singapura...
Masuk tahun 1959 Bank Negara Malaysia diterbitkan. Asasnya adalah fractional reserve banking yang sudah diterangkan mekanisma kerjanya. Cuma saya terlupa menyebut satu perkara bahawa asas bunga dalam kira-kira perbankan itu tidak lain tidak bukan adalah riba' yang diharamkan malah sangat dikutuk Islam. Apabila bank pusat pun dah pakai sistem ini maka berkembanglah lagi industri penciptaan duit atas angin oleh bank-bank komersial. Ketika itu orang Melayu dan Islam rata-rata masih tidak mahu terlibat dengan sistem perbankan kerana tahu ia melibatkan riba'. Tapi sistem ini pula melonjakkan penguasaan ekonomi orang bukan Islam sehingga mengecilkan kek ekonomi anak tempatan.
Tu dia. Nampak perkataan "All Along" terus teringat Along peminjam duit. Apa yang diceritakan di sini adalah berkenaan financial inclusion (yang saya terjemahkan sebagai keterlibatan kewangan tadi). Orang Melayu, Arab dan India Muslim dahulu tidak mahu terlibat dengan perbankan kerana tahu dengan nyata ia melibatkan riba'.. Tetapi apabila wang kertas menjadi biasa, nenek moyang kita pun mula terlibat dengan sistem ini. Tidak ramai sedar bahawa sistem wang fiat atau wang kertas juga sebenarnya melibatkan riba' lalu kita pun terpalit sama kerana menggunakannya. Tidak ramai yang faham bagaimana penerbitan wang kertas sangat terkait dengan perbankan dan sistem fractional reserve banking yang mengganda-gandakan riba untuk menerbitkan keuntungan luar biasa buat pihak tertentu...
Pada ketika itu kita sudah lama kerugian kerana tidak mahu memanfaatkan sistem perbankan yang membolehkan penggunaan wang berkali ganda berbanding apa yang sebenarnya dimiliki. Sebaliknya kita menjadi penerima dan pengguna wang kertas disebabkan keadaan dan undang-undang lalu kehilangan harta atau kekayaan sebenar (real wealth) kepada puak yang tak pedulikan halal haram. Kepincangan ini disedari oleh seorang pemikir Melayu, Maarof Zakariah, orang yang namanya diabadikan pada Jalan Maarof di Bangsar, Kuala Lumpur. Untuk mengejar kembali peluang ekonomi dalam sistem riba' yang susah hendak dielakkan atau ditepis lagi, beliau mengasakan sebuah bank nasional untuk orang Melayu,.. tetapi didapati terbunuh dalam keadaan yang mencurigakan tidak lama kemudian.
Maarof ini adalah ayahanda kepada pelakon veteran terkenal Mustafa Maarof. Sampai kini kematian beliau menjadi misteri. Peliknya tiada siapa mahu menyiasat apakah yang sebenarnya berlaku untuk memberikan keluarga mereka keadilan. Nampaknya ada tangan-tangan ghaib para pemilik tertinggi perbankan dapat menutup segala usaha untuk mencari kebenaran...
Orang Melayu secara rata mula menggunakan bank pada awal 1970an, itupun untuk memudahkan mereka menerima gaji pekerjaan, Kalau tidak, perlu beratur panjang setiap hujung bulan untuk menerima gaji. Pada ketika itu orang Melayu sudah tertinggal lebih 100 tahun dalam penggunaan sistem ini. Fikirkan dalam konteks wang 10,000 Dolar yang nilainya setiap satu bernilai lebih RM1 juta duit sekarang malah boleh mencapai RM5 juta telah digunakan secara meluas oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam sebelum kita mengenali perbankan. Dah berapa banyak harta kita dirompak dan hilang ke tangan orang lain?
Itulah yang membawa kepada situasi kita sekarang. Kek ekonomi untuk menjalankan kerja-kerja pembetulan seperti DEB (Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan tahun 1971) pun sudah jauh mengecut. Kerajaan perlu berhutang untuk membuat belanjawan. Semakin ramai orang Melayu mengalami keruntuhan ekonomi sedangkan orang politik dan peniaga kaya pula mementingkan diri sendiri. Tidak banyak peluang untuk anak-anak muda Melayu, rasuah dan korupsi pula berleluasa.
Akibatnya orang Melayu semakin tertolak keluar daripada kawasan bandar dan kemajuan. Harga hartanah meningkat, Banyak lagi mahu diterangkan oleh Ahamed tetapi masa terhad menyebabkan beliau harus mengenepikan beberapa slaid. Saya pula sudah penat bercerita. Masuk ayat ini dah lepas tengah malam, dah 3 jam juga menaip sambil mengatur cerita, sebelum itu beberapa jam termangu-mangu kerana belum mendapat gerak ilham yang sesuai untuk memulakan ayat. Selepas syarahan ada sesi soal jawab lalu beberapa perkara lagi terbuka. Cukuplah apa yang disajikan untuk difikir-fikirkan, dijadikan iktibar lalu kita mencari jalan untuk mengatasinya. Selamat malam... :]
salam bang radzi, nak tanya keratan akhbar BH tu tarikh dia bila ya...ingat nak cari dan simpan sebagai bahan rujukan.
BalasPadamWassalam. Tak ingat bila. Tapi keluar dalam tahun ni juga kalau tak salah ingatan. Saya nampak dulu pun sebab orang post dalam FB...
BalasPadamsalam maal hijrah bang...tq dgn info diatas....
BalasPadamUtk detail kita kena rujuk syarahan2 maulana Imran Hosein kat youtube ada atau Mike Maloney The Hidden Secret of Money.
BalasPadamNak selesaikan masalah ni kita kna hapuskan BNM dan Legal Tender Law pastu kena kembali kpd dinar dan dirham.
BalasPadamTapi susah sgt cara tu. Sebagai makeshift method kita kena pisahkan khidupan kita dpd memerlukan penggunaan wang kertas yakni dgn ada tanah sendiri bina rumah sndiri jgn beli rumah. Tanam padi, sayur2an sendiri, bela lembu kambing ayam sendiri sperti nenek moyang kita dulu. Gula pun dema buat sendiri x beli pun. Cara ni pun agak susah tapi lebih senang dpd cara yg di atas tadi. Utk lebih info sila rujuk buku This Ugly Civilization dan Flight From The City karya Ralph Bursodi.
BalasPadamItu jugalah yg disarankan oleh maulana Imran tp kalau xmau xpa boleh terjunkan diri dlm sistem ekonomi yg berasaskan ribawi nih. Pendek kata kita mcm xda pilihan. Klau lari ke kampung akan ketinggaln klau stay kat bandar akan terlibat riba xpun terkena jugak debu2 riba tu. Last2 Iblis gakla yg gelak besar sbb matlamatnya tercapai.
BalasPadamItu jugalah yg disarankan oleh maulana Imran tp kalau xmau xpa boleh terjunkan diri dlm sistem ekonomi yg berasaskan ribawi nih. Pendek kata kita mcm xda pilihan. Klau lari ke kampung akan ketinggaln klau stay kat bandar akan terlibat riba xpun terkena jugak debu2 riba tu. Last2 Iblis gakla yg gelak besar sbb matlamatnya tercapai.
BalasPadamSedikit Penambahan
BalasPadam- Bagaimana penipuan wang fiat mula-mula dijalankan di PP serta tempatnya;-
http://www.matawangsunnah.blogspot.my/2015/10/fiat-money-economic-degradation-of.html