Isnin, Julai 13, 2015

Misi Pulau Pinang dan Perak - Menurut jejak ziarah pertabalan raja

Pada artikel Misi Pulau Pinang dan Perak - Dari mahkamah ke Kuala Kangsar yang ditulis 6 hari lalu saya ada menyebut sebentar lagi iaitu selepas selesai menyajikan artikel saya harus ke utara lagi untuk satu kerja. Perjalanan tersebut turut membawa saya masuk ke Selatan Thailand melalui Rantau Panjang, petang semalam baru kembali ke rumah. Sekarang saya mahu menyambung cerita tentang "Misi Pulau Pinang dan Perak".



Sudah disebut pada Misi Pulau Pinang dan Perak - Dari mahkamah ke Kuala Kangsar bahawa misi di Pulau Pinang sudah dapat diselesaikan dengan jayanya Isnin 29 Jun 2015. Keesokan harinya, selepas bermalam di surau yang kelihatan saya pun memulakan misi di Perak.


Apakah misinya? Cuba teka berdasarkan turutan cerita, Daripada surau boleh kelihatan satu papan tanda.



Ia menunjukkan arah ke makam Tok Temong. Saya rasa tak perlulah disebut siapakah tokoh besar ini ya. Saya dah banyak kali ziarah dan kongsi cerita di blogspot.


Cuma keadaan ziarah kali ini adalah lebih istimewa.


Daripada makam Tok Temong saya ke Kota Lama Kanan untuk menziarahi tempat yang tertera pada papan tanda ini pula.


Ini pun saya dah banyak kali cerita.



Jadi tak perlulah dipanjangkan ya siapakah tokoh yang terlibat.



Untuk artikel ini dan seterusnya biar saya berkongsi cerita secara ringkas.


Dah malas dan penat nak bercerita panjang dan terperinci... 


Kalau nak bercerita secara terperinci saya perlu membuat banyak artikel sokongan di blogspots saya yang lain dan ini memakan banyak masa dan tenaga. Selain itu saya rasa tak ramai tahu menghargai penat lelah berjalan kemudian bercerita panjang. 


Orang lebih suka mendengar cerita mereka yang pandai buat marketing walaupun puak macam ni lebih banyak cakap tak serupa bikin, cerita macam dah pusing satu dunia tapi sebenarnya cuma tahu kelentong dan cedok cerita orang depan keyboard je. Jadi tak payahlah saya menyusahkan diri berkongsi panjang lebar cerita pengalaman sebenar pada kala cerita dongeng lebih menarik perhatian dan disanjung tinggi.


Biar papan tanda menerangkan, gambar sahaja bercerita. Kalau tiada apa-apa yang tertera nama dan sebagainya baru saya terangkan secara ringkas. Misalnya, ini adalah kawasan pemakaman diraja di Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang kini mengandungi makam 8 orang Sultan Perak.


Dalam Masjid Ubudiyah yang terletak di sebelah kawasan pemakaman timbul rasa untuk mendirikan keris.


Saya juga menziarahi beberapa tempat lagi di Kuala Kangsar sebelum kembali ke Kota Lama Kanan. Masuk waktu Zohor baru boleh masuk masjid lalu menyentuh batu peringatan merangkap semacam makam yang ada di dalam.



Selepas itu saya berkejar ke Manong lalu mendapatkan bot ke Pulau Semat.


Pergilah ziarah makam sultan yang terdapat di atas pulau.






Dah nampak tak apa yang berlaku dalam penceritaan kali ini? Apakah misi di Perak?






Sebenarnya tajuk kecil pada artikel ini sudah cukup menerangkan.













Ya. Saya sedang menurut jejak ziarah pertabalan raja.








Ini adalah kali pertama saya menziarahi makam raja-raja di Perak selepas Sultan ke-35 Perak, Sultan Nazrin Shah ditabalkan awal bulan Mei.










Untuk makluman saya sudah banyak kali menziarahi makam raja-raja di Perak. Tapi sebelum ini baru sekali cuba menziarahinya mengikut tertib seperti dilakukan selepas pertabalan seorang sultan.





Tertib yang dimaksudkan adalah menziarahi semua makam yang patut bermula di hulu sungai Perak sehingga ke hilir.


Ini pernah saya lalukan sekali tahun 2010. Cuma tak dapat nak pergi semua makam dalam tempoh satu hari kerana terlalu banyak, ada 30 makam raja kesemuanya termasuk batu peringatan di Kota Lama Kanan. Dan di celah-celah itu saya juga menziarahi beberapa makam yang tidak ada dalam jejak pertabalan tetapi masih ada kena-mengena lalu apabila sampai ke Kampung Gajah lewat petang saya memilih untuk ke masjid lama Pasir Salak.


Berdekatan tugu menandakan tempat residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch dibunuh oleh orang Melayu tahun 1875 inilah saya berehat dan beriktikaf...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan