Bersambung daripada Panggilan Pasir Salak - Penangan penjurit kepetangan.
Pagi Sabtu 30 Mei 2015. Saya meninjau tapak pameran dan perniagaan WB River Fest.
Jam 2.30 petang akan dimulakan sesi pengkisahan sejarah dan saya adalah salah seorang ahli panel. Sementara ada beberapa jam sebelum ia bermula biarlah kita berjalan-jalan lagi.
Terdapat 2 buah khemah dikhususkan untuk kegunaan para aktivis kebudayaan Melayu, ahli-ahli persilatan dan sebagainya.
NGO pimpinan saya HIKMAH terlibat sama malah secara rasminya kami diletakkan sebagai salah satu badan utama menjayakan majlis...
WB River Fest atau pesta sungai WB (merujuk kepada penganjur utama, persatuan Warisan Bandor) ini turut mengandungi beberapa komponen acara, antaranya adalah perlumbaan kayak menyusuri Sungai Perak. Untuk pemandangan sungai juga resort atau pusat peranginan tempat acara diadakan sila lihat artikel Perak river views from Pasir Salak resort di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Selepas berehat sejam dua di chalet saya kembali melihat keadaan di khemah.
Ketika itu semua aktivis yang terlibat sudah mempamerkan barangan...
Layan bergambar sat.
Tidak lama kemudian sesi pengkisahan sejarah pun dimulakan. Sebagai panelis pertama saya menceritakan bagaimana Kesultanan Perak bersambung dengan Kesultanan Melaka, dikatakan berketurunan penakluk besar Raja Iskandar Zulkarnain oleh kitab Sulalatus Salatin karangan Bendahara Johor awal abad ke-17, Tun Sri Lanang. Turut menjadi ahli panel, adalah saudara Megat Iskandar (tengah) daripada Persatuan Keturunan Megat Terawis dan mantan ketua polis negara (dua daripada kiri), Tun Hanif Omar.
Petang selepas jam 5, timbalan Menteri Pertanian, Datuk Tajuddin Abdul Rahman muncul menyerikan majlis. Beliau adalah ahli parlimen Pasir Salak, Selepas memberikan ucapan beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlumbaan kayak.
Saya rasa cukuplah ini untuk menunjukkan keadaan acara pada hari Sabtu. Malam itu ada ceramah agama tapi saya tak ambil gambar. Selepas ini insyaallah akan disajikan gambar-gambar dan cerita pada hari terakhir acara iaitu Ahad semalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan