Isnin, Jun 01, 2015

Panggilan Pasir Salak - Bertandang ke rumah Tok Sagor

Untuk menutup penceritaan berkenaan majlis pada hujung minggu baru biar dikongsikan artikel ini. Bersambung daripada Panggilan Pasir Salak - Bersama Raja Muda Perak.


Adapun bersama untuk mengiringi Raja Muda Perak menyerikan majlis adalah mantan Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib. Beliau adalah pemegang satu jawatan pembesar istana turun temurun iaitu Dato' Sri Agar Diraja, orang Perak sebut Tok Sagor. Sempatlah kami para aktivis bergambar bersama beliau.



Saya juga sempat menghadiahkan buku 2 dan 3 siri "Berpetualang ke Aceh". Untuk pengetahuan buku 1 sudah lama habis stok. Dua buku sama turut dihadiahkan kepada Raja Muda juga mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.



Ramli ada mengundang kami untuk bertandang ke rumah kediaman Tok Sagor tidak jauh daripada Pasir Salak Resort. Ketika kami sampai Raja Muda baru sahaja keluar daripada rumah.



Kami sempat mengiringi Raja Muda berangkat meninggalkan persekitaran.



Selepas itu baru kami sendiri masuk ke rumah.






Ramli menunjukkan pameran yang terdapat di dalamnya. Ada banyak lagi gambar... cuma sayangnya tidak terang akibat kekurangan cahaya...



Setelah beberapa lama baru kami meminta diri. Memandang sebentar rumah sebelum meninggalkan halaman.



Selesai semua itu baru kami makan tengah hari lewat. Dengan ini selesailah hal hujung minggu baru ini ya... :]







Tiada ulasan:

Catat Ulasan