Ahad, Jun 28, 2015

Jejak Kalimantan Barat - Melihat istana dan masjid diraja Pontianak sebelum berlepas...

Salam semua. Sebentar lagi saya harus bergerak ke Pulau Pinang untuk satu urusan. Sebelum itu biar diselesaikan terus cerita perjalanan di Kalimantan Barat yang dibuat baru-baru ini. Bersambung daripada Jejak Kalimantan Barat - Kesultanan Landak, Raja Abdul Kahar dan pembantaian Jepun di Mandor.


Pagi Jumaat 12 Jun 2015. Hujan lebat kelihatan daripada tingkap bilik hotel. Ini adalah hari ke-5 dan terakhir kami berada di Kalimantan Barat. Tengah hari kami harus berlepas kembali ke Malaysia. 


Sebelum itu biar kami memuaskan hati melihat lagi tempat-tempat bersejarah di Pontianak. Selepas sarapan kami pun siap untuk bergerak...


Nampaknya hujan lebat akan berpanjangan.


Pemandangan semasa menyeberangi Sungai Kapuas.


Masuk lagi ke kawasan istana Pontianak, kali ini untuk melihat keadaan waktu siang walaupun dalam hujan...






Tak mengapalah. Janji sampai.


Cuma kami tidak dapat masuk ke dalam kerana jurukunci tak datang-datang. Kami diberitahu oleh seorang kerabat istana yang bertugas menjaga tempat letak kenderaan, sepatutnya ia dibuka paling lewat pun jam 10 pagi. Nampaknya warga istana yang rata-rata duduk di rumah-rumah belakang istana sedang sibuk bersiap untuk satu majlis pertunangan malam nanti. Cukuplah dapat meninjau persekitaran. Lihat artikel Istana (Palace of) Qadriah, Pontianak.di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan Views from second level of Istana Qadriah di BERPETUALANG KE ACEH 


Selesai itu kami ke masjid diraja.






Nak puaskan hati sebab sebelumnya sampai waktu malam, kali ini baru dapat melihatnya dalam terang walaupun langit mendung kerana hujan berterusan. Lihat artikel Masjid Sultan Syarif Abdurrahman Al-Qadri pada siang hari (Mosque of Sultan Syarif Abdurrahman Al-Qadri at daytime).


Masjid itu dibina tahun 1771 menghadap Sungai Kapuas. Saya mengambil kesempatan mencelupkan kaki ke dalam sungai. Kiranya tanda yang saya pun tak pasti untuk apa. Cuma hati berkata harus buat...


Untuk pengetahuan ini adalah sungai yang terpanjang di Kalimantan malah seluruh Indonesia. Panjangnya lebih 1,000 km. Lihat Kapuas river in front of Sultan Syarif Abdurrahman mosque.



Berdekatan situ ada sebuah sungai kecil. Untuk ke masjid kami perlu menaiki jambatan menyeberangi sungai. Lihat Small river at Sultan Syarif Abdurrahman mosque.


Kami meninggalkan persekitaran istana dan masjid sekitar jam 11. Nampaknya harus ke lapangan terbang terus, tidak sempat singgah tempat lain.



Pesawat kami dijadualkan berlepas jam 12.55 tengah hari sedangkan nak sampai ke lapangan pun harus memakan masa setengah jam dan kami perlu check-in secara manual sebab tak dapat buat lebih awal secara on-line.


Kalau ikutkan kami boleh check-in paling lewat sekitar jam 12.10, ada setengah jam lagi untuk berjalan-jalan di Pontianak. Tapi siapa dapat menjangka keadaan jalan dan lalu lintas apa lagi dalam keadaan hujan tak henti-henti? Lebih baik sampai awal daripada tersilap perkiraan lalu tidak dapat menaiki pesawat. Saya pernah sekali tersilap lalu tidak dibenarkan menaiki pesawat. Lihat artikel lama Dari Aceh ke Putrajaya : Tidak bergerak walau sezarah sekalipun tanpa izinNya

Bila dah check-in tengok-tengok penerbangan pula ditunda lebih setengah jam akibat cuaca kurang elok. Kalau dikira balik, harus ada masa sejam yang boleh digunakan untuk berjalan-jalan lagi di sekitar Pontianak sebelum berkejar ke lapangan terbang...


Tak pa le. Yang penting semuanya selamat dan kami dapat menaiki pesawat. Apa yang kami belajar daripada perjalanan di Kalimantan Barat 8-12 Jun ini adalah sebenarnya terdapat begitu banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah harus dijejaki di wilayah ini. Lain kali kalau nak pergi biar ambil lebih masa lagi. Ini tak, dah le setakat 5 hari untuk meliputi kawasan yang saya kira sebesar seluruh negeri Johor balik pula tengah hari Jumaat. Tak merasa bersolat Jumaat di sini Itu baru mungkin 10 peratus sahaja daripada seluruh Kalimantan Barat yang saiznya lebih besar daripada Semenanjung Malaysia. Kalau nak liputi semua harus memakan masa paling kurang 2 minggu.

Kami sudah tersilap menjangka kerana tiket dibeli 2 bulan lebih awal dalam keadaan masa terasa begitu sempit. Ketika itu saya dijangka akan baru selesai melaksanakan acara ke-15 HIKMAH di Beruas 6 Jun dengan 7 Jun diadakan lawatan lapangan, tak terfikir ia akan ditunda ke 2 bulan kemudian. Lihat artikel Tarikh baru HIKMAH Beruas ditetapkan 8 Ogos di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH), Selepas itu pula akan ada kerja-kerja lain. Itu yang balik hari Jumaat sedangkan kalau dilewatkan selama satu hari sahaja lagi, kami juga boleh mengikuti majlis pertunangan diraja di istana Pontianak, katanya dengan kerabat Brunei. 

Tu le, dulu kami fikir setakat mahu melihat tempat-tempat di Pontianak, Mempawah dan Sambas. Kerajaan Landak tiada dalam program, bila dah sampai baru diberitahu oleh pemandu tentang kepentingannya dalam sejarah tempatan. Begitu juga halnya makam massal di Mandor dan makam Gusti Jamiril di Karangan. Sekarang baru kami sedar wilayah ini kaya dengan sejarah. Pergi ke Mempawah sahaja terdapat begitu banyak kesan perjalanan para ulama. Belum dikira persekitaran Tanjung Pura yang sejarahnya disebut kitab Sulalatus Salatin sebagai seiring dengan kedatangan Sang Sapurba ke Alam Melayu, belum lagi masuk kawasan-kawasan hulu Sungai Kapuas yang amat panjang itu. Sekian buat masa ini... :]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan