Masuk ke hari kedua perjalanan. Bersambung daripada Perjalanan ke-7 di Aceh - Memberi rasa dan cinta kepada penggiat muda...
Sabtu 14 Februari 2015. Selepas sarapan kami menyambung lawatan ke tempat-tempat bersejarah.
Lokasi pertama adalah Masjid Baiturrahman. Hari sebelumnya cuma orang lelaki yang sampai untuk solat Jumaat. Kali ini orang perempuan turut melawat.
Di satu bahagian halaman masjid kelihatan anak-anak sekolah tadika berdiri mengelilingi sebuah kotak hitam.
Rupa-rupanya mereka diajar tentang umrah dan Kaabah.
Seronok budak-budak boleh 'tawaf'... :]
Di hadapan masjid ahli kumpulan GPTD menyatakan misi utama perjalanan mereka ke Aceh - Emansipasi Citra Lamuri, Mereka mahu melacak atau menelusuri sejarah kerajaan lama Lamuri yang merupakan cikal bakal Kesultanan Aceh.
Pusat kerajaan tersebut terletak 40 km perjalanan ke timur Banda Aceh. Kita lihat dahulu apa yang ada dalam kawasan bandar, antaranya Pintu Khop yang merupakan pintu gerbang ke taman larangan istana terutama ketika Sultan Iskandar Muda memerintah 400 tahun lalu.
Ini pula Gunongan, taman permainan yang dibina Iskandar Muda untuk isterinya, seorang puteri dari Pahang.
Semasa di sini saya diberitahu oleh pemandu pelancong, sahabat kami Ustaz Mujib bahawa kami telah mendapat jemputan untuk 4 acara Maulidur Rasul. Untuk pengetahuan Aceh memiliki tradisi di mana tanggal kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW disambut selama 100 hari. Kampung-kampung mengambil giliran untuk mengadakan acara. Dengan itu orang kampung lain dapat datang memeriahkan sambil merapatkan silaturrahim.
Ustaz Mujib kata kita boleh pergi ke keempat-empat acara jika mahu. Tapi mana sempat kerana kami ada misi melawat tempat-tempat bersejarah terutama tapak kerajaan Lamuri. Dia pun meminta saya untuk memilik satu. Apabila mendengar nama Kampung Kandang antaranya, saya terus memilih itu kerana tahu nilai sejarahnya yang tinggi. Kelihatan di atas kami sampai ke kampung tersebut disambut ketua Disbudpar Banda Aceh. Disbudpar adalah singkatan untuk dinas (jabatan) budaya dan parawisata (pelancongan).
Kedatangan kami malah disambut oleh para pemuka kampung dan sekitarnya.
Rupa-rupanya acara Maulud di kampung ini disambut bersama majlis haul seorang tokoh ulamak yang katanya pernah hidup 900 tahun lalu. Majlis diadakan di sebelah kawasan makam tokoh tersebut.
Layan makan tengah hari dahulu sebelum ke makam.
Turut hadir beberapa orang wartawan tempatan. Apabila mendapat tahu kami datang dari Malaysia mereka pun menemuramah.
Saya sudah sampai di kawasan pemakanan ini sekurang-kurangnya 2 kali. Tapi baru kali ini tahu siapakah yang dipanggil Tuan di Kandang. Itulah tokoh yang katanya hidup 900 tahun lalu. Pada majlis hol, namanya disebut sebagai Al Maqdum Abi Abdullah Sheikh Abdurrauf al Mulaqqab, berasal daripada keturunan Bani Seljuk Turkistan yang bermastautin di Baghdad.
Makam dan sekeliling juga kelihatan lebih cantik berbanding dahulu. Lihat artikel Rupa baru makam Tuan di Kandang (New look of the tomb of Tuan di Kandang) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Selepas bersolat di masjid berdekatan kami pun mengorak langkah ke tapak kerajaan Lamuri...
Sebelum sampai ke Teluk Lamreh yang pada tanjung di timurnya terdapat tapak kerajaan kami singgah di dua buah benteng atau kota perang di barat teluk. Lihat artikel On to Indrapatra and Iskandar Muda forts di BERPETUALANG KE ACEH,
Jam 5 petang baru kami masuk ke kawasan yang dikatakan tapak pusat Lamuri.
Untuk sampai ke sini kami harus berjalan kaki sedikit naik bukit. Ternyata ini sangat berbaloi. Pemandangan cantik menunggu sesiapa sahaja yang berusaha. Lihat Savouring a bit of the beauty of Lamuri.
Di sekitar terdapat sejumlah makam-makam lama milik raja-raja, pembesar dan ulamak. Satu terletak di puncak bukit yang kelihatan, satu di belakangnya. Lihat Makam lama di puncak bukit di Lamuri (Old tomb at the top of a hill in Lamuri) juga Makam seorang Sultan Lamuri yang bertakwa (Tomb of a pious Sultan of Lamuri).
Hampir senja kami singgah di Benteng Inong Balee, juga dikenali sebagai Benteng Malahayati. Lihat Malahayati fortress at almost sunset.
Sebelum malam menjelmap kami pergi ke makam Laksamana Kemalahayati, panglima perang perempuan terulung Aceh yang namanya diabadikan pada benteng tadi.
Tapi cuma saya dan seorang sahaja lain betul-betul menziarahi makam yang terletak di atas bukit. Lain-lain menunggu dalam van di halamam kompleks makam sambil menghilangkan penat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan