Jumaat, Februari 13, 2015

Minggu Warisan Perak di PWTC

Salam awal Jumaat 13 Februari, Friday the 13th... :]


Siang tadi saya ke PWTC untuk menghadiri satu majlis.


Bermula Selasa 10 Feb dan berlanjutan hingga Ahad 16 Feb ia dipanggil Minggu Warisan Perak Darul Ridzuan...





Ketika saya sampai Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sedang bersantap bersama hadirin.



Saya pun melihat pameran yang ada. Terdapat biografi atau ringkasan pengenalan beberapa orang Sultan Perak terdahulu. 



 Ada salasilah keluarga diraja sejak zaman Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Syah 500 tahun lalu.



Selain itu ada biografi tokoh-tokoh ternama Perak terutama daripada keluarga bangsawan.






Salasilah beberapa keluarga bangsawan/pembesar istana turut diketengahkan...














Gerai-gerai bertemakan budaya tradisional Melayu juga memeriahkan acara.









Selesai santapan, Sultan Nazrin berkenan untuk bergambar beramai-ramai. Saya tunjuk secara candid ketika orang sedang berkumpul ya...





3 ulasan:

  1. Perhatikan silisilah yg disusun megat dipwtc.seolah2 anak daeng selili/lamadukelleg tiada beribu.silisilah ibu ditenggelamkan

    BalasPadam
  2. Ada tak dalam salasilah tu bernama Tok Mat Megambang

    BalasPadam
  3. Ada tak dalam salasilah tu bernama Tok Mat Megambang

    BalasPadam