Jumaat, Januari 30, 2015

Wacana "Kekuatan Melayu Asas Kestabilan Negara" di DBP



Petang 2.30 saya pergi pula ke dewan seminar di Dewan Bahasa dan Pustaka.











Siri "Wacana Fikrah Ummah" yang dimulakan DBP bersama beberapa pihak sejak 2 tahun lalu kalau tak salah membuka kalender tahun 2015 dengan tajuk "Kekuatan Melayu Asas Kestabilan Negara". Ia dipersembahkan oleh Dato Dr. Hasan Mad, setiausaha agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), satu NGO kerjasama tokoh-tokoh Melayu yang ingin menjaga kepentingan anak bangsa.



Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, ketua pengarah DBP memberikan pengenalan tentang Hasan.


Hasan pula membuka bicara dengan menyatakan betapa orang sering terkeliru antara beliau dengan Dato' Hassan Ahmad (sudah arwah, bekas pengarah DBP 1963-1976, pernah menjadi Duta Besar dan Wakil Tetap Malaysia ke Unesco). Katanya dahulu memang mereka sering bekerjasama membela kepentingan Melayu.  MPM ditubuhkan agar perjuangan dapat dijalankan dengan lebih teratur mengunakan sumber-sumber yang patut terutama yang dimiliki tokoh-tokoh terlibat.


Beliau menyatakan orang Melayu sebagai bangsa teraju di Malaysia harus diperkukuhkan demi kedamaian dan kemakmuran semua pihak. Sejarah membuktikan bangsa kita yang Islam ini amat toleran dan bertimbang rasa, sedia menjaga kepentingan kaum-kaum lain dan hak mereka untuk mengamalkan agama masing-masing. Sedangkan jika bangsa lain yang berkuasa kemungkinan besar orang selain itu ditindas. Lihat sahaja apa yang berlaku pada bangsa Rohingya di Myanmar. Cabaran yang dihadapi orang Melayu pun digariskan seperti di atas...



Akibat orang Melayu lemah jadilah seperti di dalam senarai. Hasan memberikan contoh-contoh daripada peristiwa semasa, perbalahan antara parti-parti politik yang ahli-ahlinya seagama malah sebangsa tapi berlainan penumpuan ideologi juga perselisihan antara pemimpin yang sama parti kerana kepentingan tertentu.


Saya rasa tak perlulah diberi ulasan panjang ya. Biar dikongsikan tajuk-tajuk penting dan pecahan seperti ditunjukkan pada slaid...














Secara rata persembahan Hasan merupakan analisis MPM terhadap punca permasalahan orang Melayu dan bagaimana hendak memperbaiki keadaan.



Sesi soal jawab.



Selingan. Ada jurugambar perempuan saya tak pasti daripada mana tampil ke hadapan pentas mengambil gambar. Walaupun bertudung, seluar beliau agak ketat sehingga menampakkan rupa bentuk perkara yang tak patut. Seorang tokoh budaya yang duduk di sebelah meminta saya menegur tapi saya rasa segan. Kata saya seeloknya biar orang perempuan yang menegur. Tengok-tengok tokoh yang sudah saya kenali sejak beberapa tahun ni melukis gambar atas lalu meminta saya mengambil gambar untuk dikongsikan di Internet. Semoga ini menjadi teladan. Pakaian sebegitu bukan sahaja tidak sesuai untuk perempuan Melayu dan Islam, ia menjadi amatlah janggal apabila kelihatan di hadapan pentas pada satu majlis menjaga kepentingan orang Melayu yang dihadiri ramai tokoh bertaraf VIP malah VVIP.


Orang lain mengambil gambar ketika Hasan sedang menjawab soalan. Seperti soal jawab di UKM (tapi tak sebut langsung pada artikel Forum "Melayu Bukan Pendatang" di UKM) saya juga sempat melontarkan sedikit persoalan. Tapi tak payahlah dipanjangkan cerita. Cukup dengan perkongsian ringkas ini ya. :]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan