Khamis, Disember 11, 2014

Trip anak-beranak ke Desaru - "Diserang' Angry Bird di Johor Bahru dan 313 di tempat rehat



Sabtu 6 Disember 2014. Kami meninggalkan rumah anak buah di Alor Gajah jam 10 pagi.


Selain berhenti untuk mengisi minyak di pekan Durian Tunggal dan buang air di tempat rehat Lebuh Raya PLUS kami berjalan terus hingga ke bandar raya Johor Bahru, sampai sekitar 12.30 tengah hari...






Ketika hendak masuk ke pusat bandar raya entah bagaimana tersilap masuk jalan. Jumpa pula simpang masuk ke tempat letak kereta bangunan KOMTAR. Kami pun ambil lalu makan tengah hari di dalam bangunan.


Keluar bangunan kelihatan ini. Ah! Apakah serangan Angry Bird telah berlaku di sini?






Rupa-rupanya ia adalah iklan untuk taman tema mini Angry Bird di dalam bangunan.





Kami pun berjalan-jalan,


Selepas itu kami menyusuri pantai melihat Selat Tebrau dan negara pulau Singapura di seberang...


Terus mengambil jalan keluar ke Kota Tinggi, masuk lebuh raya ke Desaru melalui Ulu Tiram.



Sudah lama saya ingin mengambil laluan ini kerana terdapat jambatan menyeberangi Sungai Johor yang luas. Lihat artikel The long bridge over Sungai Johor di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Penghujung 2009 saya ada mengambil lebuh raya yang sama. Tetapi jambatan belum siap, yang ada sampai ke Masai dan kalau tak salah ingatan hingga ke Pasir Gudang. Lihat artikel lama Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Menyusuri kembali jalan ke Teluk Ramunia dan Tanjung Pengelih..


Tak berapa lama kemudian sampailah ke destinasi utama perjalanan.





Perjalanan ini dibuat dengan niat memberi keutamaan untuk anak-anak bercuti sambil kami sendiri berehat. Maka tidak seperti biasa di mana kami sering bermalam di hotel murah malah masjid dan surau kami mengambil penginapan yang selesa,


Menariknya sampai sahaja kereta di hadapan lobi untuk menurunkan barang, jam menunjukkan 3.13 petang.


Dahulu saya pernah membawa isteri dan seorang anak bermalam di hotel yang sama, ketika anak tersebut berumur 40 hari lebih sahaja. Kini beliau telah berumur 5 tahun dan kami membawa bersama 3 orang lagi anak. Alhamdulillah dapat bilik lebih besar malah 2 tingkat. Lihat Holiday and rest at Desaru


Dahulu nak duduk lama depan kolam renang pun tak sempat kerana banyak tempat mahu disinggahi sebelum bergegas pulang ke rumah orang tua untuk sambutan Hari Raya Aidil Adha. Kali ini memang percutian dikhaskan untuk anak-anak. Apa lagi 'bergelumanglah' mereka di dalam 'perairan'...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan