Khamis, Disember 04, 2014

Santai di Muar sebelum ke Melaka dan Negeri Sembilan melalui belakang Gunung Ledang

Untuk melengkapkan penceritaan daripada fail gambar dan perjalanan bulan November 2014 biar dipersembahkan ini. Kiranya bersambung daripada Misi Sungai Batu Pahat - Bukit Pasir mengapit sungai, faktor 131 pada penghujung perjalanan pula....


Isnin 24 November 2014. Saya keluar dari rumah ibu bapa lalu singgah di tempat ini.


Sudah beberapa kali lalu di jalan yang sama tetapi baru kali ini tergerak untuk berhenti di sebelah gudang membuat kopi tadi.


Jenama Kopi 434 memang terkenal di Muar malah jauh ke luar lagi. Kopi 'gajah' merujuk pada sejenis biji kopi besar adalah salah satu produk jenama ini yang terkenal.


Dengan selesainya "Misi Sungai Batu Pahat" saya dan anak dapat berjalan lebih santai. Ini adalah gambar daripada tingkat tertinggi sebuah bangunan di tengah bandar Muar. Lihat artikel Part of Muar from the 12th floor of a building di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sebetulnya kami ke bandar untuk menikmati lagi hidangan nasi beringin kegemaran. Selepas itu saya membawa anak singgah minum di kedai khas Kopi 434. Kebetulan ia terletak berdekatan Kubu Bentayan yang pernah menjadi tempat barisan terakhir Melaka bertahan tahun 1511 melawan serangan Portugis. Berdekatan itu ada pula Sungai Bentayan betul-betul di kuala yang airnya mengalir masuk ke Sungai Muar.




Berposing di stesyen bas antara bandar yang terletak berdekatan. Bangunan ini asalnya pasar basah...





Menyeberang Sungai Muar melalui jalan lama.


Fikirnya selepas berehat di rumah ibu bapa barang sejam dua mahu kembali ke rumah sendiri di Selangor. Tapi timbul rasa penat amat. Esoknya tengah hari Selasa baru mengorak langkah kembali dengan mengambil jalan ke bandar Tangkak.


Terlihat kedai ini terbetik dalam hati... agaknya gunting dulu Aiyamma baru jadi Ayamas kot? :v


Jalan terus boleh membawa ke kaki Gunung Ledang.



Saya memilih untuk mengambil satu simpang kiri kerana ia boleh membawa ke Melaka...



Tapi kalau sekadar mahu ke Melaka selalu orang lalu Jasin. Saya memilih ke kanan...


Kita boleh mendekati Gunung Ledang kembali melalui Asahan. Tapi cukuplah hari itu sekadar lalu di tepian gunung...


Saya memilih untuk ke Nyalas, singgah sebentar di masjid ini. Lihat Masjid tua (Old mosque of) Nyalas.



Perjalanan diteruskan ke Alor Gajah melalui Selandar.


Kemudian masuk ke Negeri Sembilan melalui Tampin.



Terus ke Kuala Pilah, berhenti sebentar di Johol. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Johol.



Di Kuala Pilah singgah di masjid ini pula. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Yamtuan Raden, Kuala Pilah.



Selepas itu ke Tanjung Ipoh untuk menziarahi makam Tuan Tulis...





Perjalanan diteruskan ke Seri Menanti lalu singgah di Ladang Alam Warisan milik seorang aktivis budaya tradisional Melayu...





Sebelum itu saya sudah terlajak hingga ke Seri Menanti lalu terlihat sebuah masjid tinggal. Lihat Masjid lama (Old mosque of) Tanjung Beringin, Seri Menanti.





Apabila keluar kembali ke jalan besar terlihat rumah menarik ini.


Masuk lagi ke Seri Menanti. Kali ini baru mengambil masa untuk melihat apa yang ada...














Tiada ulasan:

Catat Ulasan