Isnin, Disember 15, 2014

Dari KL ke Negeri Sembilan : Antara perkahwinan dan tuntutan perjuangan

Adapun siri kecil "Trip anak-beranak ke Desaru" masih berbaki dua edisi iaitu cerita untuk perjalanan dua hari. Kita beralih sebentar ke cerita perjalanan hujung minggu baru ini.



Pagi Sabtu 13 Disember 2014, saya dan keluarga singgah ke rumah seorang sahabat satu taman perumahan di Sungai Buaya.


Kami singgah sebentar sahaja untuk melawat sahabat yang baru pertama kali menerima menantu. Ini kerana kami harus bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu majlis ilmu, tidak dapat menunggu majlis perkahwinan yang harus bermula tengah hari nanti.


Majlis ilmu yang dimaksudkan diadakan di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy.


Walaupun sampai lewat dapatlah mengikuti pembentangan pertama sehingga tamat, pembentangan tentang asal-usul orang Melayu, tamadun dan beberapa hal yang digelapkan dalam sejarah. Lihat artikel Pusaka KL's function at Akademi Kenegaraan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selepas masuk Zohor kami bergegas pula ke Batu 18, Hulu Langat.



Ada majlis perkahwinan mahu dihadiri. Kali ini kami sampai pada masa yang sesuai kerana kompang masih kedengaran, orang ramai pula sedang makan.





Alang-alang bergerak dari situ, kami mengambil jalan melepasi tempat peranginan Sungai Gabai, empangan Semenyih dan Sungai Tekala lalu keluar ke pekan Semenyih. Oh, dahulu saya ingat yang ini namanya empangan Hulu Langat. Salah tu. Empangan Hulu Langat terletak di kaki Gunung Nuang dekat Pangsun. Kali terakhir saya lalu di sini jalan berdekatan empangan sedang rosak teruk lalu tidak dapat dilalui kenderaan kecuali motosikal. Itupun agak berbahaya apalagi ketika itu saya menaiki motosikal besar yang berat, kalau tergelincir susah nak kawal. Lihat artikel Dari Kajang ke Hulu Langat dan KL yang ditulis setahun lalu.


Dari pekan Semenyih kami mengambil jalan lama hingga ke Mantin kemudian masuk Lebuh Raya LEKAS. Terus ke arah Kuala Pilah kemudian masuk ke bandar diraja Seri Menanti.


Pusing le sebentar di pekan kecil diraja itu. Tengok sekejap rumah kayu unik berdekatan simpang ke Senaling. Nampaknya sudah lama terbiar...


Selepas itu baru ke destinasi utama petang itu, sebuah ladang ternakan untuk menghadiri satu lagi majlis berkenaan kedaulatan Melayu dan Islam. Kali pertama saya menjejakkan kaki ke tempat ini adalah 3 minggu lalu. Cuma ketika itu saya membawa seorang anak, tidak membawa isteri dan anak lain. Lihat Santai di Muar sebelum ke Melaka dan Negeri Sembilan melalui belakang Gunung Ledang



Di sebelah ladang ada masjid menarik. Sejak pertama kali terlihatnya saya menyimpan hajat untuk mengambil gambar. Tapi ketika itu sudah lewat petang, kali ini baru sesuai. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Tengah, Seri Menanti di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kembali ke dalam kawasan ladang yang mengandungi beberapa bangunan kayu, antaranya rumah-rumah lama. Bergambar di balai utama...


Tertarik melihat nama Sultan Malikus Saleh tertera pada satu banner. Tidak banyak pihak yang dapat mengenali apakah kepentingan sebenar nama besar ini dalam sejarah Melayu.


Adapun kami berada di Ladang Alam Warisan sehingga malam untuk mengikuti sambungan majlis ilmu selepas Isyaq. Lihat Malay civilisation celebration at Ladang Alam Warisan. Selepas itu terasa mahu tidur di salah sebuah rumah lama. Tetapi apabila mendapati anak-anak tidak mahu duduk diam sedangkan kami sebenarnya tidak membawa barangan untuk tidur luar kerana asalnya bercadang mahu bermalam di rumah seorang kawan di Nilai, kami pun pergi ke rumah akak kepada isteri di Jelai berdekatan Gemas. Kebetulan sekitar 2 tahun kami tidak ke sana. Esok selepas puas berehat kami menghala kembali ke Seri Menanti.


Mengambil jalan kampung di Senaling terlihat sebuah masjid yang agak menarik di tepian jalan. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Mertang, Seri Menanti.


Pusing lagi di pekan/bandar diraja Seri Menanti...


Sampai ke Ladang Alam Warisan kami terus ke kawasan memanah...


Satu pertandingan sedang diadakan.


Lepas masuk waktu Zohor kami berehat di serambi salah sebuah rumah lama.




Fikirnya selepas itu mahu bergegas kembali ke KL menghadiri lagi acara Pusaka KL yang turut berlangsung sehingga petang Ahad. Tapi kena ziarah dahulu makam Tuan Tulis di Tanjung Ipoh dalam 6 km perjalanan.


Isteri terasa penat hendak terkejar-kejar. Kalau begitu rehat sahaja le di sini. Kami malah sempat tidur sejam lebih dalam bangunan makam. Teringat kami pernah bermalam di makam untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Lihat artikel Ke selatan sempena cuti Hari Buruh - Salasilah sebelah ibu, makam Malim Deman, pertemuan Sungai Muar/Jempol dan tetamu misteri di makam Tuan Tulis yang dibuat lebih 3 tahun lalu.


Petang sedikit kami menuju ke Seremban lalu menziarahi makam Sheikh Said Linggi di Ampangan. Selepas itu baru kembali ke rumah...


3 ulasan:

  1. bagus dan menarik...
    adekah betul org melayu berasal dr yunnan china..?

    BalasPadam
  2. Tidak. Itu hujah lapuk yang sudah ditolak ramai sarjana sejak 10 tahun lalu.

    BalasPadam
  3. Moga Allah memberkati anda sekeluarga..

    BalasPadam