Isnin, April 21, 2014

Memanah sunnah semakin galak...

Hari ini ada rasa mahu menyambung siri "Misi HIKMAH Aceh". Tetapi apabila melihat isi majalah Seni Beladiri bulan Mei terasa mahu berkongsi sebahagian darinya.



Selalu juga apabila ke kedai majalah saya melihat majalah yang sudah terbit lama ini. Cuma jarang membeli kecuali betul-betul tertarik dengan isi. Kali ini saya tertarik apabila seorang kawan yang juga antara penyokong terawal HIKMAH menghias muka hadapan. Beliau yang dikenali sebagai Pak Din adalah seorang pelopor sukan memanah sunnah di Malaysia iaitu kaedah memanah yang katanya digunapakai Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.


Saya rasa eloklah isi ini dikongsikan pada orang ramai. Kalau tak salah sukan memanah sunnah sudah pun ditonjolkan dalam majalah edisi terdahulu. Cuma Pak Din sudah sekian lama seperti bergiat di belakang tabir. Walhal setahu saya dialah anak Melayu yang mula-mula diamanahkan oleh seorang Sheikh besar tariqat peringkat dunia untuk mengembangkan sunnah ini di Malaysia.. 

Ada anak muridnya lebih pandai menonjolkan diri sehingga kelihatan seperti pelopor. Lalu apabila sukan ini giat diperkenalkan pada majlis-majlis budaya dan silat, ramai menyangkakan anak murid tersebutlah guru utama dalam sukan sunnah ini. Saya lihat cuma dalam setengah tahun ini baru Pak Din diraikan pada tempat selayaknya sebagai mahaguru memanah. Mungkin setelah beberapa pihak berpengaruh diberitahu siapakah sebenarnya yang memulakan sukan ini sehingga sanggup bertanding di peringkat dunia, dan atas arahan siapa.


Pak Din pun asalnya seorang pesilat tegar dan masih pesilat tegar. Cuma tumpuannya kini lebih banyak pada memanah sambil berkuda. Hal ini tentu dinyatakan dalam majalah. Perjumpaan terbaru persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) yang diadakan beberapa waktu lalu turut diketengahkan.



Perjumpaan itu menonjolkan ramai srikandi silat.



Lain-lain cerita bacalah sendiri ya. Boleh buka di page baru untuk gambar yang lebih besar dan terang. Saya cuma ambil beberapa muka surat yang mempamerkan aktiviti memanah juga DSSM. Nak baca lebih lanjut beli sendiri di kedai. :]













5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Setuju dengan penulisan tuan...
    Terima kasih...
    Bendahara Alam Warisan

    BalasPadam
  4. Bilakah dpt berguru dgn mereka semua..moga Allah perkenankn

    BalasPadam