Salam semua. Sempena hari ini bertarikh 19/1, ada nombor 191 yang memiliki makna tertentu buat saya biar diselesaikan terus siri kecil ini. Bersambung dari Misi HIKMAH Pulau Pinang - Batu bersurat Cerok Tok Kun dan panggilan Kuala Kangsar.
Pagi Selasa 31 Disember 2013. Kami sekeluarga telah bermalam di surau di Kampung Temong. Ketika yang lain sedang berehat di surau saya membawa Rasyid keluar menziarahi makam Tok Temong. Ternyata makam dan persekitarannya telah dibina begitu cantik.
Kali terakhir kami ke sini kalau tak salah adalah penghujung tahun 2012.
Sudah ada jeti cantik di tebing sungai bawah dari makam. Lihat artikel Perak river from Temong di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Selepas beberapa lama baru isteri dan lain turut serta ke makam.
Baru tersedar ada makam lain di sisi tangga turun ke sungai. Lihat artikel Makam tepi sungai di Temong (Tomb besides the river at Temong) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Bersantai anak-beranak di tepi sungai.
Tempat seterusnya disinggahi adalah Masjid Kota Lama Kanan.
Terlihat ada jalan menuju ke tepian sungai, jalan yang tidak pernah kelihatan dalam lawatan-lawatan sebelum ini.
Pergilah dengan anak-anak ke tepi sungai. Lihat The river view from Kota Lama Kanan.
Sempat makan laksa istimewa di sebuah kedai berdekatan.
OK. Kalau ikut rancangan asal, selepas itu kami mahu terus ke selatan. Tapi timbul rasa untuk masuk ke pekan Kuala Kangsar lagi lalu naik ke Bukit Chandan. Berhentilah di istana hinggap lama yang telah dijadikan muzium.
Kali terakhir saya masuk ke sini kalau tak salah ingatan adalah pada tahun 2003. Selepas pertama kali ke Aceh awal 2004, perjalanan yang membentuk latar belakang siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh", saya ada pergi tetapi mendapati ia ditutup. Alasannya adalah untuk membaik pulih. Tapi sampai la ni tak pulih-pulih. Apakah ada sesuatu yang mahu disembunyikan dari mata umum?
Malam sebelumnya kami ada naik ke Bukit Chandan tanpa singgah di Masjid Ubudiyah. Siang kami singgah dan bersolat.
Alang-alang sudah di situ, singgah lagi ke makam Laksamana Muhammad Amin...
Selepas itu baru kami ke selatan. Kali ini rasa tak larat nak singgah banyak makam seperti dulu-dulu.
Cukuplah ziarah ke makam sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Syah I yang memerintah 500 tahun lalu.
Johan memegang tongkat saya. Dah macam pedang pulak nampak.
Selepas itu kami ada singgah di makam Keramat Kuala Bidor sebelum masuk ke bandar Teluk Intan.
Kami juga singgah di kawasan pemakaman keluarga di sebelah masjid lama Batak Rabit diikuti rumah saudara berdekatan sebelum menyambung perjalanan ke selatan kembali ke rumah melalui jalan pantai. Dah jauh melepasi Hutan Melintang baru tersedar tongkat tertinggal di rumah saudara. Di Sabak Bernam kami pusing kembali ke Batak Rabit lalu singgah bersolat di masjid lama sebelum mengambil tongkat kemudian menyambung perjalanan ke selatan, kali ini melalui Lebuh Raya PLUS pula. Kami sampai ke rumah hampir tengah malam. Tidak berapa lama kemudian tamatlah tahun 2013. Dengan tertulisnya artikel terakhir siri kecil ini, artikel yang gambar-gambarnya diletakkan pada 19 Januari 2014 @ 19/`1 tetapi pada 4 malam kemudian baru dapat diselesaikan cerita kira lepaslah 'hutang'. Bolehlah saya menumpukan pada hal-hal tahun baru tanpa menoleh selalu sangat ke belakang. Alhamdulillah... :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan