Jumaat, Disember 13, 2013

Sekitar Ekspo Buku 1 Malaysia di PWTC

Kita masuk sat bab buku. Atau buku-buku. Meh...


Khamis malam Jumaat saya pergi ke Pusat Perdagangan Putra atau PWTC untuk menghadiri satu ekspo.


Ia adalah Eskpo Buku 1 Malaysia. Bermula Rabu 11 Disember ia adalah edisi kedua kalau tak salah.


Walaupun tidak sehebat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sudah jauh lebih lama berlangsung setiap tahun saya lihat ekspo ini memiliki tarikan tersendiri.




Ketika saya sampai kelihatan tak ramai orang. Mungkin kerana baru masuk waktu Maghrib.


Lalu di gerai KDN saya terpandang sesuatu yang boleh 'memusingkan' kepala.


Haha. Teringat zaman muda, ketika pertama kali sampai ke London 22 tahun lalu. Masuk aje kedai majalah terpampang merata gambar seperti ini... :]


Kita lihat bahagian lain...




Oh. Gambar-gambar setakat ini menunjukkan keadaan di dalam dewan utama.


Teringat pertama kali datang ke ekspo ini tahun lepas lalu menyertai persidangan di dewan. Di sinilah saya mendapat pencerahan baru tentang Bugis. Lihat artikel La Galigo dan makna Daeng buat orang Bugis yang dibuat Februari 2012.


Ini pula di luar iaitu di sisi dewan...








Di ruang legar belakang juga ada gerai.




Sebenarnya petang itu saya telah terlebih dahulu pergi ke satu ekspo atau lebih tepat jualan buku lain. Lihat artikel Bitten by the Big Bad Wolf...di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.






Walaupun jualan buku tersebut iaitu di Mines dekat Sungai Besi kelihatan lebih meriah, mungkin kerana buku-buku dijual pada harga lelong, pada saya apa yang terdapat di PWTC lebih menarik sekurang-kurangnya dari segi ilmu.


Selepas solat saya tergerak untuk masuk kembali ke dewan utama. Sampai ke gerai ini tertarik untuk melihat lebih dekat.


Sebetulnya saya tertarik melihat kain-kain yang digunakan untuk menutup buku. Ketika itulah tersedar buku-buku tulisan/terbitan saya turut dijual termasuk trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"


Ekspo akan berjalan sehingga 15 Disember iaitu Ahad ini. Insyaallah saya akan datang lagi. Selamat malam Jumaat... :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan