OK. Selepas selesai membuat artikel Kira-kira masa sebenar berdasarkan maklumat orang 'lama' semalam saya dan keluarga harus bersiap untuk ke Banting, Kuala Selangor kerana mahu menghadiri majlis pertunangan anak buah. Maka fikir alang-alang dah ke sana elok juga pergi menziarahi makam Sultan Abdul Samad di Bukit Jugra...
Hampir tengah hari kami pun keluar. Isteri memandu kerana saya agak penat tak sempat tidur akibat membuat artikel-artikel dari lewat malam hingga ke pagi juga banyak berfikir membuat formula matematik berkenaan dan menyemak kesahihannya berkali-kali. Selalunya kalau menghala ke arah Banting (kampung isteri di Tanjung Sepat terletak 40 km perjalanan selepas Banting) kami akan mengambil jalan belakang dari Bukit Rimau, Shah Alam memotong ke Jenjarom. Tapi isteri yang sudah arif selok-balik jalan boleh sampai 2 kali terlepas simpang lalu membawa kami menuju ke Teluk Panglima Garang.
Melihat ini saya pun mengambil alih memandu. Ketika itu, walaupun tetap tak dapat tidur lagi saya rasa dah dapat cukup rehat bersandar di kerusi belakang. Rancangan asal kami, selepas ke majlis baru ke makam. Tapi bila dah sampai ke Teluk Panglima Garang dahulu akan jumpa bulatan ke Pulau Carey dalam perjalanan ke Banting dan dari situ ada jalan yang boleh mengelakkan Banting menuju ke makam.
Jalan ini menyeberangi Sungai Langat lebih ke hilir dari Banting. Untuk pengetahuan, untuk ke bandar Banting dari arah utara kita perlu naik jambatan menyeberangi Sungai Langat juga. Tu dia kelihatan Bukit Jugra di mana terdapatnya makam. Sebenarnya sebelum keluar dalam hati saya ada terlintas mahu mengambil jalan ini ke Jugra. Tapi ia tidak dizahirkan kerana isteri masa itu terfikir mahu berkejar ke majlis pertunangan.
Siapa tahu isteri boleh terlepas simpang sehingga 2 kali? Setelah beberapa lama sampai ke jalan masuk makam yang menaiki bukit...
Bangunan makam. Rasanya dah lebih setahun kami tak singgah. Bila balik kampung pun kami setakat melewati simpang...
Sampai ke sisi makam timbul gerak untuk mengeluarkan keris yang diberi nama Kanzul Hikmah. Keris ini pertama kali saya pakai ke majlis ketika HIKMAH III di Lumut 27 Januari lepas.
Ini pula masjid besar di Banting. Saya singgah sebentar bersolat setelah sampai ke rumah anak buah. Lihat artikel Masjid (Mosque of) At-Taqwa, Banting di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Kembali ke majlis pertunangan.
Seterusnya kami singgah sebentar di bandar Banting. Ada pertemuan dengan kawan-kawan dari kumpulan Hulubalang Melayu, Kuala Langat tentang satu majlis keMelayuan yang akan diadakan di Mini Malaysia, Melaka penghujung November nanti, majlis yang pihak kami panggil sebagai HIKMAH VII. Lihat artikel Acara ke-7 HIKMAH dan "To The Point" di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika meninggalkan Banting kelihatan laluan masuk ke bandar ditutup.
Ingatkan apa. Rupanya ada lori terbabas di jambatan. Usaha sedang dilakukan untuk menariknya keluar dan polis harus menutup laluan agar tidak dimasuki kenderaan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan