Salam semua. Malam ini sudah masuk hari pertama bulan Zulkaedah di Malaysia. Di Indonesia dan Arab Saudi katanya dah masuk sehari lebih awal. Namun bagi ramai dari kita sambutan raya dari bulan Syawal masih diteruskan. Izinkan saya membuat satu cerita kecil.
Siang tadi saya keluar untuk bersolat Jumaat di masjid besar Shah Alam.
Tergerak untuk naik ke dewan utama solat melalui pintu diraja...
Masuk satu daripada beberapa pintu dewan saya terus duduk di balik pintu. Tidak lama kemudian saya ditegur seorang ahli jemaah. Ingatkan siapa, rupanya kawan lama dari zaman belajar di UK. Beliau duduk cuma sekaki dua dari saya! Tak sangka pula boleh bertemu di sini...
Selepas solat dan bacaan doa saya pergi ke tengah dewan untuk menikmati suasana.
Kecederaan kaki yang masih belum pulih menyebabkan saya jarang dapat bersolat Jumaat kerana tidak boleh membawa sendiri kenderaan. Saya dapat sampai ke sini pun kerana dibawa seorang kawan yang mengambil dari rumah kerana ada kerja yang mahu diselesaikan selepas solat.
Sempatlah berjumpa dan bersalaman dengan Sultan Selangor sebelum keluar makan lalu membuat kerja iaitu persiapan untuk acara ke-enam HIKMAH, acara yang dinamakan HIKMAH Merdeka Raya. Sila lihat artikel Persiapan untuk HIKMAH VI di Galeri Shah Alam di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Untuk makluman ini adalah artikel ke 1,133 di blogspot ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan