Jumaat, Mac 29, 2013

Misi penganjuran HIKMAH IV - Rehat di Cameron Highlands... nyaman...

Berkat hari Jumaat ini biarlah saya menamatkan cerita mengenai penganjuran HIKMAH IV ini. Bersambung dari  Misi penganjuran HIKMAH IV - 'Memasang' kuda-kuda untuk majlis sebelum ke Masjid Brunei.


Pagi Isnin 18 Mac 2013. Hari kelihatan begitu cantik untuk keluar lagi berjalan-jalan.


Dari serambi tempat kami menginap kelihatan gunung-ganang tersergam megah.


Ke kanan adalah Gunung Brinchang. Saya pernah menaikinya sampai ke puncak yang katanya terletak pada ketinggian 6,666 kaki dari paras laut tahun lepas. Lihat artikel Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Mendaki Gunung Brinchang sebelum melawat tempat-tempat di Perak.



Ke kiri kalau tak salah adalah Gunung Irau yang terletak lebih jauh dan tinggi, puncaknya sekitar 300 kaki lebih tinggi dari Gunung Brinchang.


Selepas 1 petang kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan.


Makan tengah hari dahulu di pusat bandar Tanah Rata.


Kemudian baru berjalan kaki melihat persekitaran.


Perjalanan diteruskan menuruni Tanah Rata menghala ke Ringlet dan Tapah. Biar diberitahu inilah kali pertama saya dan isteri membawa anak-anak berjalan di Cameron Highlands. Kalau dah ke sini rasa tak sah kalau tak singgah menikmati pemandangan kebun teh dari perhentian sebelah jalan. Lihat artikel Bringing the kids to Cameron Highland di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami juga singgah di Lata Iskandar yang terletak agak hampir ke Tapah.


Cukuplah berehat sebentar menikmati kesegaran pemandangan dan bunyi air terjun sebelum mengambil lebuh raya kembali ke rumah.  Tak mandi pun tak mengapa. Seluar basahan pun lupa nak bawa. Sekian. Tamatlah siri ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan