Masuk penceritaan hari kedua perjalanan. Bersambung dari Misi
penganjuran HIKMAH IV - Dari rumah ke Kota Bahru melawan sakit dan demam.
Pagi Rabu 27 Februari 2013. Saya dan kenalan dari Kelantan dikejutkan orang yang bersiap sedia untuk bersolat jemaah Subuh di Masjid Tok Kenali. Kami pun solat sama...
Kemudian kenalan tersebut memohon untuk kembali bersiap di rumah. Tinggal saya mandi dan bersiap di sini lalu mendapati anak-anak kecil mula memenuhi masjid untuk kelas pembelajaran selepas matahari naik.
Masjid Tok Kenali dilihat sejurus selepas meninggalkannya...
Saya pergi menziarahi makam Tok Kenali. Di sini kenalan yang duduk di Langgar, Kota Bahru itu bertemu kembali. Tidak lama kemudian hujan pun turun lalu beliau mengajak saya mengikutinya naik kereta. Saya jawab selepas ini saya akan terus menghala ke selatan. Maka lebih elok naik saja motosikal.
Beliau mengajak bersarapan dahulu di sebuah warung berdekatan Binjai. Katanya nasi dagang juga nasi berlauknya sedap.
Selepas itu kami pun berkejar ke Kandis, Bachok.
Saya telah berjanji akan menemui pemilik Akademi Nik Rashiddin, Puan Rosnawati jam 9.30 pagi untuk membincangkan hal penganjuran HIKMAH IV. Kenalan tadi ikut bermesyuarat.
Hampir ke tengah hari seorang lagi kenalan dari Kelantan muncul menyertai. Beliau menetap di Kota Bahru, hampir 40 km dari sini tetapi kebetulan ada kerja di Tok Bali 6 km sahaja ke selatan Kandis. Hal mesyuarat ini telah diceritakan dalam artikel Berkat
Tok Kenali untuk menjayakan HIKMAH IV di Akademi Nik Rashiddin 16 Mac yang dibuat di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam
Akhir Zaman (HIKMAH) 1.3.13. Akademi ini agak terkenal sebagai pusat seni ukiran kayu. Lihat juga artikel Galeri
(Gallery of) Akademi Nik Rashiddin blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Ketika sampai di akademi hujan sudah berhenti. Lama juga kami bermesyuarat, hingga selepas jam 3 petang lalu hujan datang balik. Kenalan yang beriktikaf sama di Masjid Tok Kenali mengajak saya makan keropok lekor dan minum air kelapa di Kuala Besut, Terengganu. Sampai di sana langit kembali cerah. Namun kesan hujan lebat masih nyata terasa dengan banjir yang kelihatan terang di latar belakang...
Saya sempat singgah di pekan Kuala Besut sebentar sebelum mengikut kenalan tadi berjumpa seseorang yang katanya istimewa dalam ilmu kebatinan di kampung berdekatan. Selepas itu baru saya menyambung perjalanan sendirian dengan terus mengambil jalan paling dekat ke pantai... dah kena redah banjirlah pulak selain hujan lebat...
Ternyata sepanjang perjalanan saya asyik terlihat kawasan ditenggalami air.
Ada satu bahagian (saya tak ambil gambar) di mana saya perlu meredah air deras melintang jalan sedalam 1 kaki. Takut juga motosikal ditolak ke tepi keluar dari jalan kerana air memang dalam kiri dan kanan sehingga mencapai separuh tingkap rumah orang.
Setelah beberapa lama berjalan, setelah hampir ke Kuala Terengganu baru hujan berhenti lagi. Saya pun mengambil kesempatan berjalan-jalan termasuk ke kompleks sukan.
Pergi melihat kuala Sungai Terengganu dari Seberang Takir. Dah perangai saya suka melihat sungai-sungai besar dari pelbagai tempat dan sudut. Lihat artikel Terengganu
river mouth from Seberang Takir dan Terengganu
river from the main bridge of Kuala Terengganu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Ketika menghampiri bandar raya KT sudah masuk waktu Maghrib.
Singgah di Masjid Putih untuk mandi kemudian bersolat.
Lewat malam, selepas puas berjalan-jalan baru
ke Masjid Tokku Paloh untuk berehat.
Ketika itulah saya dapati bahagian belakang yang ditambah bangunan batu sudah siap. Terbetik di hati - Elok juga kalau satu acara HIKMAH dapat diadakan di sini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan