Sabtu, November 03, 2012

Suai Kenal HIKMAH - Mendapat restu dari yayasan...

Diambil daripada blogspot baru saya http://hikmahmelayu.blogspot.com/...


--------------


Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan acara pertama HIKMAH yang diberi nama baru "Suai Kenal HIKMAH" hampir menjadi kenyataan setelah menghadapi beberapa dugaan.


Siang tadi selepas solat Jumaat saya dan isteri membawa seorang anak kami menghampiri pusat bandar raya Shah Alam.




Kami mahu ke Kompleks Taman Seni Islam Selangor yang terletak di sebelah Masjid Negeri.


Dalam artikel Dari Akademi Pengajian Melayu ke Yayasan Restu, dari Wacana Keilmuan Melayu Islam HIKMAH jadi Suai Kenal... yang dibuat hari Khamis telah diceritakan bagaimana acara pertama HIKMAH itu boleh beralih tempat juga bertukar tajuk.


Maka sampailah masa untuk kami memastikan persiapan. Naik tangga terus menuju ke bilik yang akan menyaksikan HIKMAH atau Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman direalisasikan Ahad 4 November ini pagi hingga petang.


Biliknya terletak di sebelah kanan tangga utama. Masuk sahaja ke bangunan kompleks yang turut dikenali sebagai Yayasan Restu terus boleh nampak...


Oh. Ketika itu sudah muncul sejumlah sukarelawan untuk membantu.


Melihat kedudukan bilik acara yang cukup selesa kami cuba menggantung banner dahulu.


Tu dia. HIKMAH mula berkumandang. Daripada nama yang baru muncul di Internet 3 minggu lalu ia telah dizahirkan ke alam nyata.


Selepas beberapa lama mengatur kerusi meja dan lain-lain kami pun berehat. Kami rasa lebih elok dibiarkan banyak ruang terbuka untuk bersila agar lebih ramai dapat masuk dan duduk. Untuk makluman kerusi sahaja sudah ada sekitar 80. Insyaallah dengan cara ini ruang yang tak sebesar mana masih boleh menampung lebih 300 orang.


Bergambar sebentar di bahagian hadapan. Ketika itu beberapa orang sukarelawan sudah meninggalkan bangunan.


Beginilah keadaan bilik dilihat daripada hadapan.


Kami telah memutuskan untuk menggunakan ruang belakang sebagai tempat pameran. Oh. Nampaknya di sinilah payung seorang hamba Allah itu tertinggal... :]


Ada empat buah meja disediakan, satu telah ditempah untuk kegunaan hamba Allah yang dimaksudkan dengan persatuannya, satu lagi saya rasa elok untuk satu lagi pasukan yang bakal mempamerkan barangan yang 'sewaktu' dengannya. Selain itu peserta lain dibenarkan masuk. Namun keutamaan diberikan kepada  mereka yang mahu mempamerkan busana tradisional Melayu seperti pakaian bangsawan lama, tanjak dan sebagainya.


Mengingatkan janji saya kepada ramai ketika mula mewar-warkan HIKMAH agar peserta boleh datang berniaga secara percuma saya mengkaji bagaimana ruang turut boleh dipakai di luar setelah mendapatkan kebenaran pihak pentadbiran bangunan. Nah. Kita sudah ada gendang dan beduk yang boleh digunakan untuk acara. Ke belakang sikit ruang boleh digunakan untuk perniagaan juga pameran tambahan.


Meja di kanan adalah khusus untuk pendaftaran juga meletakkan buku-buku saya. Di sini peserta awal boleh membeli 131 naskah buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Membela syiar yang asal" yang ditawarkan pada harga RM10 berbanding harga sebenar RM27.90. Mungkin ada buku atau barangan kawan-kawan yang boleh diletakkan sama. Sekali lagi biar diberitahu saya mengutamakan barangan yang kena dengan tema HIKMAH mahu mendaulatkan Melayu dan Islam.


Insyaallah ruang untuk pameran dan niaga boleh dipakai sehingga ke belakang sedikit hujung meja yang kelihatan di kiri gambar ini. Secara rata saya percaya walaupun bilik di Yayasan Restu ini jauh lebih kecil daripada dewan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya yang hampir menjadi tempat acara pertama HIKMAH, acara tetap boleh dijalankan sebaik mungkin seperti dijanjikan. Kepada mereka yang berminat untuk mengisi ruang datanglah seawal 8.30 pagi ya. Ingat 8.30 - 9 adalah masa untuk semua mendaftar. Kita akan cuba aturkan ruang untuk memberi peluang kepada semua. Amin...  :]



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Wrt..

    Terlebih dahulu sy ucapkan tahniah atas usaha2 abg untuk mendaulatkan kembali 'BANGSA JAUHAR' nie..Mudah2han Islam akan kembali menyinari alam semesta ini..amin..Sy nak tanya abg 1 soklan boleh tak?sy tengok kat banner tue, ada 4 gambar.1)Al-Quran 2)Tanjak Raja2,yang lagi dua tue apa ya??Boleh tak abg berkongsi dengan sy,apa dia.Gambar tue membawa makna yg mendalam pada sy..tak tahu kenapa..Harap abg dapat beritahu lagi 2 item tue..Terima kasih..

    Nasha
    JB

    BalasPadam
  2. Wassalam. Terima kasih atas kata2 sokongan. Dua item tu lagi adalah Batu Bersurat Terengganu dan mahkota lama yang dikatakan milik Sultan Malikus Saleh, pengasas dan pemerintah kerajaan Samudera-Pasai.

    BalasPadam