Ahad, Oktober 07, 2012

Antara persilatan dengan penulisan - betul ke mata pena lebih tajam daripada mata pedang?

Dua minggu lepas saya ada membuat artikel bertajuk Penyertaan sulung di Car Book Sale Kota Buku - main pondok askar anak-beranak. Ini kiranya adalah sambungannya...


Sabtu selepas Zuhur tadi saya, isteri dan anak-anak menghadiri majlis pernikahan anak seorang kawan.


Ini membuatkan kami hadir sejam lambat ke Perpustakaan Kuala Lumpur di mana diadakan lagi acara Car Book Sale anjuran Perbadanan Kota Buku.


Entah kenapa, mungkin kerana ada hal lain agaknya, peserta acara kali ini, edisi ke-7 Car Book Sale kalau tak salah sangatlah kurang.


Namun hikmahnya kami dijemput menggunakan khemah yang didirikan untuk urus setia penganjur. Dan alhamdulillah tetap ada orang datang mencari dan membeli buku-buku saya...


Apapun saya tetap mendirikan khemah ad-hoc di kereta seperti dalam penyertaan 2 minggu lalu sekurang-kurangnya untuk permainan anak. Dan lagi, saya sendiri sebenarnya seronok melihat ini. Lihat kembali Penyertaan sulung di Car Book Sale Kota Buku - main pondok askar anak-beranak.


Untuk edisi kali ini saya turut didatangi sejumlah rakan yang aktif bersilat sambil rajin memperjuangkan busana tradisional Melayu lama.


Tu dia. Ini baru dua orang yang pakai begini. Kalau datang semua puak diaorang dengan busana penuh masing-masing mahu tercengang semua orang. Alangkan kami berjalan berempat begini pusing-pusing di Central Market pun dah ramai yang nampak pelik. Tak kurang juga yang tersengih termasuk ahli-ahli Rela dan Polis Diraja. Maklumlah, pakai baju panglima dan pendekar, siap berkeris lagi, hehe.


Kembali dari Central Market ke khemah sudah ada kawan lain menunggu.


Ada juga orang-orang kumpulan penyanyi lagu syair iaitu Kopratasa sedang melepak selepas selesai mengemudikan bengkel penulisan lirik di Perpustakaan KL.


Petang itu sebelum kembali ke rumah kami anak-beranak singgah ke kolam air panas Selayang. Tapi cuma saya sahaja yang mandi, isteri dan anak-anak tengok sahaja. Tentang tajuk artikel kali ini "Antara persilatan dan penulisan - betul ke mata pena lebih tajam daripada mata pedang?" mungkin ada yang tertanya-tanya apa kena-mengena dengan cerita? Jawab saya, sahaja suka-suka letak tajuk. Nak kata berpedang, kami cuma berkeris sahaja tadi. Namun mungkin ada perkara tersirat tentang cerita santai ini yang tetap terkait dengan tajuknya, hehe. :]



3 ulasan: