Jumaat, Jun 08, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sunan Ampel, Sunan Gresik dan Sunan Giri serta makam-makam di Pulau Madura

Tu dia. Dari malam Jumaat tadi saya berusaha keras menyediakan artikel-artikel sokongan agar artikel baru tentang perjalanan ke Pulau Jawa 1-14 Mei ini dapat dibentang. Dah petang begini baru dapat dimulakan. Bersambung cerita dari Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Membuka 'pencak' di makam Sunan Bungkul dan Ampel.


Pagi Rabu 2 Mei 2012. Saya melihat keadaan dari hotel tempat kami menginap di Ampel.


Suasana belum sibuk lagi. Lihat artikel The morning scene outside our hotel in Ampel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami memulakan aktiviti anak beranak dengan masuk ke satu lorong berdekatan.


Melepasi rumah-rumah yang rupa-rupanya dihuni orang Indonesia berketurunan Arab kami pun sampai ke kawasan ini.


... kawasan bazaar perniagaan.


Di hujungnya terletak masjid besar yang pernah didirikan Sunan Ampel. Lihat artikel Masjid Agung (Great mosque of) Sunan Ampel di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Dari situ boleh masuk ke makam Sunan Ampel, ketua para Wali Songo yang sangat terkenal dalam sejarah Pulau Jawa.


Saya tidak akan bercerita panjang tentangnya, atau mana-mana wali di sini. Bacalah apa yang sudah tertulis di Makam (Tomb of) Sunan Ampel. Kemudian lihat sekali artikel yang menunjukkan makam-makam para pengikutnya, ada yang turut bertaraf wali. Lihat Makam-makam lain di Ampel (Other tombs in Ampel).


Tidak lama selepas kembali ke hotel pemandu kereta sewa yang mengambil kami dari lapangan terbang semalam muncul untuk membawa kami berjalan. Kelihatan di sini nama Jalan Iskandar Muda di tempat bernama Tanjung Perak. Oh. Saya mahu tonton cerita Three Kingdom di televisyen. Selepas ini sambung...


OK. Kembali bercerita. Pemandu mahu membawa kami melihat Pantai Kenjeran, satu tempat berkelah yang popular bagi warga bandar raya Surabaya. Kami tidak rasa begitu teruja lalu cuma melihat sepintas lalu.


Dengan itu dia pun terus membawa kami menyeberangi sebuah jambatan panjang.


Jambatan itu membawa masuk ke Pulau Madura lalu kami terus menuju ke bandar utama di barat pulau iaitu Bangkalan.


Pemandu menunjukkan makam seorang raja Bangkalan dan kaum kerabatnya. Letaknya dekat masjid besar bandar. Lihat Masjid Agung (Great mosque of) Bangkalan dan Makam (Tomb of) Sultan Abdul Kadirun, Bangkalan.


Seterusnya kami pergi ke masjid di pinggir bandari. Di dalamnya terdapat makam seorang ulamak besar bertaraf wali dari keturunan Sunan Gunung Jati, ulamak yang sangat disanjung tinggi masyarakat Madura. Lihat Masjid (Mosque of) Kyai Kholil, Bangkalan dan Makam (Tomb of) Kyai Kholil, Bangkalan.


Dari Bangkalan kami bergerak ke timur-laut.


Masuk ke satu kawasan pendalaman pulau di mana kelihatan terdapat industri perabot ukiran kayu jati.


Nampaknya ia setanding dengan apa yang terdapat di Jepara, Jawa Tengah, katanya pusat industri perabot kayu jati di Pulau Jawa kalau tak pun di seluruh Indonesia.


Ukiran indah pada kayu seperti terbayang juga pada batu-batu nesan yang terdapat di kawasan pemakaman  berdekatan . Ia adalah tempat bersemadinya jasad sejumlah raja-raja yang memerintah barat Madura. Makam utamanya milik seorang perempuan berketurunan Sunan Giri. Lihat Makam (Tomb of) Aermata Ratoe Iboeh.

Kami keluar dari Pulau Madura kembali ke Surabaya lewat petang dengan menaiki feri. Lihat Ferry from Madura to Surabaya. Walaupun ketika itu baru jam 5.15 petang waktu tempatan, perlu ingat bahawa di sini 5.30 sudah masuk senja.


Kami sampai ke Surabaya sudah gelap. Terus berkejar ke bandar Grisek yang terletak sekitar 25 km perjalanan.


Terus ziarah ke makam Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gresik, pelopor gerakan Wali Songo. Lihat Makam (Tomb of) Maulana Malik Ibrahim, Gresik.

Dari Gresik cuma 3 km sahaja ke makam seorang lagi Wali Songo. Tapi kena panjat tangga agak tinggi naik bukit.


Wali Songo tersebut adalah Sunan Giri, pemimpin kumpulan Wali Songo selepas kemangkatan Sunan Ampel. Lihat Makam (Tomb of) Sunan Giri.


Rehat sebentar anak-beranak di dalam bangunan utama makam.


Kemudian singgah di makam Sunan Prapen, 350 meter dari makam Sunan Giri. Rupa-rupanya ulamak yang pernah memegang teraju pemerintahan ini juga pernah memakai nama Sunan Giri. Kenapa? Lihat Makam (Tomb of) Sunan Prapen.


Nota : Perjalanan 2 Mei memakan jarak 123 km.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan