Sekarang sampailah masanya untuk blogspot ini menerima artikelnya yang ke 1,000. Penceritaan membawa kita kembali ke Pulau Jawa. Bersambung dari artikel Pusing
Pulau Jawa anak-beranak : Sunan Ampel, Sunan Gresik dan Sunan Giri serta
makam-makam di Pulau Madura.
Pagi Khamis 3 Mei 2012, saya merenung ruang solat di pondok sebuah pesantren.
Setelah menziarahi makam Sunan Giri malam sebelumnya kami anak beranak berehat di sini.
Letaknya di dalam lingkungan pusat pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Giri yang pernah diterajui Sunan Giri dan anak cucunya. Dari situ kami boleh berjalan kaki ke pusat utama yang dipanggil Giri Kedaton.
Cuma kena tahan le naik bukit.
Tengok tu. Rasyid yang baru berumur dua tahun setengah pun mampu berjalan ke atas. Takkan le kita yang lebih dewasa setakat tahu berkokok mengembara secara on-line di Internet?
Di puncak bukit inilah Sunan Giri pernah mendirikan pesantren atau sekolah agamanya yang pertama, setelah mendapat wasiat daripada bapanya Maulana Ishaq di Pasai (kini dalam Aceh) agar mencari tempat yang tanahnya serupa dengan sekepal tanah yang dibawa dari sana.
Johan yang baru berumur dua setengah bulan berehat dalam surau di puncak. Sebenarnya selepas solat Subuh tadi saya telah naik berseorangan lalu berlegar di puncak sehingga matahari naik untuk melihat pemandangan. Lihat artikel Views
from Giri Kedaton di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Saya juga mengambil gambar tempat-tempat untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Lihat artikel berikut :
- (The place called) Giri Kedaton
- Surau (Small praying hall of) Giri Kedaton
- Makam (Tomb of) Raden Supeno
- Makam (Tomb of) Mpu Supo
Tetapi selepas naik sekali lagi untuk membawa isteri dan anak-anak baru saya mendapat tahu fungsi beberapa objek. Misalnya batu ini katanya adalah tempat Sunan Giri suka duduk untuk menerima tetamu.
Hampir tengah hari baru kami keluar menaiki kereta meninggalkan pesantren. Kereta kali ini disewa dengan bantuan dua orang santri atau anak murid pesantren. Mereka akan membawa kami menziarahi makam-makam para Wali Songo sehingga ke Demak, sekitar 300 km dari Giri.
Tetapi sebelum itu kami mahu menziarahi beberapa makam yang terletak di sekitar Giri. Ini dimulakan dengan menaiki sebuah bukit berdekatan di mana terdapat makam ibu kepada Sunan Giri. Lihat Makam
(Tomb of) Dewi Sekardadu.
Di puncak bukit sama terdapat dua buah makam dan masjid berkaitan. Kemudian saya ke sebuah kolam yang katanya dibina Sunan Giri. Lihat :-
- Makam (Tomb of) Sayyid Abdul Rahman Giri
- Makam (Tomb of) Putri Cempo
- Masjid (Mosque of) Sayyid Abdurrahman, Patukangan,...
- (The place called) Telaga Pegat, Giri
.
Seterusnya saya meminta pemandu membawa kami ke bukit di mana terdapat makam Sunan Giri. Terus saya berlari ke puncak untuk mengambil gambar masjid berdekatan kerana malam sebelumnya terlupa untuk menjenguknya... apabila berada di Giri Kedaton baru saya tersedar setelah melihatnya dari jauh. Lihat Masjid
(Mosque of) Sunan Giri.
Di Giri Kedaton juga saya mendapat tahu bahawa tidak berapa jauh dari Giri dan kota Grisek terdapat makam Islam yang dikatakan tertua di Pulau Jawa, 400 tahun lebih awal daripada zaman Wali Songo! Kebetulan ia terletak dalam perjalanan menghala ke makam Wali Songo seterusnya dan pemandu tahu tempatnya. Kami pun singgah. Lihat Makam
(Tomb of) Fatimah binti Maimun.
Beginilah keadaan Rasyid dan Johan dalam perjalanan...
Sampai ke makam Sunan Drajat baru mereka dikejutkan lalu dibawa ke dalam.
Selepas menziarahi makam Sunan Ampel, Sunan Grisek dan Sunan Ampel ini adalah makam Wali Songo ke empat. Lihat Makam
(Tomb of) Sunan Drajat.
Perjalanan diteruskan menyusuri kawasan pantai yang menghadap Laut Jawa terus ke barat. Singgah di satu tempat yang turut berkaitan. Lihat Masjid
(Mosque of) Ibrahim Asmarakandi.
Di hadapan masjid terdapat makam seorang ulamak besar bertaraf wali. Walaupun tidak disenaraikan sebagai seorang Wali Songo, beliau mungkin setaraf jika tidak lebih tinggi kedudukannya. Lihat Makam
(Tomb of) Ibrahim Asmarakandi.
Kemudian baru kami ke kota Tuban untuk menziarahi makam Sunan Bonang. Dah senja baru sampai...
Seperti halnya di makam Sunan Ampel dan Sunan Giri kami perlu melepasi kawasan orang berjual-beli untuk ke makam.
Maka sampailah kami ke makam Wali Songo ke 5 dalam senarai. Lihat Makam
(Tomb of) Sunang Bonang.
Ini pula masjid besar sini. Sebelum itu saya singgah di masjid kecil berdekatan makam. Lihat Masjid (Mosque of) Astana, Tuban dan Masjid
Agung (Great mosque of) Tuban.
Perjalanan diteruskan barat menghala ke Demak. Naik ke Gunung Muria yang tingginya hampir sama dengan Genting Highlands untuk ke makam Sunan Muria. Sampai ke tempat perhentian kereta berhampiran puncak pun dah tengah malam. Maka cerita seterusnya sudah masuk hari Rabu 4 Mei. Bersambung dalam artikel baru nanti ya... :]
Tak dapat pergi dapat baca n tgk gambau pun jadik laa....terima kasih atas maklumat yang diberi semoga tuhan diprmudahkan dalam segala urusan.
BalasPadamAmin...
BalasPadam