Rabu, Mei 16, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sedikit gambaran penceritaan setelah 14 hari berjalan...

Subhanallah walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar. Adapun 10 hari lalu saya telah membuat artikel bertajuk Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sneak preview di mana diceritakan kami anak-beranak telah berjaya menziarahi makam setiap Wali Songo di Pulau Jawa, juga sejumlah makam para wali lain dalam tempoh 5 hari sebelum berehat di Jakarta. Sekarang biar dimaklumkan - semalam jam 1 pagi baru kami selamat sampai ke rumah setelah 14 hari berjalan keliling Pulau Jawa mengikut arah lawan jam, memakan jarak lebih 2,000 km melalui darat! Dari pagi hingga siang tadi kami anak-beranak berehat melepaskan penat-lelah. Kemudian baru saya meneliti kembali lebih 1,800 gambar yang diambil dalam perjalanan lalu tergerak meletakkan sedikit untuk perkongsian di Facebook.

Saya masih sangat kepenatan lalu tidak mahu bercerita panjang. Sekadar memberikan sedikit gambaran perjalanan yang dibuat dari 1 hingga 14 Mei 2012 ini biar diletakkan gambar-gambar yang telah dikongsikan di Facebook berserta sedikit caption atau comment sama seperti di sana tanpa perlu diubah ya. Wassalam. :]



Sedang meneliti lebih 1,800 gambar yang diambil dalam perjalanan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei. Baru sampai pagi Jumaat hari ke-4. Kongsi dahulu gambar di dalam Masjid Agung Demak ini. Selalunya orang suka bergambar di hadapan tiang yang dibina Sunan Kalijaga (yang makamnya kami ziarahi sejurus sebelum ke masjid ini). Tetapi atas sebab peribadi kami memilih tiang Sunan Gunung Jati (yang makamnya kami ziarahi Sabtu malam Ahad)...



Antara cabaran yang diharungi untuk merealisikan perjalanan jauh keliling Pulau Jawa dengan budget yang sedikit... tidur di stesyen kereta api Pasar Senen, Jakarta setelah sampai dari Cirebon 2.30 pagi Ahad. Gambar ini diambil bila dah siang dan kami sedia untuk berjalan...



Pada hari ke-3 di Jakarta pagi Selasa baru isteri berkesempatan bertemu dengan kawan lamanya dari Sekolah Sains Teluk Intan. Kawan bernama Hanim ini menerajui satu2nya syarikat guaman Malaysia di Jakarta di mana lebih 20 peguam tempatan berada di bawah seliaannya untuk mengendalikan kes2 melibatkan syarikat2 kita.


Berehat di stesyen kereta api Bogor tengah hari Selasa 8 Mei sebelum mendapatkan bas ke Bandung. Rupa2nya tiada sambungan terus kereta api dari Bogor...


Menang! Begitulah ekspresi anak dan ibu setelah berjaya menaiki bukit beberapa kali ketinggian Batu Caves 10 Mei iaitu petang Khamis untuk sampai ke Guha, gua tempat tawajuhnya waliyullah Sheikh Abdul Muhyi di Pamijahan, Jawa Barat.


Bersama seorang pegawai kerajaan yang jujur, Pak Agus dan isterinya di rumah mereka di Kebumen, Jawa Tengah 12 Mei hari Sabtu. Terjumpa dalam bas dari Banyumas lalu mengajak kami menginap di rumah mereka kerana kesian melihat anak kecil. Siangnya dibawa kami ke makam seorang Ahlul Bait al-Hasani dari keturunan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani yang hidup sezaman dengan Sunan Ampel tahun 1470an Masihi...


Rasyid bersorak "Menang!" setelah berjaya mendaki sendiri Candi Borobudur sampai ke puncak...



Berehat di hadapan istana atau Keraton Jogjakarta. Ketika itu Sabtu malam Ahad pusat kota tersangat sibuk apa lagi ada konsert muzik besar di padang atau alun2 hadapan istana...



Semakin lama perjalanan semakin melesukan, maklumlah dah masuk 2 minggu mengembara secara lasak anak-beranak. Setelah meninggalkan Kebumen lalu ke Borobudur kemudian Jogja kami berniat mahu menjejakkan kaki sebagai syarat di masjid besar Solo. Sampai hampir jam 2 pagi Ahad 13 Mei ternyata pintu laman masjid terkunci. Sementara menunggu ia dibuka waktu Subuh kami bermalam di pangkin berdekatan halaman. Sungguh isteriku dan anak2 begitu tabah...



Di masjid agung Kediri. Di sinilah baru kami anak-beranak dapat mandi dan membersihkan diri setelah malam sebelumnya cuma berehat di pangkin hadapan masjid besar Solo.



Dari Kediri kami ke Trowulan untuk melawat tapak pusat kerajaan Majapahit. Tidak jauh dari situ terletak tempat bernama Troloyo di mana dikatakan terdapatnya makam Sayyid Hussin Jamaluddin Kubro, leluhur kepada para Wali Songo.


Rasyid melihat kenderaan lalu lalang dari hotel tempat kami terakhir menginap, selepas 14 hari berpusing keliling Pulau Jawa. Lokasinya di Sidoarja, satu kawasan pinggiran kota Surabaya, berdekatan terminal bas Bungurasih. Malamnya kami pun berlepas kembali ke Malaysia...




3 ulasan:

  1. saya ingin menghubungi sdr sebab saya mahu mengetahui lebih mendalamn pencarian spt di dalam ruangan ini. Saya adalah dari keturunan Panglima yang melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu oleh serangan Belanda. Kami sekeluarga tidak mempunyai info yang kuat dan jelas untuk memperakui bahawa kami adalah daripada keturunan Panglima Mat Akib. Semasa Almarhum ayah saya, dia tidak mahu menceritakan perihal ini kerana tidak mahu kami mencari keturunannya di Sumatera. Kami mengetahui sedikit maklumat untuk tujuan mencari keluarga kami, tetapi kam9 tidak tahu dari punca mana kami9 ingin cari.

    Nama Saya Maimunah Baba
    Nama Ayah : Baba bin Mat Akib

    Saya amat berharfap dapat dihubungi oleh saudara kerana inginkan bangtuan ungtuk mencari keluarga kami di Sumagtera ini.

    Talian Talipon saya : 0172363119

    Terima kasih banyak.

    BalasPadam
  2. Hmm. Saya pun tak tahu cerita Mat Akib ni kecuali apa yang tertera di makamnya dekat bangunan Majlis Perbandaran Klang. Mat Akib yang tu bukan? Yang katanya panglima orang Batu Bara.

    Nama ayah saudari Baba bin Mat Akib. Apakah saudari ni cucu Mat Akib tersebut? Tapi kalau ikut zamannya tahun 1860an secara logiknya saudari mesti keturunan ke 4 atau ke 5 dari Mat Akib itu.

    Apapun saya rasa elok cari dahulu saudara mara di sekitar Klang. Mungkin boleh bertanya pada orang MPK siapa yang jaga makam, siapa yang buat maklumat. Saudari juga boleh merujuk pada nama penyampai maklumat yang terdapat di makam. Lihat ini... http://artmelayu.blogspot.com/2011/09/makam-panglima-batu-bahra-di-klang-tomb.html


    Insyaallah kalau dapat dicari pemberi maklumat atau waris2nya akan terjumpa saudara mara yang kemudian boleh menyambungkan ke Sumatera, kalau Batu Bara tu dekat Asahan. Kalau dari Port Klang naik feri hampir setentang menyeberangi Selat Melaka.

    Feri yang ada adalah ke Tanjung Balai, Asahan. Wilayah Batu Bara bandarnya Tanjung Tiram sekitar 40 km ke utara Tanjung Balai gitu.

    BalasPadam
  3. saya begitu teruja melihat semangat saudara kerana sikap saudaraamat mirip dgn seorg pemuda yg sy kenali bermula 2006.
    Cuma, pemuda yg sy kenali tdk mahu dikenali identitinya..
    Sy sdg cuba membaca semua entry saudara.

    BalasPadam