Sabtu, April 14, 2012

Meh ke Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (Harum) 2012

Adus. Jenuh juga saya mencari line wi-fi free untuk membuat artikel kali ini. Kat Masjid Shah Alam tadi ada line tapi tak sambung pula dengan Internetnya. Last-last lari ke CyberCafe sat lepas Maghrib...



OK. Assalamualaikum semua. Pagi tadi saya telah berkejar ke masjid negeri di Shah Alam.



Rasanya sudah beberapa bulan saya tidak singgah di masjid yang memiliki kubah terbesar serta menara tertinggi di dunia ini...


Rancangnya mahu sampai jam 9. Tapi biasa le, tolak campur bermacam hal jam 10 baru sampai.


Terus berkejar ke dalam.



Ada acara dipanggil Harum 2012, singkatan untuk Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara tahun 2012. Diadakan oleh sekumpulan NGO yang mahu menyokong kebangkitan Islam di seluruh Asia Tenggara, ia melibatkan ulamak-ulamak ternama dari tempat-tempat seperti Aceh, Patani, Medan, Surabaya dan Malaysia sendiri.



Saya pula telah diberi penghormatan untuk membuat pembentangan atau diskusi mengenai siri trilogi novel saya "Berpetualang ke Aceh" (terbit 2006-2007). Tapi itu untuk program esok hari Ahad 15 April jam 11 pagi.



Untuk hari ini saya mahu melihat keadaan dahulu sambil menghirup suasana keilmuan yang ada. Ada siri ceramah tentang Wali Songo dan kaedah dakwah mereka. Yang nyata semua yang datang dan pihak penganjur adalah orang-orang yang sangat menyokong pengajian Tasawuf dan pengamalan tariqat. Rata-rata ada kesedaran tentang bagaimana kebangkitan Islam akhir zaman nanti dijangka akan bermula dari Timur iaitu di sekitar rantau kita ini!


Di belakang masjid kelihatan sejumlah gerai menawarkan pelbagai barangan.


Di hadapan ada lebih banyak gerai dan lebih terserlah.



Ada orang menjual buku, ada juga pameran gambar dan biodata ringkas para ulamak malah gerai mempromosi silat pun ada.



Yang nyata ada pelbagai aktiviti termasuk ceramah, maulud, nasyid dan lain-lain. Saya diberitahu pengunjung dari Selatan Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei turut hadir. Dari Aceh sahaja ada 600 perserta. Itu tidak termasuk ulamak-ulamak mereka yang menyeri majlis yang bermula semalam Jumaat iaitu April 13...



Terus-terang cakap saya kurang mengenali nama ulamak-ulamak yang ada kerana tidak mengikut kelas-kelas pengajian dan perkembangan dalam dunia dakwah Islamiah sepertimana halnya ramai yang hadir ini.



Namun percayalah ulamak-ulamak yang datang adalah nama-nama besar sekurang-kurangnya di Nusantara Alam Melayu ini. Sila klik di sini dan semak sendiri.


Kelihatan di sini bacaan Qasidah Burda oleh sekumpulan pelajar muda, kalau tak salah dari Ribat Muar.



Ni saya ada ambil sedikit video persembahan Qasidah Burda tadi, baru sahaja diupload ke akaun Youtube saya 15 minit lalu gitu. Dahulu saya ingat video sebelumnya adalah ke 222 dalam akaun itu. Rupa-rupanya video inilah yang ke 222.

Apapun saya hendak mengajak para pembaca sekalian sudi-sudilah memeriahkan acara ini. Esok Ahad adalah hari terakhir acara. Kalau tak mahu melihat kesemuanya sekurang-kurangnya muncullah jam 11 pagi di masjid negeri di Shah Alam untuk melihat pembentangan saya mengenai buku "Berpetualang ke Aceh". Wassalam. :]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan