Jumaat, Ogos 19, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Tanjung Lumpur ke Kuala Pahang

Bersambung dari Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Santai di sekitar Kuantan.


Puas berjalan di bandar Kuantan kami pun menyeberang jambatan untuk ke selatan.



Kelihatan bandar Kuantan daripada Sungai Kuantan.


Destinasi yang mahu dituju adalah bandar diraja Pekan.


Tapi biasa le. Bila nampak satu jalan atau arah yang menarik mesti terasa nak tengok sat.


Saya telah pergi ke Kuantan banyak kali tetapi rasanya inilah kali pertama masuk ke sebelah sini iaitu di Tanjung Lumpur.


Nampak pulak surau kecil comel ini.


Apalagi singgahlah kami anak beranak. Lihat artikel Surau comel di Tanjung Lumpur (A cute small praying hall at Tanjung Lumpur)SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Ke hadapan sikit pula terdapat masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Tanjung Lumpur.


Adapun Tanjung Lumpur ini terletak di kuala Sungai Kuantan.


Saya pun melihat kawasan kuala. Lihat artikel The views at Tanjung Lumpur di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sambung perjalanan ke Pekan...





Tapi bila dah dekat sekali lagi saya masuk jalan lain.


Jalan ini boleh sampai ke Kuala Pahang.


Lalu dahulu beberapa kampung lain termasuk Kampung Beruas... teringat pula kerajaan lama Beruas di Perak...


Tu dia... nak sampai Kuala Pahang.


Terus menuju ke jeti.


Bukan apa. Saya suka melihat pemandangan di kuala Sungai Pahang. Lihat Pahang river at Kuala Pahang. Saya juga singgah di masjid jamek sini. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Kuala Pahang.


Kemudian ke makam diraja di Kampung Marhum.



Untuk pengetahuan di sini terdapat makam Sultan Abdul Jalil IV, bendahara empayar Johor-Riau-Lingga yang menaiki takhta selepas peristiwa Sultan Mahmud Mangkat dijulang 1699 Masihi selain beberapa orang Sultan Pahang terawal dari dinasti sekarang (bermula sekitar 1880 Masihi). Lihat Revisiting the royal mausoleum at Kampung Marhum.



Oh. Saya juga singgah di masjid yang ada di Kampung Marhum. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Marhum . Apabila menghampiri kembali jalan utama ke Pekan terlihat pula sebuah makam di tepian jalan. Lihat Batu nesan Aceh berdekatan Kampung Jawa, Pekan (Aceh tombtones near Kampung Jawa, Pekan).


Ahad, Ogos 14, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Santai di sekitar Kuantan

Assalamualaikum. Sekarang masuklah kita ke hari ke 10 perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat 7 bulan lalu.


Selepas meninggalkan Terengganu kami bermalam di rumah seorang ibu saudara di pinggir bandar Kuantan. Esoknya pagi Isnin 3 Januari 2011 sampai masa untuk menyambung perjalanan.




Oleh kerana rumah itu sudah cukup dekat dengan pantai Teluk Chempedak kami pun ke sana.





Santailah kami anak beranak menikmati angin laut. Lihat artikel The beach called Teluk Chempedak di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sambil itu mata saya asyik memerhati jalan kayu ke satu tempat.


Dengan membiarkan anak dan isteri bermain-main di sekitar saya pun melangkah ke sana.


Seperti biasa saya pun sibuk mengambil gambar. Lihat The walkway to Teluk Tongkang.


Ada satu pantai kecil di tempat bernama Teluk Tongkang yang pasirnya hitam. Lihat The black sand of Teluk Tongkang.


Bila kembali ke pantai Teluk Chempedak anak pun dah sampai tertidur. Alahai... :]



Perjalanan diteruskan masuk ke bandar Kuantan. Pusing le sat melihat sekitar. Lihat A quick look at the town of Kuantan.



Kami juga singgah di tepian Sungai Kuantan untuk menikmati pemandangan yang indah. Lihat Kuantan river from the town's riverside.



Kemudian baru saya menjalankan misi pertama di bandar ini... mengambil gambar masjid besar ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Sultan Ahmad I, Kuantan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Bersambung...