Sabtu, Julai 02, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Tahun Baru di sekitar kuala Sungai Kelantan

Selama ini saya sering merujuk kepada perjalanan terbaru ke Pantai Timur sebagai dibuat penghujung 2010. Sekarang sampailah ke peringkat cerita di mana kata-kata itu tidak boleh lagi dipakai. Kenapa? Teruskan membaca...

Tajuk artikel terakhir siri ini sebelumnya, Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Bermalam Tahun Baru di Kuala Besar harus memberikan petunjuk. Pagi Sabtu, 1 Januari 2011 kami pun bangun tidur di Masjid Pantai Che Latiff. Lihat artikel Waking up to the new year at the Pantai Che Latiff mosque di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kalau dah masuk tahun baru takkanlah hendak disebut perjalanan berlaku penghujung 2010 bukan? Apapun daripada masjid kami masuk ke satu jalan pendalaman.


Pergi ke satu tempat yang kewujudannya saya baru daoat tahu apabila diberitahu oleh jemaah masjid malam sebelumnya.


Sampai di situ ada satu bukit pasir.


Dari atas bukit pasir boleh kelihatan satu macam bentuk semenanjung yang menjulur keluar betul-betul ke tengah kuala Sungai Kelantan.


Saya pun mengambil peluang untuk menjejakkan kaki ke tengah kuala sungai. Untuk melihat peta lokasi serta video klip, masuk artikel Semenanjung kuala Sungai Kelantan. Untuk gambar-gambar masuk The sand hill and peninsular at Kelantan river mouth.


Oh. Ini adalah pemandangan menghala ke kompleks perikanan di Kuala Besar.


Zoom in. Sebelum ini kompleks itu adalah kawasan paling hampir saya pernah menjejakkan kaki ke kuala Sungai Kelantan. Tak sangka pula kali ini dapat sampai betul-betul di tengah kuala.


Sementara saya menjelajah 'semenanjung', anak-anak seronok bermain di sekitar bukit pasir.


Kemudian baru kami sarapan di sebuah warung.


Di hadapannya ada semacam teluk yang agak cantik. Lihat A bay of sorts.


Seterusnya kami keluar ke jalan besar menuju ke Kota Bahru.



Turun hujan gerimis sebentar.


Sampai ke satu tempat meter kereta menunjukkan nombor 311.3. Kiranya sudah 1,311.3 km kami berjalan sejak meninggalkan rumah pagi Krismas 25 Disember 2010.


Kami berhenti di tepi satu lorong.





Saya mahu mengambil gambar dari bangunan putih.


Inilah bangunan putih yang saya lihat daripada Kok Majid beberapa hari sebelum itu. Rujuk artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Makam Tok Janggut, Kampung Laut dan masuk lubang kubur di makam Tok Selehor yang dibuat 2 bulan lalu. Dari soni anda juga boleh mendapatkan pemandangan menarik Sungai Kelantan. Lihat Kelantan river from the Kedai Buluh food court.


Kemudian saya teringat cerita jemaah masjid tentang orang bernama Che Latiff yang membuka kawasan kampung di mana masjidnya menjadi tempat kami bermalam ketika masuk tahun baru 2011. Saya pun berpatah balik ke arah sana.


Niatnya hendak mencari makam Che Latiff.


Tapi saya pun tak tahu yang mana.




Seterusnya saya teringat satu cerita tentang seorang bernama Tok Panjang yang makamnya dianggap keramat. Setelah bertanya pada masyarakat setempat saya pun masuk ke satu lorong tidak jauh daripada simpang masuk ke jalan Kota Bahru-Pantai Cahaya Bulan.


Tetapi orang kampung situ pula memberitahu makamnya terletak di seberang sungai. Dahulu boleh nampak tapi kini dah dipenuhi belukar. Hendak mencari pun susah kerana jalan masuk ke sana tiada katanya, perlu menaiki sampan. Kalau begitu tak mengapalah. Saya beri sahaja salam dari sebelah sini...


Namun tak rugi kami masuk ke sini. Rupa-rupanya kampung ini adalah sebuah pusat pembuatan kain batik tradisional yang agak masyhur di Kelantan. Lihat The Batik cottage industry at village of Tok Panjang.

OK. Sebenarnya artikel ini mahu dibuat untuk meliputi lawatan ke sejumlah makam diraja yang dibuat seterusnya, antaranya adalah makam raja Pattani yang terakhir. Namun ini bermakna saya harus membuat lagi sejumlah artikel sokongan, mungkin lebih daripada 10. Maka biar disambung nanti ya. Cukuplah ini sebagai pembuka penceritaan yang membawa kepada masuknya tahun baru 2011, hari ke-8 perjalanan.



Selasa, Jun 28, 2011

Semenanjung kuala Sungai Kelantan

Assalamualaikum semua. Malam ini masuklah 27 Rejab, malam Israq dan Mikhraj. Ia adalah malam yang sangat sesuai untuk menyambung kembali penceritaan perjalanan di Pantai Timur yang bakal memasuki hari ke 8. Namun untuk berbuat begitu sejumlah artikel sokongan harus disediakan dahulu di blogspots saya yang lain dan melihat pada koleksi gambar, ada kemungkinan lebih 10 artikel sokongan harus dibuat. Ini memakan masa dan tenaga sedangkan saya kurang sihat dan kepenatan. Maka terimalah artikel ini sebagai pengganti... masih mengenai perjalanan ke Pantai Timur itu juga.





Ini adalah peta sekitar bandaraya Kota Bahru membawa ke Tumpat dan kawasan delta Sungai Kelantan.



Zoom in ke kuala Sungai Kelantan.





Zoom in lagi dan anda boleh melihat di manakah terletak tempat-tempat yang disebut dalam artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Bermalam Tahun Baru di Kuala Besar yang dibuat hampir 9 hari lalu. Sudah disebut dalam artikel itu kami anak beranak bermalam di Masjid Pantai Che Latiff. Esoknya masuklah 1 Januari, tahun baru 2011 dan hari dibuka dengan melihat pantai dan kawasan berpasir betul-betul di kuala Sungai Kelantan di mana terdapat semenanjung yang ditanda dalam gambar. Sekarang lihat klip-klip video berikut. Cukuplah apa yang ada untuk menerangkan ya. Selamat malam. :]