Teruskan lagi cerita. Bersambung dari Misi makam Tun Saban : Menjalankan misi sebelum ke Taiping dan Bukit Gantang.
Ahad 23 Oktober 2011. Selepas bermalam di sebuah surau di Kampung Temong kami pun bersedia untuk berjalan lagi.
Mula-mula ziarah makam Tok Temong, seorang pembesar perempuan hulu Perak yang bersama Tun Saban pernah bertanggungjawab menabalkan Sultan pertama Perak lebih 500 tahun lalu.
Adapun sudah menjadi adat sejak beberapa lama setiap Sultan Perak yang baru ditabalkan hendaklah menziarahi sejumlah makam di sepanjang Sungai Perak bermula dengan makam Tok Temong.
Di sinilah Sultan harus turun dari rakit kerajaan yang dipanggil Balai Gambang kemudian naik tangga untuk ke makam Tok Temong.
Dari Kampung Temong kami naik ke Kati sebelum turun ke Kuala Kangsar melalui jalan utama ke Lenggong dan Gerik. Terus sampai ke Kuala Dal lalu melihat masjid lama yang dibuat dari anyaman buluh juga masjid baru di sebelahnya. Lihat artikel Masjid (Mosque of Ihsaniah Iskandariah), Kuala Dal dan Masjid (Mosque of) Al-Wahidiah, Kuala Dal di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Singgah di makam Sheikh Abdul Qadir kemudian masjid utama tengah bandar. Lihat Masjid (Mosque of) Ridzwaniah, Kuala Kangsar.
Naik ke Bukit Chandan terus ke belakang Istana Iskandariah untuk masuk ke Kampung Padang Changkat menziarahi makam Daeng Selili.
Naik balik Bukit Chandan ingat nak masuk muzium diraja yang dahulunya istana singgah. Tapi masih lagi tak siap-siap 'renovasi'. Entah bila nak siap? Rasanya masuk ni dah dekat 5 tahun tutup atas alasan sama...
Kemudian masuk ke kawasan pemakaman diraja untuk menziarahi makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin juga makam beberapa orang kerabat terutama dari belah hilir Perak, kawasan keluarga saya belah bapa.
Perjalanan diteruskan ke Parit. Singgah di masjid utamanya... lihat Masjid jamek (Main mosque) of Parit.
Kami juga ingin makan di sini. Terserempak pula rakan lama saya, Pak Tam Manjung (duduk di kanan) yang sudah beberapa tahun tidak ditemui.
Mana boleh tinggalkan Rasyid? Dia tentu ikut. Lihat artikel The island called Cempaka Sari in Parit di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Ini adalah sebuah rumah menarik yang dilihat dalam perjalanan menghala lebih selatan ke Bota Kanan. Kami ada singgah di satu lagi masjid. Lihat Sebuah masjid berhampiran Bota Kanan (A mosque nearby Bota Kanan).
Masjid jamek Bota Kanan adalah persinggahan seterusnya. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Bota Kanan. Di sini saya sempat melihat kawasan persekitaran dari menara masjid. Lihat Bota Kanan from the tower of its mosque.
Sebenarnya kereta kami menghadapi masalah sejak dari Manong lagi, antara Kuala Kangsar dan Parit. Satu spark plug mati... di Parit di mana terdapat satu bengkel yang dibuka hari itu baru kami tahu yang rosak bukan spark plug tetapi coil yang menyalurkan letrik. Masalahnya tak dapat cari spare part. Kereta kami kurang kuasa dan ini menghambat perjalanan. Kalau tidak tentu kami akan menziarahi makam beberapa orang Sultan Perak terutama 3 orang yang bernama Muzaffar di sekitar Bota Kanan. Sebaliknya kami cuma dapat menziarahi makam Keramat Kuala Bidor di pinggiran Teluk Intan, itupun sampai waktu Maghrib.
Kami bermalam di pekan Kuala Kubu dan alhamdulillah, dapat menukar coil yang set eletroniknya agak mahal. Ini adalah pemandangan ke bawah dari bangunan Telekom sana. Lihat Kuala Kubu Baru from the Telekom building. Dalam perjalanan kembali ke rumah kami sempat singgah satu masjid. Lihat Masjid (Mosque of) As-Sajidin, Batang Kali. Dengan ini tamatlah cerita perjalanan ke Perak seminggu lalu. :]
Tak banyak makam di perak yang masih bernesankan batu acheh, boleh saudara jelaskan kenapa nesan2 lama ditukar?
BalasPadamVet-RMAF as salam pak radzie,nape ya tk singgah ziarah maqam Tok Sagor Sena di Telok Pedayong waktu dlm perjalanan menghilir ke kg gajah, utk pengetahuan ianya berbatu nisan Acheh, tk jauh dari jalanraya. saya pernah memberitahu hal ini rasanya 2 tahun lepas gitu.(orang tempatan memanggilnya maqam Tok Sagor)
BalasPadamAnon Nov 2 - banyak batu nesan Aceh terutama di makam Sultan2 Perak ditukar semasa Sultan Idris II memerintah 1963-1984. Alasannya, batu nesan dahulu sudah buruk. Pada saya mungkin kaitan dengan Aceh mahu dihilangkan. Difahamkan kaum kerabat sekarang yang rata2 keturunan Sultan Idris I (memerintah 1887-1916) takut hendak menjejakkan kaki di Aceh kerana ada sumpahan boleh muntah darah. Mungkin ada kesalahan telah dilakukan nenek moyang mereka terhadap kaum kerabat dari keluarga belah Aceh?
BalasPadamVet-RMAF, wassalam. Saya dah lupa pasal makam tu. Mungkin belum ada gerak...
Apa yang susah benor yeop? Benornye tokang ukir batu ni memang kepandaian warga suku Acheh. Idak ler makna asal nesan batu acheh, mesti anak ato darah raja Acheh. Lain dari itu warga pendatang cina.
BalasPadamBatu penanda jer.
Takda susah apa. Tak pernah pun teman cakap asal pakai batu nesan Aceh je mesti keturunan Aceh. Cuma kelihatan ada percubaan untuk menafikan hubungan dengan Aceh. Sebab memang ada Raja Perak yang keturunan Aceh selain dari keturunan Bugis dan Melaka, tu je...
BalasPadamAssalamualaikum Tuan, harapnya komen ini dapat dibaca memandangkan ianya adalah entry lama. Saya berhajat ingin meminta sedikit pertolongan andai tuan tahu.
BalasPadamAdakah tuan tahu surau/masjid lama didalam Sayong, Kuala Kangsar yang mempunyai maqam wali? ataupun surau/masjid yg berdekatan dengan Sayong?
Terima kasih