OK. Bulan Syawal di mana kita merayakan Aidil Fitri baru sahaja tamat apabila masuk Maghrib tadi. Alhamdulillah, seiring itu juga saya berjaya menyelesaikan puasa 6 yang dibuat berturut pada hari-hari terakhir bulan. Dua artikel terakhir telah menceritakan suasana sekitar dua majlis perhimpunan sebuah keluarga besar bangsawan, satu di Segamat satu lagi di Kluang. Sekarang kita pergi ke satu majlis yang lain sedikit. Mari.
Khamis malam Jumaat, 22 September saya dan isteri pergi ke sebuah dewan di Gombak, pinggir bandaraya Kuala Lumpur.
Ada satu acara di mana isteri saya menjadi orang penting. Saya pula diminta mempromosi buku.




Acara bermula apabila pengasas produk sampai. Lihat video...
Persembahan tarian.
Penyampaian sijil kepada stokis.
Isteri bersama anak jiran rumah kami.
Ini pula adalah tarian Arab pada penghujung majlis.
Selepas majlis tamat mereka yang tinggal membuat tarian pocho pocho. Anak kecil kami yang sejak dari awal asyik mengintai peluang untuk naik ke pentas terutama apabila melihat ibunya naik pun ikut sama. Baru ini saya benarkan. Kalau tak meronta-ronta dia nak naik pentas. Saya pula yang terpaksa menghalang dan menangkap di hadapan orang ramai. :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan