Ahad, Ogos 28, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Lagenda Tasik Chini

OK. Sekarang masuklah kita ke hari ke 11 perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat lebih 7 bulan lalu... errr... sebenarnya dah dekat 8 bulan lepas daaa. Artikel ini mahu dibuat semalam, malam 7 likur tapi rasa tak larat sangat dah masa tu. Dapat dimulakan lewat malam ni pun alhamdulillah. Kalau tak, sampai raya le tak selesai lagi siri ni jawabnya. Maka bersambung cerita dari Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Kesan-kesan sejarah di Pekan.


Selasa 4 Januari 2011, hari dimulakan dengan cuaca elok terang benderang.



Al-Rasyid membelek-belek Al-Quran di dalam masjid. Sebenarnya kami anak beranak bermalam di sebuah masjid rancangan Felda. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Khairiah, Felda Chini 2 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Pada penghujung artikel sebelumnya ada ditunjukkan papan tanda Tasik Chini. Jadi bagaimana pula kami boleh bermalam di Felda Chini?



Sebenarnya kami sudah mencuba mencari penginapan murah berdekatan tasik tetapi tidak terjumpa.



Oleh kerana kami sampai pun sudah lewat malam dan penat maka kami keluar balik lalu ke kawasan Felda mencari masjid.



Bila dah siang ni baru le senang melihat dan memastikan kedudukan tempat-tempat.



Sedikit latar belakang Tasik Chini.



Rasanya ramai sudah tahu bagaimana Tasik Chini sering dikaitkan dengan kewujudan naga juga kota lama yang katanya sudah tenggelam ke dasarnya.



Apakah rupa naga tersebut serupa seperti ditunjukkan dalam kotak kaca?



Kami memang tak tahu apa-apa. Untuk makluman inilah kali pernah kami anak beranak malah saya sendiri sampai ke Tasik Chini!



Apapun pemandangannya memang cantik. Lihat artikel Lake Chini from the resort di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Lihat juga klip-klip video di bawah...
























Puas bermain-main air kami pun keluar kembali ke jalan besar.



Namun sampai ke satu simpang terasa ingin masuk cuba mencari lagi penginapan murah yang ada diceritakan seorang warga tempatan malam semalam.



Difahamkan masuk ke dalam ni kawasan orang Asli. Nampaknya di bawah jagaan jabatan agama Islam...





Perjalanan membawa ke satu puncak bukit.



Boleh kelihatan tasik apabila diperhatikan lebih teliti.



Sesekali terserempak orang Asli seperti anak-anak ini.



Kemudian ternampak ini.



Ternyata memang ada penginapan murah di sebelah sini. Cuma kami sahaja tak pasti kerana perlu masuk jauh ke dalam... waktu malam pula susah hendak melihat dan mencari apalagi takut tersilap mengambil simpang.



Tak lama kemudian kelihatan tasik di hadapan.



Untuk pengetahuan inilah Kampung Gumum di mana terdapat bahagian Tasik Chini yang dipanggil Laut Gumum , tempat naga Seri Gumum.



Rasanya pemandangan di sini lebih cantik dari kawasan yang dilihat sebelum ini. Lihat artikel Lake Chini from Kampung Gumum juga klip video di bawah.














Kami juga melihat-lihat sekeliling. Rupa-rupanya ada lagi tempat penginapan murah.





Ia sebenarnya adalah di bawah pentadbiran sama penginapan murah yang dilihat lebih awal tadi. Kelihatan di sini seorang pemuda dari Itali yang baru sahaja hendak meninggalkan Tasik Chini.



Kembali ke jalan besar.



Masuk kiri menghala barat ke arah Kuala Chini.



Dahulu ia adalah jalan masuk utama ke Tasik Chini.






Tapi perlu naik sampan atau bot melalui sungai yang tak sebesar mana ni. Difahamkan sejak ada jalan raya masuk ke tasik jalan sungai sudah 'turun dari carta'.



Perjalanan ke barat diteruskan.



Difahamkan dahulu jalan ke barat dari Tasik Chini cuma sampai setakat jarak tertentu sahaja. Sekarang telah bersambung terus sehingga boleh lepas ke Temerloh, kalau tidak harus menghala kembali ke Pekan untuk menyeberang satu jambatan Sungai Pahang kemudian masuk jalan besar Kuala Lumpur-Kuantan.













Sesekali kelihatan Sungai Pahang.



Pada bahagian-bahagian tertentu sungai besar sangat dekat dengan jalan. Lihat artikel-artikel berikut...




Pahang river somewhere near Kampung Pejing

Pahang river at Bera

Pahang river near the Temerloh bridge



Oh. Sebelum sampai ke jambatan Temerloh ternampak masjid lama ini. Lihat Masjid lama (Old mosque) of Tanjung Kerayong Lebak, Temerloh.





Di sebelahnya kelihatan rumah dengan ukiran yang saya suka panggil lidah tergantung.


Rasanya inilah kali pertama saya melihatnya pada rumah di Pahang.


Ini pula adalah gambar Al-Rasyid melihat ke luar dari dalam masjid jamek Karak. Lihat artikel A quaint look at Karak town dan Masjid jamek (Main mosque of) Karak.


Kami sampai ke Kuala Lumpur sekita 8.30 malam... terus menuju ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri lagi 40 km perjalanan. Dengan ini tamatlah siri "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur". Insyaallah esok atau lusa akan disajikan satu artikel kompilasi untuk rujukan musim raya. Sekian, wassalam! :]


2 ulasan:

  1. Assalammu'alaikum..

    Hamba pun suka mengembara dan menjelajah terutama tempat-tempat yang baru. Walaupun hamba belum dapat ke melawat ke Tasik Chini namun melalui blog saudara ni dapat juga hamba melihat Tasik Chini dan juga tempat2 lain lagi. Terima kasih atas usaha saudara ini. Semoga dapat teruskan usaha yang murni ini. Semoga sentiasa mendapat pertolongan dan pemeliharaan Allah s.w.t.

    Naga tasik Cnini tu ada dua ekor sebenarnya, betul?

    BalasPadam
  2. Wassalam. Saya pun suka apabila orang mendapat manfaat dari tulisan saya. Naga Tasik Chini tu tak salah saya ada satu je. Tapi dia kawan dengan satu lagi naga, kat Sungai Pahang ke kat luar sikit kat laut gitu. Tak ingat ceritanya...

    BalasPadam