Selasa, Julai 19, 2011

Sekitar majlis persandingan seorang sepupu di Bukit Damansara

Seperti biasa apabila tamatnya penceritaan bagi sesuatu hari dalam siri "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur" saya akan membuat satu atau sejumlah artikel selingan. Tapi tu le semenjak dua menjak ni saya agak malas menulis di blogspots, salah satunya kerana memang terasa penat dan malas. Kedua kerana masih dalam proses menyiapkan buku tentang keluarga.

Kerja jadi bertambah dan lebih memenatkan apabila sambil itu saya harus juga mengubah siri "Berpetualang ke Aceh" kepada bentuk e-book format Epub untuk bacaan melalui alat-alat komputer tablet terutama Ipad. Saya juga baru dapat tahu tentang format percetakan yang digunakan di kilang jika mahu mencampur adukkan mukasurat hitam putih dan berwarna untuk menjimatkan kos. Lalu buku keluarga yang diberi tajuk "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" yang sudah siap penulisan dan rekaletak, sudah berbentuk buku pun cuma menunggu masa sahaja untuk dicetak harus diatur kembali menurut format lalu perlu diolah kembali juga rekaletak dan sebahagian isi. Allah!

Adapun cerita untuk hari ke 8 siri "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur" sudah diselesaikan 6 hari lalu... la ni baru nak buat selingan. Lebih 'menyedihkan' lagi, selingan pertama ini adalah tentang majlis persandingan seorang sepupu yang diadakan lebih 3 minggu lalu! Tapi tu le... nak tunggu penceritaan hari ke 8 yang memerlukan 3 buah artikel selesai baru boleh dipersembahkan. Tak pa. Biar lambat asalkan selamat. :]




Pagi Sabtu 25 Jun 2011. Kami bergegas ke rumah seorang bapa saudara di Bukit Damansara. untuk majlis persandingan seorang sepupu...



Kelihatan khemah-khemah dengan tempat duduk kosong.







Rupa-rupanya semua orang berada dalam rumah untuk tahlil.



Ia diadakan untuk keluarga terdekat dan kenalan rapat.




Pengantin, Dr Arief dan isterinya Dr Aime Salma turut sama mengambil berkat.





Selepas itu kami pun makan... perlu mengisi perut kerana selepas ini kami harus menolong...



Sambil itu tetamu untuk majlis persandingan sudah mula datang...




Paling seronok apabila saudara mara dari jauh juga menunjukkan muka. Dapatlah dibawa berbincang untuk menyemak isi buku keluarga yang sedang diusahakan.



Sampai satu masa perkarangan rumah penuh sesak sedangkan tetamu sudah bersilih ganti.



Sambil menolong menyambut tetamu terutama saudara mara dari jauh saya juga melihat-lihat di sekeliling.






Kelihatan di sini bapa saudara dari Singapura yang saya panggil Uncle Man melambaikan tangan. Alhamdulillah, datang juga saudara mara dari sana. Untuk makluman Uncle Man memiliki 19 adik beradik yang sebapa dan seibu!



Apabila saya masuk ke dalam acara membaling duit dan gula-gula baru hendak bermula.



Acara ini adalah tradisi keluarga sebelah ibu dari Johor. Ia dibuat untuk memeriahkan suasana seraya menggembirakan kanak-kanak.



Tapi tu le, orang dewasa pun ikut sama...







Tengok. Macam anak burung menunggu ibu burung suapkan cacing pun ada. Hehe... :]



Selesai acara baling duit dan gula-gula ada yang menarik nafas lega. Maklumlah tadi sampai berhimpit-himpit berebut-berebut. Sekarang dah kena urut le pulak...



Di luar pula DJ one-man-show meneruskan persembahan, kali ini disertai pengantin dan beberapa orang ahli keluarga.



Saya meletakkan anak saya Al-Rasyid sama untuk bagi dia leka. Saya harus keluar sebentar ke bandaraya kerana ada sejumlah orang Tariqat Ahmadiah dari Kelantan ingin berjumpa.

Malamnya majlis sudah selesai. Namun sejumlah ahli keluar terdekat masih ada.



Selepas solat kami bercerita tentang majlis persandingan yang diadakan dengan jayanya juga berbincang hal keluarga.



Rasyid sudah memakai baju tidur. Semoga kami sekeluarga terus diberkati Allah SWT di dunia dan akhirat. Semoga buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dapat menemui pembaca selepas hari raya... :]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan