Selasa, Julai 19, 2011

Rekabentuk asal kulit buku siri "Berpetualang ke Aceh" dan format digital akan datang

Assalamualaikum semua. Sebelum penceritaan perjalanan ke Pantai Timur disambung kembali dalam tempoh beberapa hari lagi Insyaallah, biar sesi selingan ditamatkan dengan ini...













Ini adalah design atau rekabentuk asal kulit siri buku "Berpetualang ke Aceh" yang dibuat pertengahan 2004. Anda boleh melihat lebih dekat dan membaca apa yang tertera dengan membuka gambar dalam windows baru. Rasanya ramai sudah sedia maklum buku pertama siri ini akhirnya masuk ke pasaran pertengahan 2006 atau 2 tahun kemudian. Dalam tempoh itu berlaku banyak perubahan.

Paling utama adalah isi yang asalnya membincangkan sejarah secara terus atau direct diolah balik menjadi bentuk novel sejarah dan travelog. Kemudian sejurus sebelum membuat percetakan buku pertama, (diatas ditanda sebagai Jilid 1) saya telah mengubah kulitnya menjadi warna hitam. Hmm... kat mana saya letak rekabentuknya ya? Saya pun tak ingat.

Pada hari menghantar isi buku untuk percetakan pula saya telah dinasihatkan agar mengubahnya menjadi warna yang lebih cerah. Selain itu saya diberitahu agar tidak menggunakan perkataan Jilid 1 atas alasan takut nanti ada pembaca yang tidak akan membeli kecuali setelah cukup semua jilid keluar di kedai-kedai. Maka dalam tempoh sejam dua gitu saya mengubah rekabentuk lagi. Sambil itu timbul ilham untuk meletakkan sub-title atau tajuk kecil "Mencari diri dan erti" untuk menggantikan perkataan Jilid 1.

Hasil perubahan yang tercetus last minute di pejabat pihak yang mencetak buku pertama itulah yang membentuk kulit-kulit buku yang boleh dilihat pada sidebar kiri atas blogspot ini. Oleh itu saya ingin mengambil peluang untuk mengumumkan di sini. Siri ini sekarang dalam proses diubah format menjadi e-book dalam bentuk fail Epub yang sesuai dibaca komputer tablet seperti Ipad. Penukaran format dan penyelarasan yang patut untuk ketiga-tiga buka sudah disiapkan 3 hari lalu. Sekarang tinggal proses menyemak kembali isi untuk memastikan segalanya lancar. Apabila siap nanti, Insyaallah dalam beberapa hari lagi ia akan diserahkan kepada satu pihak yang mengurus sebuah portal baru yang katanya bakal dilancarkan bulan ini juga.

Untuk makluman, selain di Malaysia siri "Berpetualang ke Aceh" telah mendapat perhatian pembaca di Singapura, Brunei dan Indonesia. Malah pernah beberapa orang Melayu yang menetap di United Kingdom cuba mendapatkannya. Namun sebagai seorang penerbit kecil, kemampuan saya untuk memasarkan buku di luar Malaysia sangatlah terhad apalagi apabila ada sekatan tertentu akibat polisi sesetengah negara. Misalnya isi buku yang sangat pro-Aceh tentu tidak disukai pihak pro-Jawa yang mahu memastikan penduduk di Aceh dapat terus dikawal mereka. Sementara itu ada halangan lain. Misalnya seorang pembaca daripada Brunei pernah membeli siri ini dengan harga yang agak mahal. Disebabkan mahu menghantar bayaran masuk ke bank saya di Malaysia beliau dikenakan caj sekitar 20 Brunei Dollar kalau tak salah ingatan... ke 20 US Dollar... caj minimum kerana menyalurkan wang dari sana ke luar negara malah katanya turut dipantau kerajaan Amerika.

Dengan adanya buku dalam format Epub di portal tersebut dapatlah pembaca dari luar Malaysia malah dalam negara ini sendiri mendapatkannya dengan harga lebih murah dan cara lebih senang. Semoga dengan ini lebih ramai orang dapat manfaat daripada ilmu yang banyak tercurah dalam keadaan separuh sedar semasa saya menulis buku. Selamat malam. :]




3 ulasan:

  1. Assalamualikumm..wrt.
    salam perkenalan, sudah lama hamba mengikuti catatan-catatan tuan si merah silu yang sangat hebat dan menyerlahkan kebenaran dan kesungguhan tuan dalam menegakkan syiar Islam. Selama ini secara diam-diam hamba bersama tuan kini terpanggil hati hamba untuk mengembara bersama si merah silu mencari kebenaran yang hakiki. Wassalam.

    BalasPadam
  2. Wassalam. Terima kasih kerana menghargai usaha saya. Teruskan membaca... :]

    BalasPadam
  3. Wassalam. Terima kasih kerana menghargai usaha saya. Teruskan membaca... :]

    BalasPadam