Assalamualaikum. Malam ini selepas hampir jam 1 pagi saya pun membuka Internet dan blogspots lalu mendapati nombor di atas tertera pada hits counter untuk blogspot ini. Malam ini sudah masuk 31 Mac 2011 atau 31/3/11, ada faktor 313 dan 131. Maka eloklah siri "Mencari jejak Merong" yang sudah menjangkau tempoh 3 bulan lama ditamatkan. Bersambung dari Mencari jejak Merong : Juru apa entah dan pulau yang aman.
Selamat datang ke pusat peranginan Tasik Bukit Merah. Lihat artikel A visit to Bukit Merah Laketown Resort di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Di kampung ini terdapat sebuah masjid dengan ukiran kayu menarik. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Gunung Semanggol di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Terdapat beberapa rumah kayu yang terukir indah. Selepas itu kami berehat dan berbuka puasa di masjid yang terletak di pekan. Lihat Revisiting the Gunung Semanggol mosque.
Masuk ke Taiping singgah ke masjid lama bandar. Lihat Masjid lama (Old mosque of) Taiping.
Tanpa membuang masa kami anak-beranak terus menuju ke makam ini yang terletak di sudut berdekatan masjid.
Di sinilah perjalanan ke utara bulan Ramadhan tahun 2010 yang siri cerita tentangnya diberi nama "Mencari jejak Merong" ditamatkan secara rasmi. Al-Fatihah untuk nenda Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. Semoga dengan selesainya siri yang sudah mencapai 15 artikel (tidak termasuk artikel-artikel sokongan di blogspots saya yang lain) akan terbuka beberapa hijab dan dilenyapkan apa-apa halangan untuk membenarkan kami anak-beranak maju lagi ke hadapan baik dari segi zahir mahupun bathin, rohani dan jasmani. Amin.
salam...
BalasPadamko sedar tak ada sorg mamat tabligh tu, bsama dgn 2,3 org yang sama jek selalu bagi komen kat blog dia, dok kutuk & hina ko? dia cakap ko terlalu obses ngan nombor sampaikn dah macam org gila nombor ekor. then, dia kutuk2 pulak wife ko.
Aku dari dulu lagi memang meluat ngan budak tabligh. & bila tengok perangai dia, menambahkan lagi kebencian aku pada tabligh. typical tabligh, percaya hanya dia jek yg benar. lagi orang meluat, lagi dia suka. seolah2 pahala tu bertambah2 bila ada org benci dia.
anyway, yang kelakarnya, dia betul2 butthurt ngan ko & srikandi pasal hentam 'kepakaran' dia pasal fakta sejarah. tapi butthurt pun, hari2 dia ngan 2,3 komentar tetap dia tu dok baca artikel ko ngan MF. hahahaha!!!!
Silap2, komen aku ni pun nanti keluar kat blog dia... Kah kah kah!!! tapi penakut kalau org komen kat blog dia. dah takde idea lain nak putar apa, dok keluarkn surat karangan jelah... karangan yg penuh dgn mistake & typing error. FAIL!!! (^__^)
Wassalam. Biarlah diaorang meracau. Tak luak pun bukit disalak anjing walau seberapa banyak. Sebut pasal mereka yang mengaku raja atau waris mutlak apalagi kalau dah mengaku khalifah akhir zaman teringat perbincangan dengan beberapa orang kawan semalam. Hadis akhir zaman ada menyebut tentang Imam Mahdi sebagai orang yang dapat mengeluarkan harta dari perut bumi lalu memberi dan mengagih2kan pada orang ramai sampai orang ramai2 dah tak sanggup nak mintak, dah terlalu banyak.
BalasPadamDifahamkan antara kelebihan raja2 berdaulat dahulu adalah dapat membuka perbendaharaan ghaib apalagi kalau dia tu taraf khalifah. Dengan perbendaharaan itulah dia mampu menanggung rakyatnya dan segala keperluan. Kalau betul raja berdaulat atau waris mutlak bukalah perbendaharaan itu dan agihkan pada semua orang. Ini tak, buat sejarah realiti konon walhal bohong semata lepas tu berkokok nak tuntut itu ini buat pengakuan palsu nak dapatkan harta benda orang.
Kalau betul waris mutlak buka perbendaharaan itu dan selesaikan segala masalah negara baik dari segi kewangan mahupun politik, sosial dan sebagainya. Kalau anda mampu berbuat demikian nescaya orang akan ikut dan akur, sedia mengaku anda sebagai seorang raja yang berdaulat walaupun anda tidak pernah meminta2 untuk dinobatkan.
TERUSKAN USAHA MURNIMU TEMAN,SAYA PEMINAT SEJARAH TEGAR DARI TERENGGANU....NAIK BANGSA,BANGKIT AGAMA TIADA BANGSA,JATUH AGAMA.SEJARAH MEMBUKTIKAN KEMBAYAT NEGARA@CHAMPA,GRAHI DAN LANGKASUKA DAN SRIVIJAYA....MENJADI NOLTAGIA SEJARAH BANGSA MALA....
BalasPadamSEDIKIT KATA LAGI.....USAH DI PEDULIKAN MEREKA YANG TIDAK SEPENDAPAT HATTA SANGGUP MENGGUNAKAN KATA-KATA KESAT WALHAL UMUN MENGETAHUI AKAN KEBENARANNYA...HANYA BERTOPENGKAN SERBAN DAN JUBAH.
BalasPadamBLOG YANG WAJIB DIKUNJUNGI OLEH PECINTA SEJARAH MELAYU TUA SELAIN BLOG RIWAYAT MELAYU-SERIKANDI......