Ini pula adalah pemandangan dari hadapan jalan besar. Walaupun saya sudah singgah ke tasik ini banyak kali saya tidak mengambil banyak gambar. Semalam saya cuma mengambil satu sahaja gambar. Hari ini apabila tergerak untuk membuat satu artikel tentangnya di sini saya terpaksa mencari dalam koleksi jika ada gambar. Terjumpalah gambar-gambar ini yang diambil daripada artikel Tasik Biru, the "Blue Lake" yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH 2 tahun 2 bulan lalu.
Pulau dilihat dari hadapan jalan besar. Dalam perhimpunan semalam saya ada menyebut terasa kawasan sekitar ini ada sesuatu. Tak pastilah apakah sesuatu itu tetapi rasanya ada kena-mengena dengan keberadaan kerajaan lama. Semasa naik ke atas pulau saya ada mendapat rasa yang agak kuat. Seolah-olah di pulau itu ada makam lama atau tapak istana gitu.
Pagi tadi seorang rakan yang ditemui semalam memberitahu, gambar yang diambil menghadap kepala pulau (seperti pada gambar teratas) terasa seperti kepala naga keluar dari tasik. Hmm... memang ada gak rupa begitu tapi itu mungkin imaginasi sahaja.
Papantanda Tasik Biru. Ingat ini adalah gambar daripada artikel yang dibuat 2 tahun 2 bulan lalu. Semalam saya nampak papantanda itu sudah patah, terbaring tersorok di belakang sebuah kedai betul-betul di pinggir tasik.
Ini pula adalah peta-peta yang menunjukkan kedudukan Tasik Biru berbanding kawasan sekitar seperti Sungai Buluh dan Rawang.Saya telah mengukur menggunakan Google Earth. Panjang pulau ini adalah 200 meter. Perhatikan juga ada semacam 'jambatan' menyambungkan pulau ke daratan. Sebenarnya ia bukan jambatan tetapi adalah batas yang terletak di dalam air.
Saya sudah sebut tadi tasik ini bekas lombong. Seperti kita tahu lombong biasanya dalam, amat dalam. Adapun di daratan berdekatan permulaan batas itulah orang terutama budak-budak suka mandi. Dekat ke daratan dalamnya kira-kira paras peha kemudian paras pinggang. Sampai ke bahagian batas yang kelihatan terhakis sedikit tu dah lebih 5 kaki. Di situlah saya terpaksa berenang sedikit sebelum sampai ke bahagian batas yang airnya kembali pada paras pinggang lalu kita boleh berjalan naik ke pulau. Namun begitu anda mesti ingat batas sepanjang kira-kira 80 meter ni sempit. Nak seberang boleh tapi berhati-hatilah jangan sampai ditarik arus ke kiri atau ke kanan, takut terjatuh ke tempat dalam ibarat masuk gaung.
Oh. Apa ada di Tasik Biru? Biar anda sendiri menilai. Saya cuma menurut gerak rasa untuk bercerita. :]
ada apa ye... tak mau nak nilai2 ... bongkar la misteri yg ada... ceritakan yg sebenarnye...tak sabar nak tau..
BalasPadamYep. Diharap ada yang dapat berkongsi apakah yang ada di Tasik Biru... :]
BalasPadamsaya duduk dkat tasik biru tu dah 17 thun . sejak lahir lg. bomba penah wat latihan menyelamat kt tasik biru pada waktu malam. dah terserempak dgn ikan toman besar kancil mcm tu la. tasik tu pun mmg dlm sgt2. saya penah hampir lemas kt situ. lpas tu x berani dah masuk dlm air. sbb x reti berenang. hehe. org yg mati kt situ pun ramai juga. mcm2 cerita lg la kt stu. nak nak lg kt pulau tu. ada yg ckp penah nampak naga la. katak besar rumah la. haha. apapun. Wallahualam. sekadar berkongsi apa yg saya pnh dgr. sejauh mana kebenarannya? saya pun x pasti. btw. doakan saya dipermudahkan untuk menjawab soalan spm nanti k :) hihi. tq. lg 3minggu je nk spm u.u gemuruhh pula.
BalasPadammenarik cerita saudara...saya juga sejak kebelakangan ini seolah terpanggil untuk kesana
BalasPadamfollow cite ni mcm best jerk...ade lg ke info...try la interview otai2 kat sana...
BalasPadamApa misteri the blue lake ni?! Mmg trgerak aty nk taw ceta sai tasik ney. Knapa dgn nm dia? Da sjaraq ke???
BalasPadamkedalaman tasik ni lbih kurg 17 tgkat apartment.. kt dlm tasik ni ada mcm2.. ikan pelik2 pun ade.. tp sjak pmbinaan rumah kt tasik biru ni..air da kotor..bahan binaan ade juga dibuang dlm tasik ni
BalasPadamsy ingin membeli apartment laguna biru yg 17 tingkat tu...betol ka bangunan tinggi tu pon di bina atas bekas lombong dalam...wah menakotkan.bley x spa2 tolong xplain kat sy...sbb harga yg di tawarkan ok.tp buat sy was2 tentang keselamatan struktur bangunan tuh
BalasPadamdahulu ade pekerja lombong yg membela seekor ikan toman di sebuah perigi ditengah lombong tersebut..saiz dia sebesar tong gas..tp bila lombong ditutup ikan tersebut tiada khabar berita..mungkin ikan itu membesar...dan menjadi induk,seperti yg kita tahu tasikbiru kaya dgn ikan toman ....sy pernah nampak dari atas flat bayang sebesar bas mini sedang begerak di tengah tasik itu kemudian ia tenggelam semula...tak peercaya boleh cuba tanya org sekitar situ..atau cuba sendiri kt atas flat tu...bila terik matahari...bwa ayung k
BalasPadamkalau cari balik mastika sekitar 90 an ade kisah tentang tasik biru...mengisahkan wanita berdiri di permukaan air ditengah tasik tu..ape yg pasti tasik tu memang makan nyawa setiap tahun...dan yg paling pasti sekali kalau lemas kt tebing mana sekali pon kt tasik tu..cari lah kt bawah pulau tu tesangkut kt akar...nak tahu stuktur pulau tu..bentuk dia macam sebiji epal yg telah dimakan kiri dan kanannyaa..itulah bentuk nya..
BalasPadamSy sendiri pnh ditarik kaki kd dalam air ketika mandi masa berumur 7tahun mcm tu. Serik n fobia lnsg xmandi dh. Tp memang ada misteri .
BalasPadamSme lah kita..sye yg pndai brenang pon hmpir lemas...slmt ade kwn2 time 2
PadamSme lah kita..sye yg pndai brenang pon hmpir lemas...slmt ade kwn2 time 2
PadamBlh tak tuan empunya blog ni whatsap sy. 0193643987
BalasPadamBlh tak tuan empunya blog ni whatsap sy. 0193643987
BalasPadamAq penah dgr kwn aq kate kt situ dulu ade trak besar tenggelam dlm tu yg aq x caye nyer tayar die jer dh besar klas aq pastu ade 4 tayar bygkan bape besar bdn die pastu dlm bape hari diorg kate lori tu nmpk mcm kotak mancis dr ats so ko bygkn bape dalam tasik biru ni dh la rmai org mati kt situ seram giler
BalasPadamsaya haritu ade dtg dkt tasik tu time ii nk maghriblah mcm tu dlm kul 6.40 camtu la utk buat kerja khursus sej.kat situ mmg ramai orang dtg beriadah ...ramai budak ii motor ade dkt situ .... tapi yg saya ada hairan masa tu biasa budak ii motor dkt situ x kesah melepak smpai mlm...yang buat saya hairan bila dh dlm kul 7.15 .... 7.20 mcm tu diorang semua cpt ii balik ....ade jgk lah terdengar ape yg diorang borak ....diorang ckp dkt kwn diorang yg newbie dtg melepak dkt situ yg tasik tu keras...so saya pun jadi seriau lah (seram + risau ) so saya pun cpt ii la balik ....esoknya saya check gmbr yg sy tgkp dkt situ ...gmbr saya dgn pulau tu...saya x thu lah saya berimaginasi ke ape tapi saya mcm nmpk ade kepala dkt pulau tu....saya check gmbr lain x de...maybe tu hanya imaginasi saya kot....
BalasPadamsaya datang dari masa depan, semalam 28-Dec-2023, ada lelaki mati lemas di tasik biru ni. Alhamdulillah mayat dah jumpa. Betul orang cakap. Tasik ni mmg makan nyawa
BalasPadam