Jumaat, Ogos 13, 2010

Petualangan Al-Rasyid ke Aceh : Sekitar Banda Aceh

OK. Hari ini malam Jumaat sudah masuk 3 Ramadhan 1431 Hijrah. Waktu pula sudah melepasi tengah malam, maka sudah masuk 13 haribulan Ogos 2010, sesuailah untuk memulakan penceritaan sebenar perjalanan ke Aceh yang dibuat penghujung Januari...


Rabu, 27 haribulan Januari 2010... setelah berapa lama merancang sampailah masa untuk berangkat. Anak kecil kami Muhammad Al-Rasyid ketika itu berumur 3 bulan setengah. Sukacita dimaklumkan pukul 3 pagi hari ini cukuplah umurnya 10 bulan! :]



Melihat kembali file gambar baru tersedar saya tidak mengambil banyak gambar untuk perjalanan, sekurang-kurangnya untuk hari Rabu. Sebaliknya saya lebih menumpukan pada rakaman video untuk projek tertentu. Seharusnya rakaman itu bukan untuk tontonan di blogspot. Namun tanpanya, penceritaan di sini mungkin jadi cacat... tiba-tiba sahaja gambar boleh melompat ke suatu lokasi tanpa apa-apa untuk menyambung kecuali beberapa ayat.

Maka itu biar dibuat beberapa klip video khas dengan menyunting rakaman yang sedia ada. Di atas dapatlah dilihat bagaimana dari lapangan terbang KLIA kami boleh sampai ke Banda Aceh, singgah sebentar di tanah perkuburan massal (beramai-ramai) untuk mangsa Tsunami 26 Disember 2004 sebelum ke bandar seterusnya pantai Uleelheue.



Dari pantai Uleelheue kami bergerak ke Masjid Baiturrahim yang terletak berdekatan. Tengok-tengok ada accident...

Di hadapan masjid ada pula kenderaan Wilayatul Hisbah. Untuk pengetahuan inilah pihak penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan menangkap mereka yang tidak menutup aurat atau berbuat perkara tidak sopan yang melanggar hukum Syariah Islam!



Inilah Masjid Baiturrahim, salah satu masjid utama di Aceh. Difahamkan ia telah wujud sekurang-kurangnya sejak Sultan Iskandar Mahkota Alam memerintah Aceh 400 tahun lalu.



Cuma bangunan yang ada bukanlah bangunan asal dari zaman itu. Namun ia tetap sebuah bangunan lama dan merupakan salah satu masjid yang tetap tegap berdiri walau dipukul ombak gila Tsunami 26 Disember 2004. Lihat artikel Masjid (mosque of) Baiturrahim, Aceh yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tahun lepas.



Nak tahu kuat tak kuat le ombak Tsunami tengok ini sebagai contoh... sebuah kapal kecil naik atas rumah. Saya sudah lupa di mana tapi tempatnya terletak berbatu juga di darat sedangkan Masjid Baiturrahim terletak betul-betul di pinggir laut!



Mungkin anda tidak hairan dengan ini. Mungkin anda terasa kapalnya tidaklah sebesar mana, sebab itu boleh senang-senang dipukul naik jauh ke darat. Kalau begitu lihat kapal besar yang turut ditolak masuk tetapi ke kawasan lain. Lihat artikel lama Remembering the Tsunami which ravaged Aceh in 2004... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Lihat juga Maulidur Rasul di Aceh : Pemandangan kapal apung...



Seterusnya kami pergi ke makam wali besar Sheikh Abdul Rauf Fansuri yang turut dikenali sebagai Syiah Kuala...




Tu dia. Rupa-rupanya saya cuma mengambil 2 buah gambar sahaja di sekitar ini. Maka terpaksalah lagi berharap kepada klip video untuk melancarkan cerita. Dalam klip ini saya membiarkan satu bahagian yang ada komentar masuk sekali. Cukuplah untuk menerangkan sedikit-sebanyak apa yang dibuat di Aceh sambil berziarah ke tempat-tempat bersejarah.



Perjalanan hari Rabu menghampiri penghujung di Pasar Aceh...




Masjid Baiturrahman di sebelah, masjid paling utama di Aceh menjadi saksi usaha kami untuk menjejaki sejarah kegemilangan Islam yang mungkin berguna untuk menangani cabaran akhir zaman.



Tengok. Inilah keadaan Al-Rasyid apabila kami kembali ke hotel...







Nasib baik hotel kami terletak sangat dekat dengan Masjid Baiturrahman. Ketika yang lain sudah nyenyak tidur tengah malam, saya pun tergerak untuk ke masjid. Lihat The mosque of Baiturrahman at night.

p/s: Subhanallah. Tadi baru saya tersedar video klip Masjid Baiturrahman di atas adalah video ke 131 diupload ke akaun Youtube saya! :]


4 ulasan:

  1. Salam...

    Moga berkat ke bumi Serambi Mekah yang dibuat awal Januari lalu akan melenyapkan yang bathil dan Haq akan tersirna...

    Membuka mata hati bagi insan-insan yang terpilih. Yang terang lagi bersuluh.

    BalasPadam
  2. Wassalam. Insyaallah ada keberkatannya lebih2 lagi pada bulan Ramadhan. Cerita perjalanan penghujung Januari ke Aceh yang sudah lama tertunda ini juga merupakan rentetan dalam pencarian diri untuk memahami apa yang sedang berlaku di dunia dan kaitan semuanya dengan kita.

    Insyallah yang Haq akan terserlah jua, bukan tersirna (sirna sama maknanya dengan lenyap). Mungkin persoalan sebenar mengenai duduk-letaknya Dinasti Al-Kamil dengan Alam Melayu dan peranan akhir zaman bakal terjawab semasa penulisan siri ini? Apalagi jika diizinkan Allah kita dapat ke utara melawat tempat2 terpilih penghujung bulan Ramadhan seperti yang dirancang,mungkin juga diselesaikan sekali bab tertunda mengenai keSultanan Perak dan Beting Beras Basah... :]

    BalasPadam
  3. Tsunami adalah penggantian kepada bangsa Aceh.

    Sebahagiannya telah di kurangkan dan akan di ganti dengan bangsa yg baru.

    Allah mengerakkan org2 Rohingya mendarat di Aceh.143 yg terdampar di pantai aceh dahulu adalah permulaannya.

    ada lagi yg menyusul ...tunggu.

    sape awek spek itam tu red...

    BalasPadam
  4. Tu awek Rohingya le tu. Nak jadi orang Aceh. Heh!

    BalasPadam