
Pagi selepas Subuh, Ahad 11 April 2010, kami anak-beranak pun bersedia menyambung ziarah...
Jika di Kuala Kangsar kami bermalam di sebuah surau di Kampung Temong, kali ini pula kami bermalam di Masjid Jamek Kampung Gajah. Mereka yang pernah mengikut saya membuat video "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" tahun 2008 mesti ingat masjid yang dimaksudkan...

Oleh kerana kami keluar awal, rasanya elok berjalan-jalan dahulu ke Pasir Salak.

Selepas itu baru kami mula menziarah makam bermula di Kampung Melayu, Pulau Tiga 7 km ke utara Kampung Gajah.

Seterusnya kami menghala kembali ke Kampung Gajah, singgah sebentar minum air di tempat rehat berdekatan simpang menuju ke jambatan. Kelihatan dalam gambar buku terbitan muzium yang digunakan sebagai panduan mencari tempat...

Di sebelah tempat rehat terdapat papantanda menunjukkan arah ke beberapa buah makam...

Kemudian baru kami menghala ke selatan Kampung Gajah. Ternampak sebuah masjid yang menarik. Lihat
Masjid (Mosque of) Tok Jabar. Teringat rumah ibu saudara tempat saya menumpang di Ampang sebelum saya berkahwin lagi penghujung 2008, ibu saudara yang suaminya merupakan cucu kepada Tok Jabar...

Masjid ini terletak berdekatan sebuah litar lumba yang dibina menghadap Kompleks Sejarah Pasir Salak di seberang Sungai Perak. Oh, terlupa pula. Selepas singgah ke masjid lama Pasir Salak, kami pergi ke Masjid Kampung Selat. Lihat
Masjid (Mosque of) Selat Pulau.

Adapun ziarah ke makam itu adalah yang ke 3 atau ke 4 buat saya tetapi pertama kali untuk isteri dan anak. Buku rujukan yang digunakan menyatakan di sekitar itu juga terdapat makam seorang Puteri Aceh, sebuah makam yang saya belum pernah sampai. Isteri saya teruja. Dia pula yang bersemangat bertanyakan arah. Kami pun mencuba mencarinya, Alhamdulillah, dapat jumpa. Lihat
Makam Puteri Aceh (Tomb of the Aceh princess)
Pada peringkat ini kami sudah berjaya menziarahi makam sejumlah 22 orang Sultan Perak, 7 pada pagi Ahad, 15 hari Sabtu. Sekarang tinggal lagi 6 buah makam Sultan untuk mencukupkan jumlah 28 yang wujud di negeri Perak. Percayalah, perjalanan selepas ini lebih mencabar kerana selain satu di Teluk Intan, semuanya terletak di tempat yang amat terpencil, 3 daripadanya tidak dapat dicapai dengan kenderaan darat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan