Jumaat, Mac 05, 2010

Jalan-jalan anak-beranak : Kuala Linggi waktu Maghrib dan Melaka waktu malam


Dari Tanjung Tuan kami mengambil jalan menyeberangi Sungai Linggi lalu singgah di Kuala Linggi...




Di kampung kecil yang terletak di sempadan utara negeri Melaka ini terdapat sebuah restoran terapung dengan suasana sekeliling yang amat menarik...







Satu gambar Al-Rasyid yang ketika itu berumur hampir 2 bulan...


Haziq dan Erin juga tidak ketinggalan bergambar. Untuk banyak lagi gambar menarik, lihat artikel The floating restaurant at Kuala Linggi di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .










Restoran terapung ini sudah cukup dekat dengan Bukit Supai yang memiliki sejarahnya yang tersendiri...




Jadi apalagi? Saya pun naik sebentar ke atas walaupun ketika itu sudah masuk waktu Maghrib...



Ziarah sebentar ke makam lama di satu sudut sebelum melihat bekas kota di atas. Lihat Bukit (Hill of) Supai at dusk...








Lewat malam kami pergi ke jeti Bandar Hilir Melaka dengan niat untuk menaiki bot malam menyusuri Sungai Melaka. Sayangnya kami sampai selepas jam 11 malam, sudah tamat perkhidmatan terakhir bot.

Oh... sebelum itu kami singgah di rumah abang ipar saya di Pantai Puteri untuk berehat dan mandi-manda. Tak sangka pula kami boleh terjumpa dia lagi di tempat minum berdekatan jeti lalu sementara isteri saya duduk di sana, saya pula berjalan-jalan seorang diri untuk melihat sistem kawalan air yang memungkinkan perkhidmatan bot Sungai Melaka terus berjalan tak kira waktu air surut atau pasang. Lihat artikel The watergate sytem of the river Melaka




Puas berehat dan berjalan-jalan di jeti kami membawa anak-anak berjalan ke Kampung Morten melihat pemandangan malamnya yang seolah-olah seperti berada di kampung bunian. Lihat artikel Kampung Morten at night . Selesai itu baru kami kembali ke rumah abang ipar untuk bermalam. Siang nanti ada banyak lagi tempat yang ingin kami lihat. Cukup buat masa ini...


5 ulasan:

  1. salam..
    wah..ala-ala mistisfiles gitu..
    paranormal?
    erk..terkedu bile baca "ala-ala Da Vinci kot"?
    haha..
    salam kunjungan..
    blog yg hebat..

    aus

    BalasPadam
  2. Wassalam.
    Teruskan berkunjung. Terima kasih!

    BalasPadam
  3. terima kasih jalan2 ke melaka, semoga datang n kembali lagi...

    BalasPadam
  4. salam ya sheikh,

    alhamdulillah, tuan sudah ziarah kubur lama di lereng bukit supai itu. dari gambar yang tuan ambil, nampak banyak perubahan, dulu tiada kain kuning di nisan.pagar pun sudah tumbang.tapi yang pasti tuan sudah ziarah dan berkenalan dengan tuan punya kubur.pengalaman seterusnya adalah rezeki masing masing. salam

    sheikh ahmad qadry alawi.

    BalasPadam
  5. THANK YOU for coming to Restoran Terapung Fort Supai..!!

    for booking: Pn Aizan-012-3939324

    Facebook : fort supai @ restoran terapung fort supai @ ahmad sabri

    www.fortsupai.web.com


    And if any comments let me know..


    from :-
    facebook :syafinaz sabri
    www.syafinazahmad.blogspot.com

    BalasPadam